Akaun CDS Konvensional atau Islamik? Ini Cara Tukar Jenis Akaun M+

Ramai pelabur baru sedar selepas beberapa tahun berdagang: akaun CDS yang mereka buka dulu sebenarnya jenis konvensional, sedangkan mereka mahukan akaun Islamik. Ada juga yang sebaliknya — buka akaun Islamik, kemudian mahu tukar ke konvensional atas sebab tertentu.
Berita baiknya, jenis akaun ini boleh ditukar. Anda tidak perlu tutup akaun sedia ada dan mula semula dari kosong, dan anda tidak perlu pergi ke cawangan. Artikel ini terangkan cara paling mudah untuk buat pertukaran tersebut menggunakan borang auto-isi dalam dashboard Mahersaham.
Dua jenis akaun CDS di M+: C dan J
Di Malacca Securities (M+), jenis akaun anda boleh dikenal pasti terus daripada client code anda sendiri:
- Berakhir dengan huruf C — akaun konvensional
- Berakhir dengan huruf J — akaun Islamik
Contohnya, client code ABC123C adalah akaun konvensional, manakala ABC123J adalah akaun Islamik. Kalau anda tidak pasti client code anda yang mana satu, ia tertera dalam contract note dan dalam monthly client statement anda.
Perlu diingat: jenis akaun (Islamik atau konvensional) adalah perkara berbeza daripada status Syariah sesuatu kaunter. Status Syariah saham ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dan senarainya dikemas kini dua kali setahun — anda boleh semak di portal Islamic Capital Market SC Malaysia. Kalau soalan anda lebih kepada beza pendekatan pelaburan, kami ada tulis berasingan tentang pelaburan Syariah vs konvensional.
Bila orang biasanya tukar jenis akaun
Antara situasi yang paling kerap kami jumpa:
- Akaun dibuka bertahun lalu tanpa perhatikan jenis akaun, dan sekarang pelabur mahu urusan pembrokerannya mengikut prinsip Syariah.
- Pelabur mula serius dengan pelaburan patuh Syariah selepas mengikuti kelas atau membaca tentang saringan Syariah.
- Pertukaran atas sebab peribadi atau keperluan perancangan kewangan keluarga.
Untuk butiran terperinci syarat akaun Islamik di M+ — contohnya apa-apa perbezaan caj, kemudahan atau sekatan kaunter — sebaiknya sahkan dengan remisier anda sebelum hantar borang, supaya anda tahu apa yang berubah selepas pertukaran.
Cara paling mudah: borang auto-isi dalam dashboard
Sebelum ini, pertukaran jenis akaun bermakna anda kena minta borang, isi tulis tangan, dan pastikan setiap ruangan betul. Sekarang, Mahersaham sediakan borang auto-isi yang menjana keseluruhan set dokumen dalam satu PDF.
Langkahnya:
- Log masuk ke akaun Mahersaham anda di mahersaham.com — guna email yang sama dengan rekod akaun CDS anda.
- Buka mahersaham.com/dashboard/borang/tukar-akaun. Maklumat anda (nama, IC, nombor CDS, alamat, telefon, email) akan diisi secara automatik daripada rekod kami.
- Pilih akaun yang hendak ditukar. Kalau anda ada lebih daripada satu akaun, senarai akaun akan dipaparkan berserta jenisnya.
- Pilih "Tukar kepada" — Akaun Islamik (J) atau Akaun Konvensional (C). Sistem akan beri amaran kalau anda tersilap pilih jenis yang sama dengan akaun sedia ada.
- Semak preview PDF di sebelah kanan. Ia dijana semula setiap kali anda ubah maklumat, jadi anda nampak terus rupa borang yang akan dicetak.
- Print atau muat turun bila semua maklumat sudah betul.
Tiada caj dikenakan untuk proses pertukaran ini, dan anda tidak perlu hadir ke cawangan.
Apa yang ada dalam PDF yang dijana
PDF yang anda muat turun bukan satu borang sahaja — ia satu set lengkap dengan muka depan arahan. Cetak satu muka sahaja (jangan print depan-belakang):
- Updating of Account Particulars (2 muka) — 1 salinan
- Account Opening Individual — 1 salinan
- Client Online Linkage Form (2 muka) — 1 salinan
- Change of Signature — 2 salinan (photostat dahulu, kemudian tandatangan kedua-duanya)
- Salinan IC — 2 keping
Muka depan PDF juga akan senaraikan maklumat yang belum lengkap (kalau ada), supaya anda boleh isi di skrin sebelum cetak, atau tulis tangan pada borang.
Cara tandatangan yang betul
Bahagian inilah yang paling kerap menyebabkan borang dipulangkan semula. Gunakan pen mata bulat, dakwat hitam atau biru, dan tandatangan di tempat yang betul untuk setiap borang:
- Updating of Account Particulars — ruang "Signature of Client"
- Account Opening Individual — dalam KOTAK "Signature of Applicant" pada muka 5
- Client Online Linkage Form — ruang "Client Signature"
- Change of Signature — atas garis bertitik "Yours faithfully", pada setiap 2 salinan
Dua pantang larang yang selalu buat borang ditolak
Jangan tulis sebarang tarikh. Termasuk ruangan "with effect from" — biarkan kosong. Pihak pejabat yang akan isi bahagian tersebut mengikut tarikh pemprosesan sebenar.
Jangan guna correction fluid. Kalau tersilap tulis, cetak semula borang tersebut. Borang yang ada kesan liquid paper biasanya tidak diterima.
Dan sebelum tandatangan, semak semula semua maklumat serta tanda tick pada borang. Sekali sudah bersign, membetulkan kesilapan bermakna ulang keseluruhan proses.
Selepas borang siap ditandatangan
Ikut tiga langkah ini supaya tidak perlu berulang:
- Snap gambar semua borang dan hantar melalui WhatsApp kepada remisier anda untuk semakan awal. Ini menangkap kesilapan kecil sebelum borang bergerak ke mana-mana.
- Selepas disahkan OK, masukkan borang dalam plastik dan sampul surat, kemudian poskan kepada remisier anda.
- Hantar nombor tracking kepada remisier supaya penghantaran boleh dijejak.
Kalau anda pelanggan Mahersaham dan tidak pasti alamat mana untuk poskan, tanya remisier anda terus — jangan hantar ke alamat umum yang anda jumpa dalam carian internet.
Soalan lazim
Berapa lama proses ini ambil masa? Ia bergantung pada masa penghantaran pos dan giliran pemprosesan di pihak M+. Selepas borang diterima, remisier anda boleh bantu semak status.
Ada caj? Tiada caj untuk pertukaran jenis akaun ini.
Bagaimana kalau maklumat saya tidak keluar secara automatik? Borang akan beritahu "maklumat akaun tidak ditemui pada email anda" — bermakna email yang anda guna untuk log masuk Mahersaham berbeza daripada email dalam rekod akaun CDS anda. Anda boleh isi sendiri semua ruangan, atau minta remisier kemas kini email berdaftar anda dahulu.
Saya ada beberapa akaun. Semua akan bertukar? Tidak. Pertukaran hanya untuk client code yang anda pilih dalam borang.
Ada urusan lain seperti tukar nombor telefon atau bank? Ada borang auto-isi berasingan untuk itu — lihat panduan cara update nombor telefon dan maklumat akaun M+.
Kesimpulan
Tukar jenis akaun CDS dari konvensional ke Islamik (atau sebaliknya) bukan proses yang rumit — cabarannya cuma pada dokumen yang mesti lengkap dan tandatangan yang mesti betul. Borang auto-isi dalam dashboard Mahersaham mengisi bahagian yang paling membosankan untuk anda; tugas anda tinggal semak, cetak, tandatangan dan pos.
Kalau anda masih di peringkat awal dan belum ada akaun untuk berdagang di Bursa Malaysia, mulakan dari situ dahulu.
Buka akaun CDS dengan Mahersaham untuk melabur di Bursa Malaysia dan juga pasaran luar negara seperti US dan Hong Kong.
Kalau anda baru bermula, muat turun ebook asas saham percuma untuk faham asas pelaburan sebelum masuk pasaran.
Bacaan Lanjut
- Jenis-jenis Akaun CDS Dan Bagaimana Hendak Main Saham Tanpa Modal
- Pelaburan Syariah vs Konvensional: Apa Beza Sebenar
- Permintaan Servis Akaun CDS: Reset Password, Market Depth & IPO Financing
- Nombor Telefon Dah Bertukar? Begini Cara Update Maklumat Akaun M+
- Lupa Password M+? Ini Cara Reset Untuk Setiap Situasi
Ini perkongsian pendidikan, bukan nasihat pelaburan. Sila buat kajian sendiri sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.