Market Depth Cara Mudah Faham

Loading...

Market Depth adalah order jual atau beli saham bagi trader/pelabur dalam pasaran.
Sebagai contoh, jika anda mahu membeli sesuatu kaunter saham, anda perlu menghantar order melalui Platform Trading anda.
Kemudian order tersebut akan muncul di Market depth ini.
Secara mudahnya, ibarat anda sedang beratur di Market Depth ini sehinggalah order yang dihantar tersebut matched.
Matched disini bermaksud harga belian yang anda key in sudah berjaya dipadankan dengan penjual yang beratur menjual pada harga belian anda.
Selepas dah matched barulah anda akan dapat kaunter saham yang anda nak beli tadi. Begitu juga jika anda nak jual kaunter saham.

Best Buy adalah bahagian order buy (beli) trader/pelabur. Semua order buy yang pembeli mahu beli akan muncul di bahagian ini.
Biasanya jika membeli, pasti anda nak beli harga semurah boleh kan? Dan jual pula pada harga semahal mungkin untuk mendapat keuntungan yang lumayan.
Jadi di market Depth Best Buy ini, lagi tinggi harga saham yang anda sanggup beli, lagi cepat potensi untuk matched (dapat miliki) saham tersebut.
Sebagai contoh jika anda lihat rajah market depth dibawah, layer paling atas sekali adalah harga paling tinggi pembeli sanggup beratur dan layer semakin kebawah harga semakin murah.

Jika anda beratur di layer paling bawah, anda perlu tunggu harga match hingga sampai ke giliran anda.
Jika nak terus matched (terus dapat) harga anda que perlulah que harga tinggi iaitu harga di layer paling atas sekali.
Best Sell pula bahagian order sell (jual) oleh trader/pelabur. Semua order sell yang penjual beratur untuk jual akan muncul di bahagian ini.
Biasanya jika jual, pasti anda nak jual harga semahal mungkin untuk dapatkan pulangan yang tinggi kan.
Tapi ingat, harga anda beratur untuk jual tu selagi belum ada pembeli yang que untuk beli, maka order sell anda tidak akan matched.
Jadi anda perlu tunggu hingga ada pembeli yang nak que beli pada harga yang anda nak jual.
Sebagai contoh, jika lihat rajah pada market depth Best Sell, layer paling atas adalah harga paling murah dan layer paling kebawah harga semakin mahal.

Maksudnya, Jika anda sanggup jual harga murah, lagi cepat potensi untuk matched (saham terjual dari portfolio anda).
Manakala lagi tinggi harga que jual, anda perlu tunggu hingga ada pembeli yang sanggup beli pada harga tersebut.
Jika anda masih pening atau belum faham cara market depth ini berfungsi, konsepnya sama seperti situasi dibawah:

Ali jual kereta terpakai. Harga kereta tersebut Ali nak jual RM10,000.
Kemudian Mei Mei mahu beli kereta tersebut tetapi Mei Mei nak beli harga RM9,000. Jadi adakah Mei Mei dapat memiliki kereta tersebut?
Sudah pasti jawapannya tidak kerana Ali mahu jual pada harga RM10,000.
Maka pilihan yang Mei Mei ada sebagai pembeli adalah:
Mana-mana pun ianya terpulang pada Mei Mei sebagai pembeli.
Begitu juga jika anda sebagai pelabur. Sama ada anda sanggup beratur beli harga lebih tinggi atau tunggu je hingga harga jatuh pada paras yang anda que.
Manakala pilihan yang Ali ada sebagai penjual pula adalah:
Semuanya terpulang pada emosi pembeli dan penjual itu sendiri. Beginilah juga yang berlaku di Market depth Platform trading dalam urusan jual beli saham.
Sekiranya anda rasa menonton video adalah lebih mudah, silakan tonton video di bawah
Market Depth adalah alat penting untuk memahami jumlah order beli dan jual dalam pasaran saham. Dengan memahami konsep Demand and Supply, anda boleh membuat keputusan dagangan yang lebih bijak.
Market Depth adalah paparan order beli (bid) dan jual (ask) yang menunjukkan jumlah permintaan dan penawaran pada setiap tahap harga bagi sesuatu kaunter saham di Bursa Malaysia.
Market Depth membantu anda melihat kekuatan pembeli dan penjual pada setiap tahap harga. Jika permintaan (bid) lebih banyak daripada penawaran (ask), ia menunjukkan tekanan beli yang kuat.
Market Depth boleh dilihat melalui platform trading seperti Mplus Online atau aplikasi trading lain yang menyokong data Bursa Malaysia. Pastikan akaun CDS anda sudah aktif.
Market Depth menunjukkan order beli dan jual pada masa sebenar (real-time), manakala chart saham menunjukkan sejarah pergerakan harga. Kedua-duanya penting untuk analisa dagangan.
Sekarang anda faham tentang Market Depth, tiba masanya untuk mula melabur dan menggunakan ilmu ini dalam dagangan sebenar.
Buka Akaun CDS: Buka akaun CDS Mplus hari ini untuk akses kepada Market Depth dan mula berdagang saham.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan.