TradingView Cara Masuk & Buang Indicator

Loading...

Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga kalian sentiasa sihat dan baik-baik sahaja. Kalau sebelum ni saya dah share artikel berkaitan Gann Tools. Kali ni saya akan share pula cara masuk dan buang indicator dalam tradingview.
Tuan-tuan dan puan-puan..banyak sebenarnya perkara yang anda boleh belajar dalam tradingview. Jom sama-sama kita belajar.
Mungkin ada dalam kalangan korang yang masih belum tahu macam mana nak masukkan sesuatu indicator dan kemudian macam mana nak buang(delete) pula
Senang sajaaa…Pertama sekali anda perlu buka tradingview.

Berdasarkan gambar di atas, kita akan belajar macam mana nk masuk dan buang penunjuk.
First, klik bahagian penunjuk seperti yang anak panah tunjukkan dalam gambar di atas.
Kemudian ia akan keluar banyak jenis indicator. Anda hanya perlu pilih saja indicator mana yang anda nak gunakan mengikut analisis anda.
Itu adalah cara nak masukkan indicator.
Seterusnya kita akan belajar macam mana pulak nak buang atau delete indicator yang telah di masukkan.

Berdasarkan gambar di atas, saya dah pilih indicator Moving Average. Macam yang korang dapat lihat ia mempunyai simbol MA 9 close.
Untuk buang indicator tersebut korang hanya perlu tekan simbol X (keluarkan) seperti dalam gambar di atas.

Untuk contoh seterusnya, saya pilih MACD indicator seperti dalam gambar di atas, anda boleh lihat dalam kotak merah tersebut.
Berbeza sikit cara nak buang indicator ni dari yang tadi. Jika tadi simbol X di atas tapi kini simbol X tersebut berada di sebelah kanan anda seperti dalam gambar di atas.
Haaa..macam mana? faham tak tajuk pembelajaran kita kali ni. Moga tajuk cara masuk dan buang indicator nie memberi manfaat untuk anda semua dalam membuat analisis saham.
Kesimpulannya dalam membuat analisis saham anda perlulah mempunyai ilmu yang tepat untuk membuat analisis dengan betul agar anda tidak tersalah langkah.
Terdapat banyak lagi ilmu saham yang anda perlu ketahui untuk memudahkan anda membuat kajian.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Untuk masukkan indicator di TradingView, klik butang "Indicators" di bahagian atas chart, kemudian cari nama indicator yang anda inginkan seperti Moving Average, RSI atau MACD dan klik untuk menambahnya pada chart.
Ya, anda boleh menambah beberapa indicator serentak pada chart TradingView. Namun, pastikan anda tidak terlalu banyak indicator kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan semasa membuat analisis.
Untuk buang indicator, hover pada nama indicator di chart, kemudian klik ikon 'X' yang muncul. Indicator tersebut akan dikeluarkan dari chart anda dengan serta-merta.
Ya, semua indicator teknikal di TradingView berfungsi dengan baik untuk saham Bursa Malaysia. Anda boleh gunakan indicator seperti Moving Average, RSI dan MACD untuk menganalisis kaunter tempatan.
Nak mulakan perjalanan pelaburan saham anda? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan muat turun ebook saham percuma untuk belajar dari asas!