Michael Burry Ramal Kejatuhan Pasaran Saham 2025

Loading...

Estimated reading time: 7 minutes
Nama Michael Burry bukan asing bagi pelabur global. Beliau ialah pelabur legenda yang pernah meramal krisis kewangan 2008 — kisah yang diabadikan dalam filem The Big Short.
Kini, pada tahun 2025, Burry sekali lagi menggemparkan pasaran dengan langkah berani: bertaruh menentang saham-saham AI seperti Nvidia dan Palantir.
Langkah ini mencetus persoalan besar di kalangan pelabur — adakah kita sedang menuju ke arah kejatuhan pasaran saham (market crash) yang baru?

Melalui syarikat pelaburannya Scion Asset Management, Burry baru-baru ini mengemukakan laporan pegangan (13F filing) yang menunjukkan beliau membeli sejumlah besar “put option” terhadap dua saham AI utama:
Secara keseluruhan, posisi jual ini berjumlah lebih US$1.1 bilion, iaitu kira-kira 80% daripada keseluruhan portfolio pelaburannya.
Dengan erti kata lain — beliau sedang bersedia untuk kejatuhan besar sektor AI.
Bagi pelabur yang kurang biasa dengan istilah ini, put option ialah kontrak kewangan yang memberi hak kepada pemegangnya untuk menjual sesuatu saham pada harga tertentu (strike price) dalam tempoh masa tertentu.
Ringkasnya begini:
Jika harga saham jatuh di bawah strike price, pemegang put option untung.
Jika harga saham naik, nilai opsyen itu jatuh atau luput tanpa nilai.
Contoh mudah:
Jika Burry beli put option Nvidia pada harga $120 dan saham itu jatuh ke $90, beliau boleh jual pada harga $120 melalui kontrak tersebut — mendapat keuntungan besar daripada perbezaan harga.Ini cara pelabur profesional seperti Burry melindungi (hedge) atau bertaruh terhadap kejatuhan pasaran tanpa perlu memegang saham secara fizikal.

Film “The Big short”Menceritakan kisah kejayaan Michael Burry ketika subprime Mortgage 2008,Baca Disini
Menurut Burry, pasaran terlalu teruja (overhyped) terhadap teknologi kecerdasan buatan.
Sejak 2023, saham seperti Nvidia dan Palantir melonjak berlipat kali ganda akibat ledakan minat terhadap AI generatif, pusat data, dan cip grafik.
Namun, dari sudut fundamental, Burry melihat amaran jelas:
Burry pernah menyaksikan fenomena sama sewaktu gelembung dot-com tahun 2000 dan krisis subprima 2008 — kedua-duanya berakhir dengan kejatuhan mendadak.
Dalam dunia pelaburan hari ini, dua nama paling berkuasa dalam sektor kecerdasan buatan (AI) ialah Nvidia dan OpenAI.
Kedua-dua gergasi ini bukan sekadar peneraju teknologi, tetapi juga menjadi nadi utama kepada keseluruhan “ekosistem wang AI” — rangkaian kompleks syarikat, pelaburan, dan perjanjian komersial bernilai trilion dolar.
Namun di sebalik ledakan ini, pelabur legenda Michael Burry — watak sebenar di sebalik filem The Big Short — kini memberi amaran bahawa gelembung AI semakin membesar dan bakal meletup.
Menurut laporan Bloomberg, peta terkini hubungan antara pemain utama AI menunjukkan aliran modal dan teknologi yang luar biasa besar.

Gambar rajah bertajuk “How Nvidia and OpenAI Fuel the AI Money Machine” menjelaskan bagaimana kuasa dan duit berpusing dalam satu kitaran tertutup:
Ringkasnya, wang berpusing antara pemain yang sama — Nvidia jual cip kepada OpenAI, OpenAI guna modal Microsoft dan Oracle, lalu Nvidia pula melabur semula ke dalam OpenAI.
Ia mencipta ekosistem tertutup yang kelihatan kukuh di luar, tapi dari sudut kewangan terdedah kepada risiko penilaian berganda (double valuation loop).
Jika ramalannya tepat dan harga saham AI jatuh pada 2025, put option miliknya akan melonjak nilainya.
Sebagai contoh, penurunan 20–30% harga Nvidia atau Palantir boleh memberi pulangan berlipat kali ganda ke atas modal pelaburan awal beliau.
Namun jika pasaran terus naik, nilai kontrak tersebut boleh susut atau luput tanpa nilai.
Strategi ini berisiko tinggi, tetapi potensi keuntungannya juga besar — sebab itu ia menjadi senjata utama pelabur makro seperti Burry untuk “menang besar bila orang lain sedang leka”.
Amaran Burry bukan bermaksud pasaran akan jatuh serta-merta. Tapi ia isyarat jelas bahawa pasaran kini sedang berada di zon optimisme melampau (excessive optimism).
Beberapa perkara penting untuk pelabur tempatan pertimbangkan:
Put Option Instrument Pelaburan Tidak Patuh shariah,Anda Seolah-olah Berjudi Jika membeli Instrument ini.
Jangan kejar hype. Saham AI mungkin hebat, tapi nilai sebenar tetap penting.
Tinjau semula risiko portfolio. Jika terlalu banyak pegangan dalam sektor teknologi, pertimbangkan imbangan semula.
Fokus pada asas. Syarikat dengan keuntungan konsisten dan aliran tunai kukuh lebih tahan bila pasaran bergegar.
Belajar konsep lindung nilai (hedging). Walaupun anda tak guna opsyen seperti Burry, faham prinsipnya boleh bantu anda kawal risiko.
Burry mengingatkan kita bahawa pasaran tidak selalu rasional.
Saham boleh popular tahun ini, tapi dilupakan tahun depan. Sama seperti gelembung internet dulu, pelabur kini lebih percaya pada cerita berbanding angka.
Michael Burry bukan sekadar membuat spekulasi — beliau menghantar mesej kepada pelabur global bahawa penilaian yang melampau tidak akan kekal lama.
Sama ada pasaran jatuh atau tidak, langkah beliau memaksa kita bertanya satu soalan penting:
Adakah anda melabur berdasarkan fakta — atau sekadar berharap harga terus naik?
Michael Burry tak main teka. Beliau Seorang “Value Investor”.
Dia bukan ikut hype.
Dia tengok data, faham fundamental, dan bila orang lain panik — dia nampak peluang.
Dan inilah asas sebenar dunia pelaburan yang ramai tak tahu:
Keuntungan besar datang dari kefahaman mendalam, bukan nasib.
Dalam Kelas Kepakaran Fundamental Analysis (Pakej Gold), kami bukan ajar teori kosong.
Kami ajar cara berfikir seperti pelabur sebenar.
Macam mana nak baca financial statement, kaji valuation, dan faham intrinsic value syarikat — semua berpandukan data sebenar syarikat Malaysia.
Habis Saja Pengajian Anda Dah Boleh:
Bezakan saham yang murah kerana peluang dan saham yang murah kerana masalah.
Kenal pasti potensi “undervalued gems” sebelum orang lain perasan.
Faham apa maksud economic moat dan bagaimana nak ukur kekuatan sesebuah syarikat.
Buat keputusan dengan yakin — tanpa bergantung pada signal, tips, atau khabar angin.
Michael Burry jadi legenda kerana satu perkara: dia percaya pada analisisnya walau satu dunia tak setuju.
Kelas ni direka untuk ubah kamu dari pelabur yang “ikut-ikut orang” jadi pelabur yang tahu apa dia buat.
Kamu akan belajar:
Cara kira fair value sesuatu saham
Menilai kekuatan kewangan syarikat dengan ratio penting
Faham sektor, risiko, dan potensi jangka panjang
Gunakan data sebenar Bursa Malaysia untuk buat keputusan pelaburan yang rasional
Akses penuh kelas Fundamental Analysis
Template & tools penilaian saham
Panduan langkah demi langkah analisis kewangan
Bimbingan komuniti & mentor berpengalaman
Jadi pelabur yang fikir macam Michael Burry — bukan ikut orang, tapi ikut data.
Klik untuk daftar sekarang dan mula bina keyakinan pelaburan kamu hari ini.
Belum Ada CDS Akaun? Nak Beli Saham Pertama Anda,Kenalah Ada CDS Akaun,Buka PERCUMA Dengan Kami!
SUBSCRIBE PAKEJ GOLD ANDA DISINI

Michael Burry ialah pelabur terkenal yang terkenal kerana ketokan jualnya pada krisis kewangan 2008. Ramalannya penting kerana didasarkan pada analisis fundamental yang mendalam terhadap data ekonomi dan aset pasaran, bukan spekulasi semata-mata.
Michael Burry melihat tanda-tanda ketidakseimbangan dalam pasaran seperti penilaian saham yang terlalu tinggi, hutang yang besar, dan dasar kewangan yang tidak mampan. Beliau percaya ini boleh membawa kepada koreksi pasaran yang besar dalam tahun-tahun mendatang.
Pelabur boleh melindungi portfolio dengan mengenal pasti saham yang bernilai wajar, fokus pada syarikat dengan fundamental kuat, diversifikasi ke sektor berbeza, dan mengelak leverage berlebihan. Analisis fundamental seperti yang diajarkan Michael Burry adalah kunci.
Ramalan Burry tidak selalu tepat tepat masa, tetapi pendekatan fundamental analysisnya terbukti efektif dalam jangka panjang. Pelabur perlu menggunakan ramalannya sebagai bahan pertimbangan, bukan keputusan akhir, dan melakukan kajian sendiri.
Untuk melindungi dan mengembangkan portfolio saham anda dengan strategi fundamental analysis seperti Michael Burry, anda memerlukan akaun CDS (Central Depository System). Kami menawarkan bantuan lengkap: