Cara Check Permohonan MITI

Loading...

Check Permohonan MITI – IPO anda sekarang ikut cara yang telah disediakan dalam artikel ini. Semoga bermanfaat!
Ramai mula tahu tentang IPO dan ramai mula Mohon IPO . Bagi yang belum tahu Apa itu IPO boleh tonton video di bawah ini:
Untuk Mohon IPO terdapat 2 tempat iaitu:
Jadi kali ini saya ingin berkongsi cara check permohonan MITI bagi yang memohon IPO.

Contoh website miti. Disini anda akan nampak ada pengumuman atau makluman terkini. Dalam gambar ini makluman adalah semakan status IPO SWIFT HAULAGE BERHAD
Bagi yang dah mohon sila login di website MITI. Jika belum daftar kena daftar dahulu iaitu Cara Mohon IPO di MITI
Bila dah login akan keluar gambar seperti di bawah ini:

Disini anda boleh lihat senarai IPO yang anda mohon dan status permohonan anda. Jadi disinilah anda akan check permohonan MITI anda.
Jika dalam proses ia bermaksud keputusan belum keluar lagi.
Jika berjaya atau tidak berjaya bermaksud keputusan IPO tersebut sudah keluar.
Status berjaya bermakna anda dapat IPO tersebut dan seterusnya perlu pilih di bahagian Terima/Tolak dan klik hantar.
Bila anda klik terima akan keluar senarai dokumen yang anda perlu sediakan dan pembayaran yang perlu dilakukan.

Dokumen yang anda perlu sediakan. Sila cetak dan isi.

Ini adalah surat peruntukan khas bumiputra.
Dalam surat ini akan ada harga saham IPO anda mohon itu berapa seunit, bila last pembayaran boleh di buat dan juga last perlu di hantar ke MITI.
Sila baca dengan teliti satu persatu.

Surat ini perlu diisi yang mengesahkan anda terima IPO ini. Selain itu anda perlu isi satu lagi borang tentang maklumat diri anda.

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini:
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Jika belum ada akaun cds boleh daftar di MOHON AKAUN CDS
Anda boleh bayar melalui 2 cara

Dalam jadual ini diberikan no akaun yang anda perlu buat pembayaran dan cara isi reference dan other payment details bagi mode online transfer.
Selepas berjaya mohon IPO melalui MITI, pastikan anda semak status permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk proses pembayaran. Segala keputusan pelaburan adalah di tangan anda.
Anda boleh semak status permohonan MITI melalui portal rasmi MITI atau melalui emel pengesahan yang dihantar selepas permohonan dihantar. Pastikan anda simpan nombor rujukan permohonan.
Tempoh kelulusan biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan. Ia bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima.
Anda memerlukan salinan IC, surat pengesahan Bumiputera, nombor akaun CDS, dan dokumen sokongan lain yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Tidak, anda wajib mempunyai akaun CDS untuk menerima unit saham IPO yang berjaya. Pastikan akaun CDS anda aktif sebelum membuat permohonan.
Jangan lepaskan peluang IPO seterusnya. Sediakan akaun CDS anda sekarang dan tingkatkan ilmu pelaburan.
Buka Akaun CDS: Buka akaun CDS Mplus hari ini supaya anda sentiasa bersedia untuk mohon IPO.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan.