IPO SFP TECH HOLDINGS BERHAD DI MITI

Loading...


Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
Jadi sekarang IPO SFP TECH HOLDINGS BERHAD di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
IPO SFP TECH HOLDINGS BERHAD
Tarikh buka : 14.3.2022
Tarikh tutup : 18.3.2022
Harga tawaran seunit : RM0.30
Jumlah unit saham khas : 100,000,000 Unit
Pasaran : Ace Market

Syarikat diperbadankan di Malaysia pada 8 Februari 2021 dengan nama SFP Tech Holdings Sdn Bhd dan pada 3 September 2021 bertukar menjadi syarikat awam berhad dengan nama SFP Tech Holdings Berhad. Aktiviti utama syarikat adalah penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bagi fabrikasi logam kepingan, pemesinan CNC, mekanikal penyelesaian peralatan pemasangan dan automasi.
Struktur kumpulan ini seperti berikut :


Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO ini dari 2018 sehingga 2020


sumber Prospectus Exposure SFP Tech Holdings Berhad
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

sumber Prospectus Exposure SFP Tech Holdings Berhad
Berdasasrkan maklumat dalam prospectus tidak di jumpai tentang status. Jadi perlu hubungi “PEGAWAI UNTUK DI HUBUNGI” untuk mendapatkan maklumat tentang syariah.
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

IPO SFP Tech Holdings Berhad ialah tawaran awam permulaan oleh syarikat SFP Tech Holdings untuk pelabur membeli saham sebelum ia tersenarai di Bursa Malaysia.
Log masuk ke portal MITI, pilih IPO SFP Tech Holdings, isi maklumat peribadi dan nombor akaun CDS anda, kemudian hantar permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Pemohon mestilah usahawan Bumiputera berdaftar dengan pemilikan saham 100% Bumiputera, 51% ahli lembaga pengarah Bumiputera, minimum 2 pekerja, dan sumber kewangan mencukupi.
Log masuk ke Mplus melalui PC, pergi ke My Account dan klik My Profile. Nombor CDS anda akan terpapar di situ. Gunakan format 012001 diikuti nombor akaun CDS anda semasa mengisi permohonan.
Bersedia untuk menyertai IPO akan datang? Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang dan dapatkan akses ke kelas Supertrader secara eksklusif.
Mahu belajar dari asas? Muat turun ebook percuma panduan pelaburan saham dari Mahersaham untuk mula belajar.