Vaksin COVID-19 dicipta dalam bentuk tablet

Loading...

Hai dan salam sejahtera! hari ni saya akan kongsi dengan anda semua mengenai berita yang telah dikeluarkan oleh akhbar Metro yang memberitahu bahawa kini vaksin COVID-19 akan diedar dalam bentuk tablet.
Akhbar Metro mengatakan bahawa Widad Group Berhad(Widad Group) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd (Rinani) untuk mengedarkan vaksin COVID-19 dalam bentuk tablet.

Vaksin berkenaan dibangunkan Vaxart Inc (Vaxart) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Rinani adalah wakil Vaxart di Malaysia.
Dan.. pada masa kini vaksin itu dikenali dengan nama VXA-Cov2-1 masih dalam ujian klinikal fasa dua.
Haaa..unik kan nama vaksin nie?
VXA-CoV2-1 adalah sejenis vaksin COVID-19 yang berbentuk tablet dan hanya diberikan satu dos sahaja.
Ia dipercayai lebih mudah diuruskan kerana tidak memerlukan rangkaian penyimpanan dan pengedaran sejuk.
Berkata Pengarah Urusan Widad Group, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar:
“Pihaknya yakin untuk menyokong usaha Rinani dalam mengetengahkan vaksin Vaxart ini di Malaysia untuk memastikan negara dapat akses vaksin yang praktikal untuk program imunisasi besar-besaran”
Setiap yang diciptakan pasti ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan vaksin ini. Terdapat 2 kelebihan terbesar pada penciptaan vaksin ini sendiri.
Kelebihan terbesar yang pertama ialah reka bentuk vaksin Vaxart ini mencetuskan imuniti mukosa.
Apa itu imuniti mukosa?
Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap virus yang boleh tersebar di udara seperti COVID-19. Ia juga memberikan perlindungan menyeluruh dari jangkitan.
Yang kedua ialah ia dihasilkan dalam bentuk tablet. Ini menjadikan vaksin ini mesra pengguna.
Selain itu, mewujudkan pengalaman tanpa rasa sakit yang di mana lebih ramai pengguna akan memilih cara ini.
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa teknologi yang moden dapat menghasilkan vaksin yang berkualiti dan sekaligus dapat membangunkan sektor perubatan dunia. Selain itu, diharapkan dengan kewujudan vaksin dalam berbentuk tablet ini akan menghasilkan pasaran yang meluas serta mendapat banyak permintaan terhadap vaksin ini.
Disamping itu juga, dengan berlakunya kemajuan dalam sektor perubatan ini membolehkan untuk anda semua membuat kajian dan boleh mula untuk memerhatikan kaunter-kaunter yang terlibat dengan pro vaksin ini.
Vaksin COVID-19 dalam bentuk tablet ialah vaksin yang diambil secara oral tanpa memerlukan suntikan. Ia dibangunkan menggunakan teknologi moden untuk memudahkan proses pengedaran dan pemberian vaksin kepada masyarakat.
Vaksin bentuk tablet lebih mudah untuk diedar dan disimpan kerana tidak memerlukan rantaian sejuk yang ketat. Selain itu, ia lebih mesra pengguna terutamanya bagi mereka yang takut jarum suntikan.
Perkembangan vaksin bentuk tablet boleh memberi kesan positif kepada kaunter-kaunter saham yang terlibat dalam sektor perubatan dan farmasi, kerana permintaan terhadap produk perubatan inovatif dijangka meningkat.
Ya, pelabur boleh mengkaji kaunter-kaunter yang terlibat dengan pembangunan dan pengedaran vaksin kerana sektor ini mempunyai potensi pertumbuhan yang besar seiring dengan kemajuan teknologi perubatan dunia.
Bersedia untuk melabur dalam saham berkaitan sektor perubatan? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan mulakan pelaburan anda sekarang.
Baru nak belajar saham? Dapatkan ebook percuma asas pelaburan daripada Mahersaham untuk panduan lengkap bermula!
Bacaan lanjut: