Kelas Saham Supertrader

Loading...

Kelas Saham Supertrader, salah satu kelas saham advance anjuran Mahersaham yang berlangsung selama 2 hari di pejabat Mahersaham, telah pun selesai.
Ini adalah kali pertama kita mulakan kembali kelas advance setelah hampir dua bulan kami berehat, antaranya disebabkan bulan puasa dan juga raya.
Kali ini kita cuba membuat beberapa penambahbaikan, antaranya :
Ramai yang hendak hadir pada sesi-sesi sebelum ini, yang kebiasaannya kita adakan di pejabat Mahersaham di Ayer Keroh, Melaka.
Namun mereka tidak dapat hadir kerana kita buat kelas tersebut pada hari biasa, weekdays. Hal ini antara lain disebabkan masa saya yang suntuk, tidak mampu untuk meluangkan masa hujung minggu untuk ‘handle’ kelas.
Pada semester yang lepas, saya telah pun menduduki peperiksaan CFA Level 1 yang diadakan pada penghujung bulan Jun.
Kesibukan menghadiri kelas dan dalam masa yang sama juga meningkatkan skil dalam data analytics – belajar Excel, VBA, kemudiannya Python ternyata memakan banyak masa dan juga tenaga.
Memandangkan sambutan yang menggalakkan, kami merancang untuk mengadakan kelas saham Supertrader di Shah Alam pada 29 dan 30 September 2018 ini.
Mereka yang berminat boleh rujuk di sini.
Kalau sebelum ini, untuk kelas Supertrader, kebanyakan pengisian adalah diberikan oleh saya sendiri. Kita juga ada membawakan slot berkaitan IPO (Initial Public Offering) dalam silibus, dibawakan oleh Tuan Lukman.
Dengan bertambahnya instruktor dalam penyampaian silibus, ini memberi nafas baru dan perspektif yang berbeza kepada para peserta di mana mereka boleh mendapatkan kepakaran yang berbeza dan belajar lebih dari satu sifu dalam jangka masa dua hari pembelajaran.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Tuan Elyas sebenarnya baru sahaja secara rasmi berhenti bekerja sebagai ‘engineer’ pada bulan 3 tahun ini untuk sertai team Mahersaham.
Bagi saya itu adalah satu pengorbanan dan nekad yang pastinya sesuatu yang sangat dihargai dan berharap Mahersaham dapat menjadi platform untuk menyerlahkan bakat dan potensi beliau dalam bidang saham ini.
Hari Pertama
Hari Kedua
Baru-baru ini ada beberapa orang cadangkan kepada kita untuk buat kelas mahal.
Mungkin nilai yang kita beri tak setimpal dengan harga yang kita tawarkan.
Tuan puan boleh lihat antara dalam ‘feedback’ yang diberikan oleh para peserta Kelas Saham Supertrader adalah harga yang ditawarkan SANGAT BERPATUTAN.
Mana tidaknya, silibus yang kami rangka, dua hari kelas penuh, membolehkan para peserta mencapai level ADVANCE kalau tidak PRO sekalipun daripada level BEGINNER.
Kelas yang kami anjurkan, silibus yang kami kongsikan kepada para peserta adalah berdasarkan kapasiti kami sebagai Remisier atau MR, ejen yang rapat dan memang berurusan dengan client dalam urusan jual beli saham di Bursa Malaysia.
Teknik-teknik yang terhasil adalah hasil daripada hampir hari-hari kami hadap naik turun pasaran saham di Bursa Malaysia.
Dalam masa yang sama, kami juga kerap menimba ilmu pengetahuan, lengkapkan diri kami dengan segala tools terkini yang dapat memudahkan lagi analisa saham, ambil beberapa peperiksaan yang penting semata-mata nak jadi yang terbaik dalam dunia saham.
Soal kelas saham mahal atau murah adalah persoalan yang tidak sepatutnya diajukan jika anda mengenali Mahersaham.
Jika tuan puan meneliti usaha-usaha Mahersaham dalam dua bulan kebelakangan ini, tuan puan akan sedar bahawa kita mula mengubah laman web mahersaham.com sebagai satu platform untuk kita berhubung dengan ‘mass market’ atau ‘mass audience’.
Umum mengetahui bahawa orang kebanyakan bukanlah orang yang berada dan tidak mudah untuk mengeluarkan duit pergi ke kelas mahal.
Jika kita buat terlalu mahal, maka apa yang akan jadi dengan masyarakat umum?
Mengabaikan masyarakat umum, kita meninggalkan peluang untuk mewujudkan budaya celik kewangan dalam masyarakat.
Padahal saham (investment) ternyata adalah salah satu cabang financial freedom yang utama seperti yang disebutkan oleh Robert T. Kiyosaki dalam financial quadrant.
Impian kami nak jadi sebahagian daripada masyarakat, terutamanya dalam bab saham.
Ada sebab kenapa kita cerita benda-benda ni. Yang berminat nak tahu perkembangan Mahersaham, nak tahu apa nilai-nilai yang kami pegang, mereka akan baca.
Jika sudah baca dan turut merasakan nilai yang kami pegang sama dengan nilai yang tuan/puan percaya atau pegang, bagi saya, tuan/puan juga sebenarnya adalah sebahagian daripada team Mahersaham juga.
Insyaallah mungkin jika berpeluang, tuan/puan juga akan bekerjasama dengan kami untuk hasilkan sesuatu yang terbaik buat komuniti saham di Malaysia.
Untuk anda berjaya dalam pasaran saham, nak atau tidak tuan puan kena tunjukkan kesungguhan juga, tidak belajar separuh jalan.
Tuan puan perlu berada dalam komuniti ‘like minded’ yang tahu kepentingan saham.
Kelas Supertrader adalah program advance anjuran Mahersaham yang berlangsung selama 2 hari, direka khas untuk pelabur yang sudah mempunyai asas saham dan ingin meningkatkan kemahiran ke tahap lebih tinggi.
Kelas ini sesuai untuk pelabur yang sudah faham asas saham dan ingin belajar strategi trading yang lebih advanced. Peserta perlu mempunyai akaun CDS dan pengalaman asas dalam jual beli saham.
Kelas asas mengajar fundamental seperti cara buka akaun CDS, cara baca chart, dan asas analisis teknikal. Kelas advance seperti Supertrader pula fokus kepada strategi trading yang lebih kompleks, pengurusan risiko, dan teknik entry/exit yang lebih tepat.
Berada dalam komuniti pelabur yang serius membantu anda kekal bermotivasi, berkongsi idea pelaburan, dan belajar daripada pengalaman pelabur lain. Komuniti juga membantu elak kesilapan biasa yang sering dilakukan pelabur baru.
Berminat untuk tingkatkan kemahiran pelaburan saham anda? Langkah pertama ialah pastikan anda mempunyai asas yang kukuh dan akaun dagangan yang sedia untuk digunakan.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dan sertai kelas eksklusif untuk klien kami.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk bina asas pelaburan yang kukuh sebelum join kelas advance.
Bacaan lanjut: