Cara Cari Prospektus IPO Baru

By Shafiqah Sulaiman
Cara Cari Prospektus IPO Baru
This article is also available in English
A

Sekarang ni kalau ada tawaran IPO je dah macam pisang goreng panas. Orang kata laku keras lah.

Ada tu sampai 100 kali lebih oversubscribe. Oversubscribe tu apa?

Oversubscribe IPO bermaksud terlalu ramai pemohon yang memohon ipo tersebut daripada jumlah unit saham yang ditawarkan.

Tetapi sebelum anda memohon ipo, anda perlu baca Prospektus syarikat untuk tahu maklumat ipo, rekod kewangan, tujuan IPO tersebut , status ipo dan lain-lain.

Jadi mana nak cari prospektus ipo ini?

Cara Cari Prospektus IPO

Pertama, tawaran IPO tersebut mestilah sudah dibuka di Online Banking.

Selepas sudah buka kepada Public, anda hanya perlu pergi ke bursamalaysia.com.

Sumber: Bursa Malaysia

Kemudian pergi ke bahagian Market Information dan cari Company Announcement.

cari-prospektus

Seterusnya klik category, cari IPO dan search.

Jadi bila anda scroll ke bawah anda akan nampak senarai-senarai prospektus IPO.

Klik link yang disediakan dalam table ‘Title’ dan akan keluar prospectus ipo syarikat tersebut.

Anda boleh baca terus atau save as PDF dulu sebab nak baca kemudian, mana-mana boleh.

prospektus-ipo
prospektus-ipo

Dah ada prospectus, anda pun dah boleh buat kajian IPO anda sendiri.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Di mana boleh cari prospektus IPO baru?

Anda boleh mendapatkan prospektus IPO di laman web Bursa Malaysia (bursamalaysia.com) atau laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (sc.com.my). Prospektus biasanya dimuat naik beberapa hari sebelum tarikh permohonan dibuka.

2. Apa itu prospektus IPO dan mengapa penting untuk dibaca?

Prospektus IPO ialah dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap tentang syarikat termasuk latar belakang, prestasi kewangan, risiko, dan tujuan pengumpulan dana. Ia penting untuk membantu pelabur membuat keputusan yang bijak.

3. Bolehkah saya save prospektus sebagai PDF?

Ya, kebanyakan prospektus IPO yang dimuat naik di laman web Bursa Malaysia boleh dimuat turun atau disimpan sebagai fail PDF untuk rujukan kemudian.

4. Apakah maklumat penting yang perlu dilihat dalam prospektus?

Antara maklumat penting termasuk harga tawaran, bilangan saham ditawarkan, tujuan pengumpulan dana, prestasi kewangan syarikat, PE ratio, dan faktor risiko yang berkaitan.


Langkah Seterusnya

Sudah bersedia untuk memohon IPO? Pastikan anda mempunyai akaun CDS terlebih dahulu. Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas Supertrader.

Mahu belajar asas pelaburan saham? Muat turun ebook percuma panduan pelaburan dari Mahersaham sekarang.

Bacaan Lanjut