Cara Nak Gunakan Stop Limit Mplus

Apa Itu Stop Limit Order?
Jika anda menggunakan platform Mplus mempunyai 2 jenis limit setup iaitu Limit dan Stop Limit.
Fungsi ‘LIMIT’ adalah yang selalunya pelabur guna untuk que buy (Entry Price, EP) dan que sell (Take Profit, TP).
Manakala fungsi ‘STOP LIMIT‘ pula adalah untuk strategi Buy On Breakout (BOB) untuk buy dan Cut Loss (CL) untuk sell.
Dalam artikel sebelum ini saya dah terangkan berkaitan Trading Plan 3 perkara wajib faham dimana Entry Price (EP), Take Profit (TP) dan Cut Loss (CL).
Jadi dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan pula macam mana cara untuk set Cut Loss/Stop Loss/Stop Limit.
Stop Limit Buy & Limit Buy
- Limit Buy adalah cara buy biasa yang digunakan untuk que buy.Masukkan Bilangan Lot, Entry Price dan Send Order.Apabila dah matched order nanti anda boleh semak di portfolio anda.

- Stop Limit Buy pula adalah cara buy tanpa perlu monitor market kerana mahu menggunakan Strategi Buy On Breakout (BOB).Syaratnya, nilai Stop Price mestilah lebih tinggi dari harga semasa.Sebagai contoh harga semasa saham Y RM2.29, anda que Stop Price RM2.33 katakan.Ada 2 cara setup Stop Limit Buy. Cara Pertama letakkan nilai PRICE dan STOP PRICE SAMA, RM2.33
Jadi disini sistem akan que terus pada harga RM2.33
Cara Kedua, letak nilai PRICE LEBIH TINGGI DARI > STOP PRICE.Contohnya, nilai PRICE RM2.33 dan STOP PRICE RM2.32.Maksudnya disini apabila harga menaik dan sentuh paras RM2.32, sistem akan que order buy pada harga RM2.33
Stop Limit ini bagi yang menggunakan strategi BOB sahaja. Jika anda tak tahu strategi ini jangan gunakan setup ini.

Stop Limit Sell & Limit Sell
- Limit Sell adalah cara sell biasa yang digunakan untuk que sell.Masukkan Bilangan Lot, Harga untuk Take Price dan Send Order.Apabila dah matched order sell nanti anda boleh semak di Order Status anda.

- Stop Limit Sell pula adalah digunakan untuk Cut Loss.Syaratnya, nilai Stop Price mestilah lebih rendah dari harga semasa.Sebagai contoh harga semasa saham Y RM2.29, anda que Stop Price RM2.26 katakan.Ada 2 cara setup Stop Limit Sell. Cara Pertama letakkan nilai PRICE dan STOP PRICE SAMA, RM2.26

Jadi disini sistem akan que harga RM2.26. Jika harga saham menurun ke paras RM2.26 ia akan terus terjual harga tersebut.
Cara Kedua, letak nilai PRICE LEBIH RENDAH DARI < STOP PRICE.Contohnya, nilai PRICE RM2.25 dan STOP PRICE RM2.26.
Maksudnya disini apabila harga menurun dan sentuh paras RM2.26, sistem akan que order sell pada harga RM2.25
Stop Limit ini untuk anda set Cut Loss (CL) manakala Limit Sell tadi untuk set Take Profit (TP).

Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Stop Limit dalam platform Mplus?
Stop Limit adalah fungsi yang membolehkan anda menetapkan harga tertentu untuk jual saham secara automatik. Ia berguna untuk set Cut Loss (CL) supaya kerugian anda terkawal.
Apa bezanya Limit dan Stop Limit?
Limit digunakan untuk que harga jual pada harga yang anda tetapkan (biasanya untuk Take Profit), manakala Stop Limit digunakan untuk mencetuskan jualan automatik apabila harga jatuh ke paras tertentu (untuk Cut Loss).
Bolehkah set Take Profit dan Cut Loss serentak di Mplus?
Tidak, platform Mplus hanya membenarkan satu setup pada satu masa. Anda perlu pilih sama ada mahu set Take Profit atau Cut Loss terlebih dahulu.
Adakah Stop Limit menjamin saham akan terjual pada harga yang ditetapkan?
Stop Limit akan mencetuskan order apabila harga sentuh paras Stop Price, tetapi jika pasaran bergerak terlalu pantas, order mungkin tidak sempat diisi pada harga yang dikehendaki.
Kesimpulan
Stop Limit adalah alat penting untuk menguruskan risiko pelaburan anda di platform Mplus. Pastikan anda faham cara gunakannya sebelum mula trading.
Belum ada akaun CDS Mplus? Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur dengan bimbingan lengkap.
Masih baru dalam saham? Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk panduan asas pelaburan dari sifar.