IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

By Lukman Hakim3 min bacaan
IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI
A

Apa itu IPO?

Perkara penting tentang IPO

Flow IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO CNERGENZ Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

Detail Tawaran Awam di MITI

IPO CNERGENZ BERHAD

Tarikh buka : 21.2.2022

Tarikh tutup : 25.2.2022

Harga tawaran seunit : RM0.58

Bank Penasihat  :UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd

DOWNLOAD PROSPECTUS EXPOSURE DISINI

Sejarah IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Syarikat ini diperbadankan pada 6 Ogos 2021 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama Cnergenz Sdn Bhd dan pada 21 September 2021 bertukar menjadi syarikat awam dengan nama Cnergenz Berhad.

Struktur syarikat ini adalah seperti berikut

Melalui anak syarikat iaitu SiP Technology mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian pembuatan elektronik, pakar dalam pemasangan pembuatan teknologi untuk industri E&S.

Kepakaran utama mereka adalah menyediakan perkhidmatan kepada syarikat elektronik dan semikonduktor yang mencari :

  1. commission new integrated production lines for their production facilities. This involves the design and planning of production line systems, sourcing of individual machinery, equipment, tools and software, as well as the assembly, configuration and integration of the processes and hardware into the integrated production lines
  2. automate their production facilities. This involves incorporating smart factory solutions that integrate and connect the processes within the facility, including the remote management and monitoring of production processes, and management of materials and finished products.

Kekuatan Cnergenz BERHAD DI MITI

  1. Mempunyai keupayaan teknikal untuk menyediakan penyelesaian pembuatan yang relevan dengan perubahan landskap teknologi Industri E&S.
  2. Mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam memenuhi pemilihan dan kualiti yang bagus yang ditetapkan oleh pelanggan mereka yang terdiri daripada syarikat multinasional.
  3. Mempunyai rangkaian pembekal terkenal menawarkan pelbagai jenis mesin dan peralatan

FINANCIAL INFORMATION IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk CNERGENZ BERHAD dari 2018 sehingga 2020

sumber Prospectus Exposure Cnergenz Berhad

SEBAB-SEBAB IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Perluasan kemudahan operasi
  2. Perbelanjaan R&D
  3. Modal Kerja AM
  4. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Berdasasrkan maklumat saham di MITI, IPO ini patuh shariah

Cara mohon IPO CNERGENZ BERHAD DI MITI

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua sila baca :

  1. Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

  2. CARA MOHON IPO MITI UNTUK BUMIPUTRA

  3. Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

ipo senheng

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai IPO Cnergenz Berhad

Apakah itu IPO Cnergenz Berhad?

IPO Cnergenz Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat ini sebelum tersenarai di Bursa Malaysia. Pelabur Bumiputera boleh memohon melalui MITI manakala public share boleh dipohon melalui online banking.

Apakah syarat kelayakan untuk memohon IPO melalui MITI?

Untuk individu, anda mestilah warganegara Bumiputera Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Bagi syarikat, pemilikan mestilah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera dengan minimum 2 orang pekerja. Koperasi memerlukan 95% ahli Bumiputera.

Bagaimana cara mengetahui nombor akaun CDS saya?

Bagi pengguna Mplus, login melalui PC dan pergi ke My Account, kemudian klik My Profile untuk mendapatkan nombor akaun CDS anda. Gunakan format 012001 diikuti nombor CDS anda semasa mengisi borang permohonan IPO.

Di mana saya boleh belajar asas pelaburan saham dan IPO?

Anda boleh memuat turun ebook percuma daripada Mahersaham untuk panduan asas pelaburan. Untuk akses penuh ke kelas pembelajaran, anda boleh buka akaun CDS bersama Mahersaham.


Kesimpulan

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Jika anda berminat untuk mula melabur, langkah pertama ialah membuka akaun CDS. Dengan akaun CDS, anda boleh memohon IPO dan membeli saham di Bursa Malaysia.

Muat turun Ebook Percuma daripada Mahersaham untuk panduan lengkap asas pelaburan saham!

Bacaan Lanjut

Kongsi: