Tukar Alamat CDS Guna Apps Bursa Anywhere

Loading...

Tahukah anda tentang Aplikasi Bursa Anywhere, kegunaannya dan keperluannya kepada kita sebagai seorang pelabur?
Bagi yang masih belum tahu, Bursa Anywhere adalah sebuah Aplikasi yang dibina oleh Bursa Malaysia bagi memudahkan pelabur menguruskan akaun cds mereka.
Ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan cara memuat turun di Play Store dan Apple Apps Store.
Sebelum anda boleh log masuk ke Apps ini perlu daftar dahulu ya
Dengan Aplikasi ini anda boleh melihat semua maklumat berkenaan akaun cds, kemaskini, muat turun penyata akaun CDS dan transfer saham ke akaun cds lain.
Jadi kali ini, artikel ini mahu tunjukkan pula cara untuk tukar alamat CDS untuk surat menyurat dalam butiran maklumat akaun cds anda menggunakan Bursa Anywhere
Butiran alamat amat penting untuk dikemaskini agar mudah untuk syarikat pegangan saham anda menghantar sebarang surat yang berkaitan ke alamat rumah anda nanti.
Jom lihat panduannya seperti berikut:
Pertama: Log masuk atau ‘login’ ke Apps Anywhere. Kemudian klik bahagian ‘My Services’ dan klik ‘Update CDS Account Details’

Kedua: Pilih ‘Registered Address’ dan klik ‘Next’

Ketiga: Selepas itu, akan keluar alamat asal yang belum ditukar. Sebagai contoh, rujuk seperti di gambar

Keempat: Kemudian anda boleh kemaskini dan tukarkan ke alamat baru. Selepas siap kemaskini alamat klik ‘Confirm’ untuk teruskan 
Kelima: Kemudian klik ‘YES’ pada popup yang keluar ini

Keenam: Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui sms nombor telefon anda untuk sahkan. Kemudian klik ‘Submit’

Ketujuh: Selepas berjaya, cek email untuk mengetahui status pertukaran alamat anda

Kelapan: Anda akan terima email status kemaskini alamat seperti ini

Kesembilan: Akhir sekali, anda boleh semak alamat baru anda sudah dikemaskini dalam E-statement di Apps Bursa Anywhere seperti ini

Selesai!
Mudah ke mudah?
Dengan Apps ini sahaja anda sudah boleh kemaskini sebarang maklumat anda berkaitan cds.
Jadi anda tak perlu lagi call centre, pergi ke kanuter atau isi sebarang borang untuk kemaskini alamat surat menyurat.
Anda boleh menukar alamat akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere — hanya perlu muat turun aplikasi, log masuk, dan kemaskini alamat baru tanpa perlu ke kaunter broker.
Proses kemaskini alamat melalui Bursa Anywhere biasanya selesai dalam masa beberapa hari bekerja dan anda akan menerima email pengesahan apabila alamat baru telah dikemaskini.
Alamat yang dikemaskini penting untuk memastikan anda menerima penyata akaun, notis mesyuarat agung, dan dokumen penting lain berkaitan pelaburan saham anda di Bursa Malaysia.
Tidak, kemaskini maklumat peribadi seperti alamat melalui aplikasi Bursa Anywhere adalah percuma dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.
Sudah tahu cara kemaskini alamat CDS — jika anda belum ada akaun CDS, ini masa yang sesuai untuk membuka akaun pelaburan anda.
Buka akaun CDS hari ini bersama Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: