IPO MTT Shipping and Logistics Berhad DI MITI

Loading...


Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
Jadi sekarang IPO MTT Shipping and Logistics Berhad di Bursa Malaysia di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI

IPO MTT Shipping and Logistics Berhad
Untuk harga tawaran belum ada. Bagi bumiputra hanya sekarang adalah proses untuk memohon kerana tarikh untuk memohon adalah bermula dari 13 September sehingga 17 September 2021 jam 12.00 tenghari. Jika anda ingin memohon boleh baca cara memohon di MITI
.
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian di bawah nama MTT Shipping and Logistics Sdn Bhd pada 31 Januari 2019. Kemudian ditukar menjadi syarikat berhad awam pada 29 Julai 2021. Syarikat ini adalah syarikat pemegangan pelaburan dan melalui anak syarikatnya, pada dasarnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengiriman kontena, perkhidmatan penyewaan kapal, dan penyimpanan kontena dan perkhidmatan berkaitan kontena.

sumber gambar prospectus MTT Shipping and Logistics Berhad
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk MTT Shipping and Logistics Berhad dari 2018 sehingga 2020

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh dalam bentuk ringgit dan peratusan setiap kegunaan IPO tersebut, tetapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua pergi ke website MITI

Bagi yang belum ada akaun di MITI klik bahagian jenis pelabur dan daftar dahulu. Bagi yang sudah daftar sebelum ini masukan IC dan password kemudian login.
Ketiga selepas login akan keluar maklumat IPO terkini. Untuk sekarang adalah ORGABIO HOLDINGS BERHAD dan MTT Shipping and Logistics Berhad. Jika nak memohon klik butang hijau iaitu POHON untuk MTT Shipping and Logistics Berhad.

Keempat masukkan unit yang ingin dipohon. Diingatkan anda memohon ini tidak lengkap selagi segala borang permohonan tidak dihantar ke alamat MITI. Minima untuk memohon adalah 1000 unit.

Kelima selepas sudah isi unit yang diinginkan sila cetak borang permohonan anda dan pos ke alamat MITI seperti di dalam gambar . Bila klik cetak, anda akan terima borang dari MITI ada 3 muka surat. Kena print.

Sila sediakan juga perkara yang diperlukan dalam senarai semak seperti gambar di bawah ini

Semua dokumen ini hendaklah di hantar ke MITI sebelum 24 September 2021 iaitu hari Jumaat jam 4.30 petang . Selepas itu jika anda berjaya anda akan dihubungi melalui email atau boleh check di portal MITI bila keputusan keluar nanti dan perlu membuat pembayaran.
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Anda boleh aktifkan BURSA ANYWHERE terlebih dahulu . Bila dah aktif boleh download penyata dalam Bursa Anywhere
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Nak belajar tentang IPO? Sertai kelas Supertrader yang disediakan khas untuk mereka yang buka Akaun CDS bersama Mahersaham. Jika berminat nak belajar dari Zero sehingga Advance, boleh daftar sekarang.
Anda juga boleh muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham untuk mula belajar asas saham!
IPO MTT Shipping and Logistics Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat perkapalan dan logistik ini sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. Pelabur boleh memohon saham melalui MITI atau Online Banking.
Log masuk ke laman MITI, isi borang permohonan dengan maklumat peribadi dan nombor akaun CDS, kemudian hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
Ya, akaun CDS adalah wajib untuk semua permohonan IPO di Bursa Malaysia. Anda boleh buka Akaun CDS bersama Mahersaham untuk memulakan perjalanan pelaburan anda.
Sertai kelas Supertrader Mahersaham dengan membuka Akaun CDS bersama kami. Untuk permulaan, muat turun Ebook Percuma yang merangkumi asas pelaburan saham.