Short Selling Bursa Malaysia Kembali Dibenarkan

Aktiviti Jualan Pendek Dibuka Semula
Selepas beberapa bulan digantung, Short Selling Bursa Malaysia kini dibuka semula untuk pelabur. Keputusan ini dibuat oleh Bursa Malaysia bagi mengembalikan kecairan pasaran dan memberi lebih banyak pilihan strategi kepada pelabur institusi mahupun runcit.
Apa Itu Short Selling?
Short selling atau jualan pendek adalah strategi pelaburan di mana pelabur menjual saham yang dipinjam, dengan harapan untuk membelinya semula pada harga lebih rendah.
- Jika harga saham jatuh, pelabur untung.
- Jika harga naik, pelabur menanggung rugi.
Strategi ini biasanya digunakan oleh pelabur berpengalaman sebagai kaedah hedging atau melindungi portfolio.
Jenis-jenis Short Sell
Baru-baru ini, terdapat dua lagi jenis short selling telah kembali dibenarkan setelah hampir 2 tahun disekat iaitu:
- intraday short-selling (IDSS)
- intraday short-selling by proprietary day traders (PDT short sale).
Untuk pengetahuan, terdapat empat jenis aktiviti Short Sell yang boleh dilakukan di Bursa Malaysia, iaitu
- Regulated Short Selling (RSS)
- Intraday Short Selling (IDSS)
- Intraday Short Selling by Proprietary Day Traders (PDT)
- Permitted Short Selling (PSS)
Apa itu IDSS ?
IDSS, Intraday Short selling adalah suatu proses di mana keuntungan diperoleh daripada kejatuhan harga saham.
Secara ringkasnya, anda akan menjual saham yang dipinjam dari broker atau Central Lending Agency (CLA) pada harga yang tinggi, dan kemudian membelinya semula pada harga yang rendah.

IDSS adalah salah satu jenis dagangan penjualan singkat yang dijalankan dalam hari yang sama.
Aktiviti IDSS ini boleh dilakukan oleh kesemua pedagang Bursa Malaysia, tidak kira lah sama ada pedagang runcit, mahupun institusi.
IDSS membenarkan pelabur menjual sekuriti yang bukan milik mereka, dan kemudian membeli semula sekuriti yang sama.
Semua posisi jual mesti ditutup dengan posisi beli dalam hari dagangan yang sama iaitu sebelum 4.30 petang.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Short Selling di Bursa Malaysia
Apakah itu short selling di Bursa Malaysia?
Short selling adalah aktiviti menjual sekuriti yang bukan milik anda dengan harapan harganya akan turun, kemudian membeli semula pada harga yang lebih rendah untuk mendapat keuntungan. Di Bursa Malaysia, terdapat dua jenis iaitu RSS (Regulated Short Selling) dan IDSS (Intraday Short Selling).
Adakah short selling dibenarkan dalam Islam?
Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memutuskan bahawa Regulated Short Selling (RSS) adalah Harus kerana ia terkawal dan menghapuskan unsur gharar melalui prinsip Securities Borrowing and Lending (SBL).
Apakah perbezaan antara RSS dan IDSS?
RSS (Regulated Short Selling) membenarkan pelabur institusi menjual singkat dengan tempoh T+3, manakala IDSS (Intraday Short Selling) boleh dilakukan oleh semua pedagang termasuk pelabur runcit dan semua posisi mesti ditutup pada hari yang sama sebelum 4.30 petang.
Perlukah akaun CDS untuk melakukan short selling?
Ya, anda memerlukan akaun CDS untuk melakukan sebarang aktiviti dagangan di Bursa Malaysia termasuk short selling. Pastikan broker anda menyediakan kemudahan short selling sebelum memulakan aktiviti ini.
Kesimpulan
Short selling adalah satu lagi strategi dagangan yang tersedia di Bursa Malaysia. Pastikan anda memahami risiko sebelum terlibat dalam aktiviti ini.
Jika belum ada akaun CDS, anda boleh buka akaun CDS sekarang dengan mudah secara online.
Muat turun Ebook Percuma daripada Mahersaham untuk panduan lengkap asas pelaburan saham!