Share Consolidate Air Asia – Case Study

Loading...

Saham Air Asia Berhad, AAX berlaku Ex-Date Share Consolidate pada 10 Feb 2022.
Bagi pengguna Platform Mplus akan nampak Popup Alert Share Condolidate AAX ini seminggu awal sebelum tarikh Ex-Date lagi sebagai peringatan awal kepada trader dan pelabur.

Pada 10 Feb 2022, jika saham AAX ini ada di Portfolio anda fahamkan apa itu Share Consolidate dan kesannya jika berlaku.
Kemudian tahu cara kiraan Share Consolidate berdasarkan ratio yang syarikat umumkan.
Fahamkan Case Study Share Consolidate Air Asia X Berhad ini:
Share Consolidation adalah penggabungan saham yang bertujuan untuk meningkatkan nilai sesuatu saham tersebut.
Ia adalah salah satu tindakan korporat (Corporate Exercise) yang menggabungkan beberapa unit saham menjadi satu unit.
Dengan tindakan ini, jumlah unit saham syarikat akan menjadi lebih kecil dan harga saham menjadi tinggi.

Ex-Date adalah tarikh akhir bagi Shareholder yang layak.

Shareholder yang terlibat dengan Share Consolidate ini apabila anda:
Pada hari Ex-Date anda akan dapati unit saham AAX berkurang, manakala harga saham akan meningkat tinggi.
Case Study harga saham AAX sehari sebelum Ex-Date, RM0.055;

Harga saham Air Asia semasa Ex-Date sudah berlaku adjusted, RM0.545 sebaik sahaja harga buka.

Dengan ratio 1:10 Share Consolidate AAX boleh dikatakan berlaku peningkatan harga sebanyak 10 kali ganda dari harga sebelum Consolidation.
Namun perlu ingat, semasa Ex-Date bilangan unit saham telah digabungkan dan menjadi lebih kecil.
Berdasarkan ratio case study AAX adalah 1:10 bermaksud setiap 10 unit bergabung menjadi 1 unit.
Contoh jika anda ada 100 unit saham AAX di Portfolio akan menjadi 10 unit saham AAX semasa Ex-Date.


Kesan daripada share Consolidate,
Semasa hari Ex-Date sila PASTIKAN anda jual bilangan unit saham yang betul yang telah dibahagikan berdasarkan ratio (jika mahu jual).
Ini adalah kerana, jika terlebih jual unit saham anda akan dikenakan DENDA.

Lebihan unit saham yang terjual dianggap sebagai Short Selling. Sebagai denda, lebihan unit saham yang terjual ini perlu dibeli semula untuk mencukupkan bilangan saham yang tak dimiliki.
Ianya adalah untuk mencukupkan semula unit saham yang sepatutnya di gabungkan semasa Ex-Date tersebut.
Untuk mengetahui aktiviti Corporate yang bakal berlaku boleh semak di:
Share Consolidation ialah proses penggabungan beberapa unit saham menjadi satu unit saham berdasarkan ratio tertentu. Contohnya, ratio 1:2 bermaksud setiap 2 unit saham lama akan digabungkan menjadi 1 unit saham baru.
Secara teori, nilai keseluruhan pelaburan anda tidak berubah. Walaupun bilangan unit saham berkurang, harga setiap unit saham akan meningkat mengikut ratio penggabungan.
Lebihan unit saham yang tidak boleh digabungkan secara rata akan dijual dan hasilnya akan dikreditkan ke akaun anda. Pastikan anda semak ratio terlebih dahulu.
Anda boleh semak melalui popup Alert Message di platform dagangan anda atau layari laman web Bursa Malaysia di bahagian Corporate Announcements untuk maklumat terkini.
Perkara wajib anda perlu tahu dalam Share Consolidation ini ialah cara kira unit saham berdasarkan ratio supaya dapat mengelakkan denda yang tidak diingini.
Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS sekarang untuk mula melabur. Untuk belajar asas saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.