Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Expenses

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haiiiiiiiiiii semua, apa khabar anda hari ini??

Pastikan anda sudah senyum hari ini 🙂 .
Anda dah bersedia untuk teruskan siri dalam analisa kewangan?
Sebelum itu, doakan kami, team Mahersaham agar sentiasa dipermudahkan urusan dalam berkongsi ilmu saham.
Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan nonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.
Tidak perlu sebarang bayaran untuk access kepada video asas ini.
Team Mahersaham sediakan khas untuk anda.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting yang terakhir dalam analisa kewangan.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Part 2 dan 3 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset dan liabiliti
Siri 4 dan 5 saya terangkan secara details tentang elemen ekuiti dan element revenue.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang terakhir iaitu expenses.
Perbelanjaan (expenses) adalah kos yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk operasi dalam menghasilkan jualan.
Mudah cerita ia adalah segala perbelanjaan bagi sesebuah syarikat.
Juga dikenali sebagai ‘duit yang keluar’.
Merujuk kepada kos untuk menghasilkan produk/ servis oleh sesebuah syarikat.
Kos ini termasuk kos bahan (materials) dan tenaga yang digunakan (labors) dalam menghasilkan servis/produk tersebut.
Apa berlaku sekiranya kos ini tidak wujud?
Kalau kos ini tiada maka syarikat tak boleh jual barang / servis tersebut.
Alamakkkk macam mana boleh jadi macam tu?
Sebagai contoh, Mahersaham menjual produk starterpack dan pelanggan bayar untuk dapatkan USB pendrive.
Inventori = USB pendrive
Untuk hantar kepada pelanggan antara yang diperlukan;
Sekiranya kedua di atas tidak ada, confirm produk tersebut tak akan sampai kepada pelanggan dan secara langsung produk tidak dapat dijual.
Kos ini bebbeza dengan kos untuk menghasilkan produk/ servis.
Ia adalah kos untuk;
Faedah perbelanjaan adalah kos yang ditanggung oleh sesebuah syarikat untuk dana yang dipinjam
Menurut website investopedia tax expenses adalah liabiliti kepada kerajaan persekutuan/negeri dalam jangka masa tertentu yang biasanya selama setahun.
Elemen expenses atau perbelanjaan dalam analisa kewangan merangkumi COGS, Operating Expenses, Interest Expense dan Tax Expenses. Memahami setiap komponen ini penting untuk menilai kecekapan sesebuah syarikat menguruskan kos operasinya.
COGS (Cost of Goods Sold) adalah kos langsung yang terlibat dalam penghasilan produk atau perkhidmatan syarikat. Ia termasuk kos bahan mentah, buruh langsung dan kos pengeluaran yang berkaitan terus dengan produk.
Operating Expenses adalah kos operasi harian syarikat yang tidak berkaitan langsung dengan pengeluaran produk seperti sewa bangunan, bil utiliti, gaji pekerja dan pengiklanan. Manakala COGS adalah kos langsung untuk menghasilkan produk.
Interest Expense menunjukkan berapa banyak kos yang ditanggung syarikat untuk hutang yang dipinjam. Syarikat dengan Interest Expense yang tinggi mungkin mempunyai beban hutang yang besar, yang boleh menjejaskan keuntungan bersih.
Bandingkan nisbah expenses terhadap revenue syarikat dari satu tempoh ke tempoh lain. Syarikat yang berjaya mengawal dan mengurangkan nisbah ini menunjukkan kecekapan pengurusan yang lebih baik.
Ingin mendalami ilmu analisa kewangan syarikat untuk pelaburan saham? Buka akaun CDS anda sekarang dan mula melabur dengan yakin. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.