Cara Kira Averaging Price

Loading...

Averaging Price adalah harga purata saham belian dimana ia digunakan dalam pengiraan apabila anda mahu menjual sesuatu saham.
Kebiasaannya jika beli saham sekali dan jual sekali dengan kuantiti yang sama tidak menjadi masalah. Namun ia menjadi persoalan sesetengah pelabur jika terdapat beberapa jumlah transaksi dan kuantiti unit saham yang berbeza.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan cara pengiraan Averaging Price yang betul mengikut 3 situasi yang berbeza.
Sebagai contoh, Ali beli Saham ABC pada harga RM0.51 sebanyak 10,000 unit saham.
Maka Averaging Price saham ABC adalah:
(10,000 x RM0.51) / 10,000 = RM 0.51
Jika Ali jual kesemua 10,000 unit saham pada harga RM0.515, maka keuntungan Ali ialah (0.515-0.51) X 10,000 = RM50

Abu beli saham ABC harga RM0.51 sebanyak 10,000 unit saham.
Kemudian Abu beli sekali lagi 5,000 unit saham ABC pada harga RM0.33
Maka di Portfolio Abu Averaging Price saham ABC adalah:
(10,000 x RM0.51) + (5,000 x RM0.33) / 15,000 = RM 0.45
Jika Abu jual saham ABC pada harga RM0.50, maka Abu untung sebanyak (0.50-0.45) X 15,000 = RM750

Lim beli saham ABC pada harga RM0.45 sebanyak 10,000 unit saham.
Maka Averaging Price saham ABC adalah:
(10,000 x RM0.45) / 10,000 = RM 0.45
Kemudian Lim jual sebahagian saham 5,000 unit pada harga RM0.435. Jadi sekarang Lim rugi (0.435-0.45) X 5,000 = RM75
Sekarang tinggal baki 5,000 unit saham ABC di Portfolio Lim.
Selepas beberapa hari Lim jual kesemua saham ABC 5,000 unit tersebut dengan harga RM0.47
Jadi Lim untung sekarang (0.47-0.45) X 5,000 = RM100

Averaging Price ialah harga purata saham belian anda. Ia penting untuk mengetahui berapa harga purata saham yang dibeli supaya anda boleh menetapkan target keuntungan (TP) dan mengelakkan kerugian.
Jumlahkan keseluruhan kos belian (harga x unit untuk setiap belian) dan bahagikan dengan jumlah keseluruhan unit saham yang dimiliki. Contoh: (1000 x RM0.50 + 2000 x RM0.45) / 3000 = RM0.467.
Tidak, Averaging Price anda kekal sama walaupun anda jual sebahagian saham. Yang berubah hanyalah bilangan unit saham yang tinggal di portfolio anda.
Averaging down sesuai apabila anda yakin dengan fundamental syarikat dan harga saham turun secara sementara. Namun, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu dan tidak sekadar menambah posisi tanpa analisis.
Pentingnya tahu Averaging Price untuk anda tahu berapa purata harga saham yang dibeli dan berapa perlu target TP supaya dapat mengelakkan kerugian.
Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS sekarang untuk mula melabur. Untuk belajar asas saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.