Apa Itu Shares Buy Back?

Loading...

Shares Buyback dalam bahasa Melayu adalah pembelian semula saham syarikat. Hal ini biasanya dibuat oleh syarikat itu sendiri dan biasanya akan tersenarai dalam agenda tahunan yang akan diminta persetujuan daripada pemegang saham setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan (AGM – Annual General Meeting)
Top Glove isu semasa pada 17 Nov telah melakukan share buyback terbarunya pada bulan ini menandakan ia telah membuat trading day kelima berturut-turut dalam melakukan share buyback.
Artikel kali ini saya akan share dengan korang mengenai syarikat pengeluaran sarung tangan iaitu Top Glove. Top Glove merupakan syarikat yang pernah menduduki tempat ke tiga dalam Bursa Malaysia.
Okey, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, jom kita kenal dulu dengan syarikat ini.

Syarikat Top Glove merupakan syarikat yang membuat dan menghasilkan sarung tangan getah. Syarikat ini termasuk dalam sektor health care. Macam yang korang tahu, selain syarikat Top Glove, terdapat syarikat lain juga yang menghasilkan sarung tangan. Antaranya ialah Hartalega.
Untuk pengetahuan korang, semenjak pandemik COVID-19 menyerang dunia pada awal tahun 2020 produk dan pembuatan sarung tangan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dalam Malaysia dan global. Banyak sektor dan industri memerlukan sarung tangan ini.
Akibat daripada pandemik ini, terdapat ramai pelabur yang telah mengambil peluang ini untuk melabur dalam sektor yang terlibat.
Selain itu, terdapat beberapa kaunter dalam Bursa Malaysia yang terlibat dalam sektor health care dan pembuatan sarung tangan ini telah meningkat naik sahamnya.
Apa maksud share buyback? Korang ada yang tahu apa maksud share buyback ini? Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Okey jom kita tengok dulu apa maksudnya.
Share buyback ini juga dikenali sebagai Share Repurchase.
Secara ringkasnya, ia bermaksud syarikat yang tersenarai di pasaran saham membeli semula saham yang diapungkan. Biasanya pihak pengurusan berasa bahawa saham syarikatnya adalah di bawah nilai.
Untuk pengetahuan korang, Top Glove telah membelanjakan RM349.37 juta setakat ini iaitu bulan ini. Di mana jumlah ini adalah yang lebih besar daripada keuntungan bersihnya sebanyak RM227.11 juta untuk enam bulan pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos 2020 (1HFY20).
Jumlah ini melebihi RM355 juta yang diperuntukkan pada bulan September untuk pembelian balik saham.
Secara keseluruhan, ia telah membelanjakan RM704.43 juta untuk membeli balik sahamnya sejak September, yang bermaksud tunai per saham kira-kira 8.7 sen sesaham, sekiranya ia menggunakan jumlah tersebut untuk pembayaran dividen berdasarkan modal sahamnya sebanyak 8.12 bilion saham.
Terdapat beberapa faktor kenapa Top Glove ingin beli balik saham. Korang agak-agak kenapa ya Top Glove buat share buyback ni?
Okey. Antara faktornya ialah:
1. Untuk meningkatkan lagi EPS (erning per share)
Kemungkinan Top Glove membeli balik saham adalah kerana ingin meningkatkan EPS nya. EPS ini dimana pendapatan syarikat dibahagi dengan jumlah saham yang sedia ada.
Untuk makluman korang, apabila Top Glove membeli balik saham mereka sendiri, jumlah saham dekat public akan berkurangan atau sedikit.
Maka, pendapatan/untung syarikat dibahagi dengan jumlah saham yang lebih rendah. Hal ini sedikit sebanyak akan meningkatkan EPS mereka.
2. Top Glove tak tahu nak buat apa dengan hasil keuntungan/duit lebihan
Dengan cara share buyback ini, akan memberikan kembali value kepada shareholder
Untuk pengetahuan korang, saham Top Glove melonjak naik sejak wabak pandemik COVID-19 dan permintaan terhadap sarung tangan juga meningkat. Namun, baru-baru ini khabar kemungkinan penemuan vaksin COVID-19 sedikit sebanyak telah menyebabkan penurunan saham Top Glove.
Perkara ini juga memberi kesan kepada syarikat pembuatan sarung tangan yang lain seperti Hartalega.
Berita terkini di The News Edge, saham Top Glove merosot sebanyak 7.46% atau 58 sen dan ditutup pada RM7.20 hari ini. Menjadikan kedudukannya keempat teratas di bursa saham tempatan, setelah 79.76 juta saham diniagakan.
Syarikat ini kini mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM59.01 bilion. Walau bagaimanapun, dari tahun ke tahun stok masih meningkat sebanyak 359% dari semasa ia diperdagangkan pada harga RM1.57.
Terdapat beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu mengenai share buyback ini.
Share buyback nie sangat bagus dibuat bila harga saham berada pada paras yang rendah. Kerana, bila harga saham itu berada pada paras harga yang tinggi, takut jika kita beli harga saham pada harga yang lebih tinggi dan apabila harga saham dah 3 bulan jatuh maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik.
Tambahan pula, duit beli saham adalah daripada duit syarikat itu sendiri. Jadi, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kewangan syarikat.
Kesimpulannya, terdapat pro dan cons apabila sesebuah syarikat membuat keputusan untuk share buyback.
Hingga kini, syarikat Top Glove mendedahkan bahawa ia telah membeli lot saham sebanyak 9.57 juta saham antara RM7.20 hingga RM7.51.
Saham perbendaharaan terkumpul bersih pula sehingga kini berjumlah 95.25 juta saham, yang bersamaan dengan pegangan 1.14%.
Shares buyback atau pembelian semula saham adalah apabila syarikat membeli balik saham mereka sendiri dari pasaran terbuka. Syarikat melakukan ini untuk meningkatkan nilai saham sedia ada, menunjukkan keyakinan terhadap syarikat, dan mengoptimumkan struktur modal mereka.
Secara amnya, shares buyback dianggap petanda positif kerana ia menunjukkan pihak pengurusan percaya saham mereka undervalued. Namun, pelabur perlu menilai sama ada syarikat mempunyai aliran tunai yang mencukupi dan tiada peluang pelaburan lain yang lebih baik sebelum membuat kesimpulan.
Shares buyback mengurangkan jumlah saham yang beredar di pasaran, yang boleh meningkatkan EPS (Earnings Per Share). Permintaan tambahan daripada pembelian syarikat juga boleh menyokong harga saham dalam jangka pendek.
Shares buyback mengurangkan bilangan saham dalam pasaran manakala dividen adalah pembayaran tunai terus kepada pemegang saham. Buyback memberi fleksibiliti kepada pelabur untuk memilih bila hendak menjual, berbeza dengan dividen yang diterima secara automatik dan dikenakan cukai.
Belum buka akaun CDS lagi? Layari panduan pembukaan akaun CDS kami untuk mula melabur di Bursa Malaysia dengan mudah.
Dapatkan ebook asas saham secara percuma di halaman ini dan kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: