Cara Terima/Tolak IPO MITI Selepas Berjaya

Loading...

Sekarang ramai yang sudah tahu tawaran IPO boleh dipohon di 2 tempat iaitu MITI dan Online Banking.
Bagi permohonan di MITI pemohon wajib daftar dahulu akaun MITI di sahamonline.miti.gov.my/portal/login. Boleh baca langkah-langkah daftar akaun MITI bagi Bumiputera.
Kemudian selepas status pendaftaran MITI anda diterima, anda sudah boleh mula memohon IPO MITI secara online.
Saya yakin pasti ramai yang sudah pernah mohon IPO di MITI. Tetapi masih ramai yang belum tahu apa perlu dibuat jika berjaya mendapat IPO di MITI.
Maka artikel kali ini akan tunjukkan cara terima/tolak IPO MITI selepas berjaya mendapat IPO melalui MITI.
Pertama Login ke website MITI.

Selepas login klik bahagian ‘MySaham’ untuk semak status Permohonan IPO yang dimohon.

Anda boleh lihat bahagian status permohonan untuk tahu sama ada berjaya dapat IPO MITI atau sebaliknya.

Bagi permohonan yang berjaya, anda perlu kemaskini untuk terima/tolak IPO MITI ini. Masukkan jumlah unit yang anda setuju terima dan klik simpan.

Kemudian jumlah unit yang anda terima akan ditunjukkan pada paparan.

Klik semula pada ‘tindakan’ untuk tahu proses cara pembayaran IPO MITI yang sudah diterima. Maklumat proses cara pembayaran IPO MITI ini anda baca pada dokumen pdf Arahan Pembayaran yang disediakan.

Sebagai contoh, bagi IPO Senheng ini cara pembayaran perlu dibuat melalui website Tricor (Syarikat Issuing House) – TIIH Online. Jadi Login website Tricor TIIH Online.
Sekiranya anda belum ada akaun TIIH Online anda perlu daftar dahulu. Jika sudah ada akaun TIIH boleh Login seperti biasa.

Pilih nama Syarikat IPO tersebut untuk tindakan seterusnya.

Klik Next

Tandakan tick pada Agreement & Condition sebagai tanda anda setuju.

Masukkan maklumat nombor akaun CDS anda, bilangan jumlah unit yang diterima dan pekerjaan anda.

Semak semua maklumat yang tertera sebelum membuat pembayaran.

Pilih cara pembayaran yang anda mahukan sama ada maybank2u atau fpx.

Terus kepada pembayaran.

Selesai bayaran IPO MITI anda.

Ya, anda boleh menolak IPO MITI selepas berjaya. Anda diberi pilihan untuk menerima sepenuhnya, menerima sebahagian, atau menolak keseluruhan peruntukan IPO yang diterima.
Melalui MITI, anda hanya bersaing sesama Bumiputera, tidak perlu mengeluarkan modal semasa memohon, dan boleh memilih jumlah unit saham yang mahu diterima selepas berjaya.
Tidak. Berbeza dengan Online Banking, permohonan di MITI tidak memerlukan bayaran semasa memohon. Bayaran hanya dibuat selepas permohonan berjaya kepada Issuing House.
Anda perlu menjadi warganegara Malaysia Bumiputera berumur 18 tahun ke atas, mempunyai akaun CDS yang aktif, dan mendaftar akaun MITI di portal sahamonline.miti.gov.my.
Untuk membeli IPO anda perlu tahu latar belakang syarikat dan membuat kajian. Untuk memohon IPO MITI, anda wajib ada akaun CDS terlebih dahulu.
Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS sekarang bersama kami. Untuk belajar asas saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.