5 Etika Penasihat Kewangan Perlu Ada

Loading...

5 etika penasihat kewangan PERLU diberi perhatian.
Anda boleh menggunakan panduan ini sebelum menjadi penasihat kewangan yang profesional.
Sebaliknya jika anda seorang yang ingin mendapatkan khidmat profesional mereka, ingat kelima-lima etika yang dikongsikan kali ini.
Dengan itu, senang untuk anda berikan kepercayaan kepada mereka.
Integrity sama atau berbeza dengan ethics?
Integriti adalah amalan bersikap jujur dan menunjukkan pematuhan yang konsisten dan tidak kompromi terhadap prinsip dan nilai moral dan etika yang kuat.
Dalam etika, integriti dianggap sebagai kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang.
integriti menginspirasikan kepercayaan ‘integrity inspires trust’.
Tanpa integriti, kita akan hidup dalam kehinaan, rasuah, dan ketidakjujuran.
Integriti menginspirasikan kepercayaan dalam keluarga anda, dengan rakan sekerja dan hubungan peribadi anda.
Apabila kepercayaan hilang, sukar untuk meminta orang untuk mempercayai anda lagi.
Menjaga kepentingan klien merupakan ukuran profesionalisme penasihat kewangan. Ianya dinilai melalui pelaksanaan tanggungjawab yang penuh dengan etika.
Penasihat kewangan perlu mengetahui solusi atau plan pelaburan yang ideal dan optimum berdasarkan kepada profil klien. Selain membantu klien sehabis baik, mereka hendaklah menganggap klien sebagai rakan yang memerlukan pertolongan.
Ini kerana, setiap klien mempunyai case study yang berbeza-beza.
Walaupun sudah memiliki dan lulus sijil profesional, naik taraf ilmu seiring dengan peredaran zaman itu penting. Dengan ini, khidmat nasihat yang diberikan tidak akan ketinggalan zaman ‘out-to-date’.
Pelbagai revolusi dalam penciptaan teknologi telah memberikan kesan kepada industri kewangan. Jadi, input yang diberikan mesti akan berlainan dengan persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, menambah ilmu dan mengembangkan pengetahuan sama ada dalam karier yang sama atau bidang lain adalah sangat digalakkan.
Dalam tugas-tugas profesional, ‘Continuing Professional Development ‘(CPD) telah diperkenalkan. Ia melibatkan apa-apa kursus atau seminar yang berkaitan sama ada secara rasmi dan berstruktur atau tidak rasmi.
Dalam setahun, wajib perolehi minima 20 poin dengan menyertai mana-mana kursus atau seminar.

Bersikap adil, telus dan jujur merupakan tuntutan agama. Orang yang bersikap adil tidak akan menzalimi orang lain.
Kerjaya ini patut dijadikan sebagai platform untuk merebut peluang melakukan amal jariah.
Semasa menjalankan tugas, nilai kemanusiaan perlu ada dalam diri setiap insan walau apapun gelarannya.
Berkomunikasilah dengan telus tanpa menyembunyikan sebarang maklumat demi kepentingan diri.
Jangan dilupa, apa sahaja yang kita lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh yang Maha Melihat. Oleh itu, berlaku jujurlah dalam pekerjaan supaya mendapat keberkatan dalam kehidupan.
Nilai utama bagi seorang penasihat kewangan ialah amanah dalam melindungi maklumat peribadi klien.
Perkara ini adalah rahsia kerana ianya merangkumi maklumat privasi dan sulit ‘private and confidential information’.
Semasa membuat analisa profil klien, maklumat ini perlu direkodkan sama ada ‘on paper’ ataupun elektronik.
Contohnya maklumat peribadi ialah nama, alamat dan nombor kad pengenalan. maklumat sensitif pula terdiri daripada rekod perubatan dan status kewangan.
Kesemua maklumat klien perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
Penasihat kewangan boleh didakwa dibawah akta perlindungan data peribadi 2010 (Akta 709).
Jangan risau, sekiranya sikap amanah dipraktikkan semasa menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku sebarang dakwa-dakwi di antara penasihat kewangan dan juga klien.

Seorang penasihat kewangan perlu sentiasa profesional tanpa perlu bias terhadap produk ataupun terhadap prospek.
Kecenderungan terhadap sesuatu produk melebihi produk lain tidak patut wujud sama sekali.
Mereka tidak boleh sesekali memberi cadangan yang tidak ideal dan boleh memudaratkan klien.
Lain orang, lain caranya.
Sebab itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menerima apa-apa nasihat lebih-lebih lagi apabila melibatkan kewangan.
Teknik yang berhasil untuk orang lain tidak semestinya berhasil untuk anda.
Penasihat kewangan juga dilarang mencampur adukkan perihal peribadi sekiranya mempunyai perselisihan faham dengan klien.
Pemikiran seseorang berpotensi untuk dipengaruhi sekiranya berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
Jangan biarkan emosi mengawal diri ketika membuat keputusan terutama sekali semasa menganalisa profil klien.
Sentiasalah berada dalam keadaan tenang.
Pilihlah penasihat kewangan yang betul. Bila ada yang berkata “Ohhh, bagus penasihat kewangan ni”, selidiki dahulu latar belakang individu tersebut.
Selain itu, jangan biarkan orang yang tidak mahir menguruskan profil kewangan anda.
Buatlah pilihan yang betul kerana penasihat kewangan yang betul akan menatijahkan perancangan kewangan yang efektif dan berkesan.
Sebab itu, carilah penasihat kewangan yang BERAUTORITI dan BERLESEN bukannya ‘self-claimed’.
Jangan risau, penasihat kewangan di luar sana memang ramai yang profesional dan beretika. Mereka bersungguh-sungguh membantu klien dengan memberikan servis yang terbaik.
Jadi, sebelum anda mendapatkan servis dari penasihat kewangan yang berpengalaman dan berilmu, pastikan mereka tidak mengabaikan kelima-lima etika ini ketika melaksanakan tugas.
Penasihat kewangan beretika sentiasa mengutamakan kepentingan klien, telus tentang yuran dan komisen, serta tidak membuat janji pulangan yang tidak realistik. Mereka juga memiliki lesen sah daripada BNM atau SC dan sanggup menjelaskan risiko setiap produk kewangan secara jujur.
Penasihat tidak berlesen tidak tertakluk kepada pengawasan pengawal selia, bermakna tiada perlindungan undang-undang jika berlaku kerugian akibat nasihat salah. Anda juga berisiko ditipu skim pelaburan palsu. Sentiasa semak lesen melalui laman web BNM atau SC sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.
Tidak wajib. Ramai pelabur saham berjaya membuat keputusan sendiri dengan mempelajari analisis fundamental dan teknikal. Namun, penasihat kewangan berguna untuk perancangan menyeluruh termasuk insurans, simpanan persaraan, dan pengurusan hutang — terutama jika anda baru bermula dalam dunia kewangan.
Kos bergantung pada model bayaran — sesetengah penasihat mengenakan yuran tetap (flat fee), manakala yang lain mendapat komisen daripada produk yang dijual. Pastikan anda faham struktur bayaran sebelum melantik penasihat. Penasihat beretika akan menjelaskan semua kos dengan telus.
Memilih penasihat kewangan yang beretika dan berlesen adalah penting, tetapi memiliki ilmu kewangan sendiri tetap menjadi aset terbesar anda — ia membolehkan anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan termaklum.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia secara kendiri dengan ilmu yang betul.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham sebelum memulakan langkah pertama.
Bacaan lanjut: