Tech in Asia Conference

Loading...

.
Lepas program traders gathering kelmarin, saya hadir pula “Tech in Asia Conference” di Hilton Hotel selama 2 hari.
.
Bila saya attend mana-mana conference, lagi-lagi pasal teknologi, vibe dia dah jadi lain, tak sama macam conference kewangan dan sebagainya.
.
Saya keliling semua booth yang ada dalam ‘hall’.
.
Mana saya rasa tertarik nak tengok, saya stop by dan dengar apa yang disampaikan berkenaan dengan teknologi yang ditawarkan.
.
Ada beberapa syarikat yang saya rasa relevan dan boleh explore lebih lanjut. Masing-masing ada inovasi dan kreativiti tersendiri.
.
Saya cuma tengok teknologi yang relevan dengan sistem sedia ada dalam Mahersaham untuk tambahbaik dari semasa ke semasa atau benda-benda baru yang saya rasa nak explore satu masa nanti.
.
Dekat conference tu, segala macam teknologi ada. Baik dari segi operasi syarikat, pengumpulan data, cara nak buat pembayaran, dan macam-macam lagi.
.
Antara syarikat yang menarik perhatian saya ialah Didi&Friends dan Durio+, kartun Islamik. Founder syarikat juga hadir ke conference tapi tak buka booth.
.
Banyak lagi syarikat-syarikat lain yang asing bagi saya turut hadir ke conference tersebut kerana kebanyakannya bukan berasal dari Malaysia. Tetapi datang dari pelbagai negara Asia Tenggara yang lain.
.
Exhibition seperti Tech in Asia ialah salah satu strategi bagaimana syarikat yang baru dan belum ada ‘result’ boleh luaskan pemasaran produk.
.
bila join exhibition, syarikat nampak seolah-olah dipercayai.
.
Masa conference, mereka juga dapat promosikan produk teknologi yang mereka bangunkan.
.
Mereka juga boleh yakinkan seramai yang boleh, untuk ‘subscribe’ produk mereka dan bertukar-tukar no telefon untuk ‘follow-up’.
.
Yang penting mereka bijak ambil peluang, bak kata pepatah, ‘Sambil menyelam minum air’.
.
Secara tak langsung, dapat bantu naikkan imej, dan kredibilti syarikat. Seterusnya hasil jualan dan pendapatan syarikat pun meningkat
.
Dalam conference tersebut ada juga saluran untuk syarikat pemula dapatkan geran yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia, bergantung kepada ‘niche’ masing-masing.
.
Salah satunya ialah Cradle yang memegang mandat daripada MOSTI untuk meluluskan geran yang akan diberikan kepada syarikat yang boleh menghasilkan sistem dan inovasi baru dalam industri teknologi
.
Industri teknologi bukan satu benda asing lagi zaman sekarang. Setakat ni saya belum jumpa data untuk keseluruhan jumlah tenaga mahir IT yang direkodkan di Malaysia.
.
Mungkin boleh semak dalam website MOSTI untuk tahu lebih lanjut, berapa ramai yang bekerja di sektor awam mahupun swasta, dibandingkan dengan mereka yang mengusahakan perniagaan IT.
.
Kalau graduan universiti yang mahir dalam bidang teknologi bekerja dengan syarikat-syarikat IT semakin bertambah saban tahun, sepatutnya banyaklah syarikat yang ‘apply’ dana-dana di bawah kendalian cradle.
.
Saya dimaklumkan nisbah yang berjaya dapat lebih kurang 20%, kalau 30 syarikat apply, yang berjaya cuma 5-6 syarikat sahaja.
.
Secara tak langsung boleh memberi gambaran kasar yang sebenarnya tak banyak syarikat yang berada dalam industri teknologi. Lagipun, industri ni boleh dikatakan agak berat , compare dengan industri-industri lain.
.
Dan berapa ramai yang sanggup keluar dari ‘comfort zone’ dan terjun dalam perniagaan untuk hasilkan produk IT sendiri?
.
Tak ramai bumiputera yang ambil peluang untuk dapatkan geran berkaitan teknologi mungkin sebab tak tahu, atau bukan ‘niche’ syarikat.
.
Peluang-peluang sebegini kalau tak direbut, akan jatuh ke tangan orang lain termasuklah syarikat-syarikat bukan bumiputera yang banyak ‘apply’ geran
.
Bagi mereka yang ingin cuba, boleh daftar dalam website Cradle untuk cuba dapatkan geran
.

Kelebihan lain, kalau register sebagai ahli ‘MYStartup’ samada individu atau bisnes, ahli berpeluang untuk tarik pengguna baru dalam kalangan ahli juga yang berminat dengan teknologi yang ditawarkan.
.
Tech in Asia Conference adalah persidangan teknologi yang menghimpunkan usahawan, pelabur, dan pakar teknologi dari seluruh Asia untuk berkongsi idea, inovasi, dan peluang perniagaan dalam bidang teknologi.
Teknologi memudahkan proses analisa dan trading saham. Dengan alat seperti bot screener dan platform trading digital, trader boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih pantas dan efisien.
Geran MYStartup adalah pembiayaan kerajaan melalui Cradle untuk syarikat teknologi permulaan. Individu atau perniagaan yang berdaftar sebagai ahli MYStartup layak memohon geran ini untuk membangunkan produk teknologi mereka.
Mahersaham Bot menggunakan teknologi screening automatik untuk menapis kaunter saham berpotensi. Ini menjimatkan masa dan tenaga berbanding analisa manual satu persatu setiap kaunter.
Teknologi telah mengubah cara kita melabur. Manfaatkan alat moden untuk memulakan perjalanan pelaburan anda hari ini.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.