Takaful Ambil, Tapi Tak Tahu Ada Takaful di Bursa?

Loading...

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad bermula pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji keboleh pelaksanaan penubuhan syarikat insurans Islam di Malaysia.
Ini membawa kepada penubuhan Takaful Malaysia pada 29 November 1984 di ikuti dengan permulaan operasi pada 22 Julai 1985.
Selepas se-Dekad beroperasi, Syarikat Takaful telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 19 Oktober 1995, diikuti dengan penyenaraiannya di Papan Utama (kini dikenali sebagai ‘Main Market’) Bursa Malaysia Securities Berhad pada 30 Julai 1996.

Modal saham Syarikat berjumlah RM3.117 Billion terdiri daripada 835.62 juta saham biasa setakat 31 Disember 2021.
Selama lebih tiga puluh tahun, syarikat Takaful telah menjadi salah satu pengendali Takaful terkemuka di Malaysia.
Selain itu, ia telah menyediakan kekuatan kewangan dan kepakaran pengurusan risiko yang memenuhi keperluan pelanggan.
Pegangan terbesar dalam syarikat ini adalah 3 jerung besar yang amat dikenali iaitu


Terdapat 3 jenis Produk yang di tawarkan:

Nota: Segala produk yang disediakan sila rujuk wakil ejen takaful mereka yang bertauliah.

Chairman Independent Non-Executive Director – Dato’ Mohammed Hussein
Sekarang beliau merupakan Directorship of Public Companies iaitu Gamuda berhad, Hap Seng Plantations Holdings Berhad dan TaseK Corporation Berhad.
2. Independent Non-Executive Director – Suraya Hassan
Antara pengalaman beliau
3. Independent – Non-Executive Director- Dato’ Mustaffa Ahmad
Antara pengalaman beliau
– Apr 1996 – 2005 : Senior General Manager, Malaysian National Reinsurance Berhad
– 2005 – 2010 : Executive Vice President & Chief Operating Officer, Malaysian Reinsurance Berhad
4. Independent – Non-Executive Director – Datuk Bazlan Osman
– Pengerusi, GITN Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM))
– Ahli Majlis, MIA – Pengerusi, Akauntan Profesional dalam Jawatankuasa Perniagaan, MIA
Jika kita lihat, orang kuat takaful ini penuh dengan pengalaman terutama dalam bidang kewangan. Jadi mereka mampu memacu syarikat tersebut supaya berdaya saing walaupun dalam industry takaful tersendiri terlalu banyak syarikat yang ada dan pelbagai produk.
Ini pula adalah jumlah Dividen yang pernah diberikan oleh syarikat Takaful kepada shareholdernya;


Disini boleh lihat bahawa Dividend syarikat ini berikan sejak 2012 sehingga 2021 tak pernah tinggal setiap tahun.
Bagi shareholder syarikat ini setiap tahun seronok makan Dividen setiap tahun.
Takaful Malaysia Keluarga Berhad ialah syarikat insurans Islam (takaful) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 dan menawarkan pelbagai produk perlindungan patuh syariah kepada rakyat Malaysia.
Ya, saham Takaful (kod saham 6139) boleh dibeli dan dijual melalui akaun CDS anda di Bursa Malaysia seperti mana-mana saham tersenarai yang lain.
Berdasarkan rekod, Takaful Malaysia telah membayar dividen secara konsisten sejak 2012 hingga 2021 tanpa pernah terlepas, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur yang mencari pendapatan pasif.
Anda boleh membuka akaun CDS dengan mudah secara dalam talian. Layari halaman pembukaan akaun CDS untuk panduan langkah demi langkah dan mula melabur hari ini.
Dalam pelaburan saham bukan sahaja kita dapat pulangan daripada Capital Gain, beli harga murah jual harga tinggi. Tetapi anda juga berpeluang mendapat pulangan dari Dividen syarikat terutamannya syarikat-syarikat besar di Bursa Malaysia.
Jika anda serius ingin mula melabur, langkah pertama ialah buka akaun CDS sekarang. Untuk asas pelaburan saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.