Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Revenue

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Haiiiiiiiiiii semua, apa khabar anda hari ini??

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Anda dah bersedia untuk teruskan siri dalam analisa kewangan?
Sebelum itu, doakan kami, team Mahersaham agar sentiasa dipermudahkan urusan dalam berkongsi ilmu saham.
Sekiranya anda masih baru dalam dunia saham, pastikan nonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.
Tidak perlu sebarang bayaran untuk access kepada video asas ini.
Team Mahersaham sediakan khas untuk anda.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi siri seterusnya.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Part 2 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset.
Siri 3 dan 4 saya terangkan secara details tentang elemen liabiliti dan element ekuiti.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang keempat iaitu hasil jualan atau pendapatan syarikat (revenue).
Revenue adalah income atau pendapatan sesebuah syarikat hasil daripada operasi perniagaan.
Bahasa mudahnya adalah duit yang masuk dalam akaun syarikat.
Ia termasuk potongan harga untuk sesuatu produk dan barang yang dikembalikan.
Revenue merupakan pendapatan kasar bagi sesebuah syarikat.
Antara istilah yang kita kena ambil tahu adalah;
Formula untuk revenue sales adalah;
Revenue sales = harga jualan x jumlah unit produk.
Di dalam perakaunan, gains (keuntungan) merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan sampingan bukan daripada operasi perniagaan yang utama dalam sesebuah syarikat.
Sebagai contoh penjualan aset lama atau aset yang tidak lagi digunakan oleh sesebuah syarikat.
Apabila penjualan aset tersebut mendapatkan nilai yang lebih tinggi daripada yang dianggarkan sebelumnya maka itu adalah gains.
Pendapatan pelaburan (investment income) merupakan wang yang diterima dalam pembayaran faedah atau dividen.
Revenue merupakan pendapatan kasar sesebuah syarikat. Syarikat dengan pendapatan tinggi tidak semestinya untung jika tanggungan dan hutang juga tinggi. Sebagai pelabur yang bijak, anda perlu mengkaji semua faktor ini sebelum membuat keputusan pelaburan.
Revenue adalah jumlah pendapatan kasar yang diperoleh syarikat daripada aktiviti perniagaan utamanya sebelum ditolak sebarang kos atau perbelanjaan. Ia juga dikenali sebagai 'top line' dalam penyata pendapatan.
Revenue adalah jumlah pendapatan kasar sebelum tolak kos, manakala Profit (keuntungan) adalah baki selepas semua kos dan perbelanjaan ditolak daripada revenue. Syarikat boleh mempunyai revenue tinggi tetapi profit rendah.
Selain Operating Revenue, syarikat juga boleh memperoleh pendapatan melalui Non-Operating Revenue seperti Gains (keuntungan dari penjualan aset) dan Investment Income (pendapatan dari pelaburan dan dividen).
Revenue menunjukkan kemampuan syarikat menjana pendapatan. Pertumbuhan revenue yang konsisten menandakan permintaan tinggi terhadap produk atau perkhidmatan syarikat, yang biasanya memberi kesan positif kepada harga saham.
Ingin mula melabur saham dengan ilmu yang kukuh? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.