Elemen Penting Dalam Analisis Kewangan: Ekuiti

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Apa khabar anda hari ini??
Harapnya sihat wal afiat dan bersemangat untuk belajar sesuatu hari ini.
Doakan team Mahersaham agar dipermudahkan urusan untuk kami berkongsi ilmu saham kepada anda semua.
Jangan lupa tonton video asas saham yang disediakan oleh Mahersaham.
Semoga bermanfaat!
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi siri seterusnya.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Part 2 pula saya terangkan secara details tentang elemen aset.
Siri 3 saya terangkan secara details tentang elemen liabiliti.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang ketiga iaitu ekuiti.
Bahasa mudahnya ekuiti (Equity) adalah milik bersih shareholder.
Menurut investopedia ekuiti biasanya disebut sebagai ekuiti pemegang saham (atau ekuiti pemilik untuk syarikat milik persendirian)
Ia mewakili jumlah wang yang akan dikembalikan kepada pemegang saham syarikat jika kesemua aset dicairkan dan semua hutang syarikat telah dibayar dalam kes pembubaran.
Formulanya E (Equity) =A (Asset) – L (Liability).
Sebagai contoh Syarikat DEF Sdn Bhd hendak ditubuhkan maka ia memerlukan modal permulaan untuk establish.
Kita ambil contoh Syarikat DEF hendak disenaraikan dalam bursa Malaysia, maka modal (capital) pada waktu itu adalah IPO.
Kemudian Additional Paid in Capital adalah apabila berlakunya corporate exercise seperti right issue dan juga berlakunya exercise warrant untuk menambah modal kepada syarikat.
Ia selalunya berlaku setelah cukai (profit after tax and minority interest).
Sesuatu syarikat akan buat sales atau revenue setiap tahun.
Antara pengiraan yang terlibat adalah penolakan perbelanjaan, pembelian inventori dan pembayaran gaji pekerja serta pembayaran cukai.
Setelah penolakkan semua, baki tersebut adalah keuntungan yang dimiliki oleh syarikat .
Jika di ambil kira keuntungan dari sudut owner’s equity, itu yang dikatakan milik pemegang-pemegang saham.
Owner’s equity ini dikatakan sekiranya syarikat untung maka value shareholder semakin bertambah.
Namun sekiranya syarikat rugi maka value shareholders pun berkurangan.
Selain keuntungan daripada main operation, ada juga keuntungan yang datang daripada pelaburan-pelaburan yang lain.
Keuntungan tersebut juga akan di tambah dalam owners equity.
Penting untuk kita ketahui bahawa dalam ekuiti, keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik manakala kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. Memahami elemen ekuiti ini membantu pelabur menilai nilai sebenar sesebuah syarikat.
Ekuiti merujuk kepada nilai pemilikan pemegang saham dalam sesebuah syarikat. Ia dikira dengan menolak jumlah liabiliti daripada jumlah aset syarikat. Ekuiti juga dikenali sebagai shareholders' equity atau owner's equity.
Komponen utama ekuiti termasuk Share Capital (modal saham), Retained Earnings (keuntungan terkumpul), dan Other Comprehensive Income (pendapatan komprehensif lain daripada pelaburan).
Ekuiti bertambah apabila syarikat membuat keuntungan dan berkurang apabila syarikat mengalami kerugian. Pembayaran dividen juga akan mengurangkan ekuiti kerana ia mengurangkan retained earnings syarikat.
Pelabur perlu memahami ekuiti kerana ia menunjukkan nilai sebenar pemilikan dalam syarikat. Ekuiti yang semakin meningkat biasanya menandakan syarikat yang sihat dan berkembang, manakala ekuiti yang semakin berkurang mungkin menandakan masalah kewangan.
Ingin mendalami ilmu analisa kewangan untuk pelaburan saham? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.