MIDF Invest-Platform Digital Antarabangsa

Loading...

Zaman sekarang telah wujud banyak aplikasi mudah alih yang diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mengakses dan menjalankan kehidupan kearah digitalisasi.
Tidak ketinggalan juga platform pelaburan yang telah dilancarkan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd iaitu aplikasi MIDF Invest.
Aplikasi ini adalah sebuah platform pelaburan dalam talian yang membolehkan pengguna Malaysia melabur dalam saham antarabangsa, US dengan caj brokerage yang lebih murah dan berpatutan.
Saham US yang ada didagangkan termasuklah saham Apple, Facebook, Tesla, Alphabet dan lain-lain.
Antara kelebihan yang disediakan dalam aplikasi MIDF ini adalah:
Yang menariknya lagi, aplikasi ini dibangunkan dengan kerjasama Saxo Markets Asia Pacific yang merupakan anak syarikat berlesen Saxo Bank, sebuah bank pelaburan di Denmark.
Pertama: Download App di Play Store atau Apple Store.
Kedua: Pilih kad identiti anda sama ada MyKad, MyPolis atau MyTentera.
Ketiga: Jika pilih MyKad, Upload kad pengenalan anda depan dan belakang.

Keempat: Semak details maklumat diri anda dan sahkan.
Kelima: Pilih ‘Yes’ atau ‘No’ jika masih tinggal di alamat yang sama seperti di kad pengenalan anda. Jika ‘No’, masukkan alamat tempat tinggal sekarang.

Keenam: Baca Data Akta yang dinyatakan dan klik ‘Agree’
Ketujuh: Isikan maklumat nombor telefon anda dan kod pengesahan yang dihantar.

Kelapan: Masukkan alamat emel dan sahkan kata laluan anda.
Kesembilan: Jika anda nak guna Face ID anda setiap kali login ke platform klik ‘Yes’. Jika tidak ‘No’.

Kesepuluh: Sekiranya anda mahu dapatkan informasi dan update terkini berkaitan MIDF boleh klik pada ‘Allow Notification’.
Kesebelas: Kemudian klik pada Investment Question untuk mula daftar akaun midf anda dan klik ‘Begin’.

Kedua belas: Isikan maklumat status pekerjaan dan nama majikan anda.
Ketiga belas: Pilih sumber pendapatan anda.

Keempat belas: Pilih nilai bersih asset yang anda miliki.
Kelima belas: Seterusnya sekiranya sudah berkahwin, boleh masukkan nama anak atau pasangan anda. Jika belum berkahwin masukkan nama keluarga terdekat anda seperti adik beradik atau ibu bapa.

Keenam belas: Lengkapkan bilangan tanggungan anda.
Ketujuh belas: Pilih status Resident anda.
Kelapan belas: Tandakan pada mana-mana yang berkaitan tentang maklumat borrowing/ financing (jika ada).

Kesembilan belas: Jika anda bersetuju untuk membuka akaun midf Islamik, klik ‘Yes’.
Kedua puluh: Sahkan Declaration Term & Conditions. Siap!
Akaun anda kini sedang diproses. Tempoh proses akan mengambil masa dalam seminggu.

Dengan wujudnya aplikasi MIDF Invest ini, pelabur dapat mempelbagaikan (diversify) portfolio serta menikmati pulangan pasaran US yang lebih tinggi.
Selain melabur di pasaran antarabangsa, anda juga boleh mula melabur dalam saham Bursa Malaysia dengan membuka Akaun CDS bersama Mahersaham.
Anda masih baru dalam saham? Jangan risau, boleh mulakan dulu dengan muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham.
MIDF Invest adalah platform pelaburan digital oleh MIDF Amanah Investment Bank yang membolehkan pelabur Malaysia melabur di pasaran saham antarabangsa seperti NYSE dan NASDAQ dengan mudah melalui aplikasi.
MIDF Invest membenarkan pelabur mula melabur dengan modal yang rendah. Anda boleh semak jumlah minimum terkini di aplikasi MIDF Invest selepas pendaftaran akaun berjaya.
Ya, MIDF Invest direka mesra pengguna dan sesuai untuk pelabur baru yang ingin diversify ke pasaran antarabangsa. Untuk belajar asas pelaburan, muat turun Ebook Percuma dari Mahersaham.
Sudah tentu! Anda boleh buka Akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan sertai kelas Supertrader untuk belajar teknik pelaburan saham.