Angkara Pro Scammer, 60 Ribu Lesap

Loading...

Pro scammer 60 ribu berjaya songlap duit mangsa hanya dalam beberapa hari. Dengan janji pulangan tinggi, ramai pelabur baru terus masukkan duit tanpa semak latar belakang.
Benda ni jadi dekat kawan saya baru-baru ni di mana dia telah join satu group berkaitan dengan IPO. Katanya, dia terima panggilan daripada Mplus, jadi dia pun percaya. Scammer minta details nama penuh, nombor akaun CDS pun dia beritahu. Cuma, client code yang dia tak beritahu.
Yang jadi tanda tanya ialah, mana scammer tu dapat nombor telefon dia? pihak Mplus atau Bursa ke yang disclose data peribadi dia?
Dalam group yang dia join tu, setiap hari ada training, talk yang ajar cara-cara nak melabur, siap promote app. App tu pula ada dalam Apple Play Store, dan Google Play Store. Bila buka apps tu pula, nampak real. Boleh tengok portfolio pelaburan, pergerakan harga semasa, naik turun semua.
Lagipun dia memang dah check syarikat yang buat apps tu. Bila nak transfer duit, tengok nama pemilik akaun bank yang tertera, nama syarikat, bukan nama personal.
Mula-mula dia pun laburlah seribu ringgit, naik jadi tiga ribu ringgit. Kemudian, hasil pulangan pun dia berjaya keluarkan. Jadi, makin kukuhlah keyakinan dia terhadap syarikat tersebut.
Waktu dia call saya, sebelum dia cerita yang dia dah kena scam, first sekali dia kata ada orang hubungi dia ajak masuk dalam group, katanya daripada Mplus. Saya terus cakaplah itu scammer. Waktu dia dengar saya cakap macam tu, dia terkejutlah, “eh ye ke? Alamak!”
Dia decide nak transfer 60 ribu, bukan lepas beberapa jam scammer tu add dia dalam group, dengar penerangan semua. Tapi, lepas dah sebulan ada dalam group, buat due diligence, pastikan betul-betul barulah dia transfer 60 ribu.
Cuma, ada beberapa perkara yang dia tak tahu sebelum ni. Sebagai contoh, rupa-rupanya, dia baru tahu yang nombor akaun bank syarikat tu boleh check dekat website https://semakmule.rmp.gov.my/. Even, kalau masuk nombor akaun bank personal pun, dia akan tulis, “Tiada Report Diperolehi. Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada”.
Kemudian, lepas dah buat report polis semua, bank pun tak boleh nak bekukan akaun syarikat scammer atau beritahu segala maklumat transaksi keluar masuk duit daripada akaun tersebut, sebab ianya adalah private and confidential.
Katanya lagi, dia cuba buat kajian sendiri, untuk cuba tangkap scammer tersebut. Dia pergilah maklumkan pada pihak berkuasa bila ada info-info baru. Kemudian, pihak berkuasa sarankan supaya buat report baru tambahan, ikut prosedur yang betul. Disebabkan ada urusan birokrasi dalaman, usaha nak kesan dan tangkap scammer pun jadi leceh dan ambil masa.
Scam ni bukan perkara yang baru terjadi sehari dua, tapi dah bertahun tahun. Sebelum ni pun saya selalu share cerita-cerita berkaitan scammer di youtube channel atau website sebab saya nak beri kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan pelbagai teknik yang digunakan oleh scammer.
Berikut adalah salah satu link perkongsian berkenaan scam /blogs/mahersaham-penipu-scammer.
Ramai orang yang ada banyak duit dan teringin nak cepat kaya, tapi tak sedar yang dia sebenarnya dah kena tipu. Jadi, ada banyak duit pun boleh jadikan mata seseorang kabur dan tak boleh beza pelaburan tersebut sah dari segi undang-undang atau tak.
Oleh sebab itu, nak kesan scammer ni, hadam betul-betul modus operandi scammer. Contohnya, tabur janji palsu, kononnya labur sekian akan dapat hasil pulangan sekian dalam masa yang singkat, atau mungkin kena tunggu bertahun-tahun lamanya pun ada.
Kenapa bertahun-tahun? Supaya scammer nak kita trust, dan dia akan sentiasa beri janji palsu. Kadang-kadang dalam sebulan, dia up beberapa kali dalam group suruh labur sekian-sekian. Ada yang suruh labur sikit, tak sampai seminggu, atau dalam masa sebulan atau dua bulan, dapat double, triple.
Scammer tu pula pandai jerat mangsa guna helah confirmation, lepas dapat untung confirm boleh withdraw. Jangan sesekali nak cuba siasat sampai sebulan, tapi akhirnya terjerat dengan perangkap scammer.
Sebaliknya, masa awal-awal terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, untuk mintak details peribadi kita, patutnya dah boleh terus ignore. Kemudian, scammer tu claim kita ada akaun cds dengan syarikat Mplus contohnya, dan beritahu yang syarikat sekarang ada buat pelaburan sekian sekian.
Sebab Mplus ada talian nombor telefon yang betul, jadi kita dah boleh terus semak dan call directly nombor telefon Mplus. Nak tahu samada Mplus, ada cipta apps lain pun boleh. Kalau perlu snapshot gambar apps palsu, snapshot dan hantar ke Mplus.
Kepada pembaca sekalian, terutama yang dah register akaun CDS, kalau masih tak faham perbezaan antara pelaburan yang sah dan scam, sila rujuk dan consult untuk dapatkan maklumat yang sahih sebelum terlibat dengan mana-mana pelaburan. Kenalah berwaspada selalu.
Scam pelaburan biasanya menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko, menggunakan nombor telefon tidak dikenali, dan meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun CDS. Pelaburan sah tidak pernah menjamin keuntungan.
Jangan berikan sebarang maklumat peribadi. Semak nombor telefon rasmi syarikat broker seperti Mplus dan hubungi mereka terus untuk pengesahan. Ambil screenshot jika perlu sebagai bukti.
Tidak. Mempunyai akaun CDS sahaja tidak cukup. Anda perlu faham betul-betul konsep pelaburan sebenar dan modus operandi scammer untuk melindungi diri daripada penipuan.
Anda boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), atau pihak polis. Simpan semua bukti komunikasi dengan scammer untuk memudahkan siasatan.
Lindungi diri anda daripada scam pelaburan dengan memiliki ilmu yang betul. Pelaburan sah bermula dengan langkah yang betul.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.