Tutorial Cara Guna Bursa Market Place

Loading...

Bursa Market Place pasti buatkan anda teruja dengan pasaran saham.
Selain mempunyai tarikan dari segi susun atur laman sesawang “website layout” yang menarik, ianya dilengkapi dengan segala maklumat terkini tentang pasaran saham.
Anda hanya perlu melayari website Bursa Market Place dan baca ruangan yang anda minat.
Umumnya, terdapat 3 kategori yang diistilahkan dengan “Beginner“, “Intermediate” dan “Advanced”.
Setiap pelabur perlu melakukan semakan ke atas diri masing-masing supaya tidak merasakan dirinya telahpun melepasi tahap yang tidak wajar untuknya.
Oleh itu, “Learn” memberikan anda perspektif baharu mengenai ketiga-tiga kategori di atas.
Ruangan ini bersifat universal dan sesuai kepada semua terutama bagi mereka yang tidak pernah mengenali apa itu saham, bagaimana untuk bermula mahupun yang sudah lama melabur.
Tiada siapa mahukan kerugian. Hakikatnya, ia adalah lumrah yang akan dihadapi oleh setiap pelabur.
Oleh itu, beberapa pendekatan harus diambil bagi mengurangkan risiko kerugian antaranya mendapatkan senarai sasaran harga terkini “Latest Price Targets” untuk beberapa syarikat.
Cadangan juga turut diberikan.
Contohnya, melalui perkataan,”hold” – pelabur tidak perlu menjual saham tersebut.
Kedua, “underperformed” pula bererti tidak perlu membeli saham tersebut kerana ianya tidak menguntungkan.
Yang terakhir, “outperformed” bermaksud hendaklah menjual sekiranya saham ada dalam pegangan.
Selain itu, bole melabur dalam 5 syarikat yang meraih keuntungan teratas “Top 5 Gainers”.
learn before you leap – dapatkan pengetahuan yang secukupnya, belajar terminologi pelaburan dan lihat kategori pelabur yang sesuai dengan diri anda.
Practice – gunakan aplikasi cubaan melabur untuk melihat cara bagaimana melabur pada waktu sebenar “real-time”. Seterusnya, pilih syarikat dalam sektor seperti pembinaan, hartanah, peladangan atau sektor minyak dan gas asli untuk anda mulakan pelaburan.
Open CDS account – pilih broker yang tepat untuk menjalankan jual beli saham secara sah. Kemudian, buka CDS akaun dengan broker tersebut. Ia akan memastikan duit yang anda gunakan untuk urusniaga saham dijaga dengan baik.
Start investing – Anda sudah boleh mulakan pelaburan dengan yakin. Segala informasi berkenaan saham boleh diperoleh ketika anda melabur.
Selamat beramal!
Bursa Market Place adalah platform digital oleh Bursa Malaysia yang menyediakan maklumat saham, alat analisis, dan fungsi Mirror, Learn & Trade (MLT) untuk membantu pelabur baru belajar melabur dengan lebih yakin.
Ya, kebanyakan fungsi asas Bursa Market Place boleh diakses secara percuma. Anda boleh melihat harga saham, berita pasaran, dan menggunakan alat screening tanpa sebarang bayaran.
MLT membolehkan pelabur baru mengikuti dan meniru strategi pelabur berpengalaman secara langsung. Anda boleh belajar daripada portfolio sebenar dan memahami proses membuat keputusan pelaburan.
Untuk melihat maklumat dan belajar, tidak perlu. Tetapi untuk mula membeli saham melalui platform ini, anda memerlukan akaun CDS yang didaftarkan dengan broker yang berdaftar seperti Mplus.
Bursa Market Place adalah titik permulaan yang baik untuk pelabur baru yang ingin memahami pasaran saham Malaysia sebelum mula melabur dengan wang sebenar.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk melengkapkan pengetahuan anda tentang pelaburan saham.
Sudah bersedia? Buka akaun CDS anda untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.