Artificial Intelligence (A.I) Dan Pelaburan Saham

Loading...


Pelaburan Saham dan Kepintaran Buatan
Augmentasi kepakaran manusia dan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) sudah tidak asing lagi pada masa kini. Ianya adalah suatu manifestasi yang terhasil dari kepesatan arus kemodenan dan merupakan teras utama kepada perkembangan revolusi industri 4.0.
Kemuncak dunia pelaburan saham yang digembar-gemburkan selama ini telahpun menjadi realiti. Yang terbaru, MyFinB, sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Daud Bakar telah menggunakan A.I dalam membantu perniagaan dan pelaburan.
Sungguh luarbiasa dan mengkagumkan!
Apa Faedah Guna A.I?
Sebenarnya, banyak kemudahan dan kebaikan yang terdapat pada A.I ini jika diteliti. Bagi para pelabur khususnya, semua pelaburan akan dilakukan secara automatik dan pelabur tidak perlu lagi bersusah payah dan menggembleng tenaga untuk menganalisa data sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Semua maklumat dan data yang dikumpulkan telahpun dianalisa oleh A.I. Dengan cara ini, sebahagian besar masa yang digunakan untuk mengkaji dan menganalisa saham akan dapat dimanfaatkan untuk melakukan perkara-perkara lain.
Mudah kan!
Kita juga tidak dapat menolak kehadiran teknologi baru ini walaupun banyak benda baru dan kelebihan-kelebihan lain yang belum dapat dikenalpasti.
Masih Perlu Belajar Dan Mendalami Pelaburan Saham?
Nanti dulu! Baca sampai habis.
Walaupun teknologi A.I telah dilengkapi dengan segala macam strategi dan susun atur yang sangat hebat, ianya masih perlu kepada penambahbaikan dari semasa ke semasa dan pembelajaran saham masih perlu diteruskan seperti biasa dalam apa jua keadaan sekalipun. Kelas-kelas saham tidak mungkin akan terencat begitu sahaja.
Lagipun, teknik pembelajaran secara atas talian yang diperkenalkan masih kekal relevan sehingga ke hari ini di mana A.I diperkenalkan. Ia juga banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada ramai orang terutamanya kepada penduduk luar bandar untuk belajar seiring dengan perkembangan teknologi.
Pembelajaran ini sangat berguna di samping memberi pendidikan kepada orang ramai, ianya juga dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan melabur khususnya kepada generasi muda. Jangan sesekali dilupa, masih ramai di luar sana yang masih belum kenal dengan saham dan cara nak melakukan pelaburan saham.
Oleh itu, seorang pelabur yang pintar bukan sahaja pintar menggunakan A.I, tetapi juga harus bijak dalam memproses maklumat dan data yang diberikan oleh A.I.
Pintarkah kita?
A.I digunakan untuk menganalisis data pasaran dalam jumlah besar, mengenal pasti corak harga, membuat ramalan pergerakan saham, dan membantu pelabur membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan data.
Tidak sepenuhnya — walaupun A.I sangat hebat dalam memproses data, pelabur manusia masih perlu bijak dalam memproses dan mentafsir maklumat yang diberikan oleh A.I untuk membuat keputusan pelaburan.
Ya, kelas dan pembelajaran saham masih kekal relevan kerana A.I adalah alat bantu, bukan pengganti ilmu — pemahaman asas tentang pasaran saham tetap diperlukan untuk menggunakan A.I dengan berkesan.
A.I masih memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan tidak dapat meramal peristiwa luar jangka seperti krisis politik atau bencana alam yang boleh menggerakkan pasaran secara mendadak.
Nak mula melabur dengan bijak menggunakan gabungan ilmu dan teknologi? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan pelaburan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: