Saham Overvalued dan Cara Kenal Pasti

Loading...

Saham overvalued adalah unit saham yang mempunyai harga terlebih dan mahal berbanding nilainya. Pembelian harga saham overvalued iaitu harga saham yang tinggi tidak menguntungkan atau keuntungannya kecil.
Namun begitu, saham overvalued tidak semestinya boleh dianggap sebagai saham yang tidak berpotensi.

Berdasarkan rajah di atas dapat disimpulkan bahawa jika harga semasa lebih daripada harga potensi maka saham adalah overvalued dan harga saham mahal.
Harga semasa kurang daripada harga potensi maka saham undervalued dan harga saham murah.
Harga semasa sama dengan harga potensi maka saham adalah fairvalued.

Bagi mengenalpasti jenis saham sama ada mengalami overvalued, undervalued atau fairvalued anda boleh membuat valuation.
Iaitu:
PE Multiples/ PE ratio
Nilai PE ratio adalah jangkaan harga saham masa depan.
Formula PE ratio = market price per share/ earning per share
Earning Per Share (EPS)
Bagi mengira jangkaan nilai PE ratio, nilai Earning Per Share (EPS) diambil kira. Contoh dalam tempoh 5 tahun lepas, nilai EPS naik 2%. Nilai EPS ini merupakan kiraan purata EPS dan boleh lihat pada CAGR.
Jadi perbandingan harga saham boleh dilakukan dengan melihat jangkaan harga saham masa depan berdasarkan kiraan nilai PE ratio.
Jika harga semasa mahal berbanding harga masa depan, maka saham overvalued.
Saham overvalued ialah saham yang harga pasarannya lebih tinggi daripada nilai sebenar atau nilai intrinsik syarikat. Ini bermakna pelabur membayar lebih daripada apa yang sepatutnya berdasarkan prestasi kewangan syarikat.
Anda boleh menggunakan PE ratio (jika melebihi 15 bergantung sektor) dan PB ratio (jika melebihi 1) untuk mengenal pasti saham overvalued. Perbandingan harga semasa dengan harga masa depan juga membantu.
Tidak semestinya. Saham overvalued mungkin mencerminkan jangkaan pertumbuhan yang tinggi oleh pelabur. Namun, membeli pada harga overvalued meningkatkan risiko kerugian jika harga jatuh ke nilai sebenar.
Risiko utama ialah potensi kerugian apabila harga saham turun ke nilai intrinsik sebenar. Keuntungan juga lebih kecil kerana harga belian sudah tinggi berbanding nilai sebenar syarikat.
Ingin mula melabur dengan lebih bijak? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini untuk akses kepada platform pelaburan yang lengkap. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk belajar asas pelaburan saham.