Projek ECRL dilancarkan semula ‘ECRL Project Relaunch’

Loading...

Projek ECRL dilancarkan semula ‘ECRL Project Relaunch’ selepas beberapa bulan tergendala.
Syarikat kontraktor utama China Communications Construction ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) projek ini telah menandatangani satu perjanjian dua hala berkaitan ECRL pada bulan April lalu.
Sehubungan itu, syarikat itu perlu menambah semula tenaga pekerja bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.
Lebih 300 peluang pekerjaan akan dibuka bagi meneruskan projek ini.
Antara pekerjaan yang diperlukan adalah :
– Pengurus Kontrak
– Pengurus dan Eksekutif Keselamatan (Health, Safety and Environment)
– Senior Engineer
– Site Engineer
– Location Manager
– Planning Manager
– Investment Manager
– Penterjemah bahasa (English – Bahasa – Mandarin)
– Technicians
– dan macam-macam lagi.
Dikatakan bahawa sebelum kerja-kerja pembinaan berhenti pada Julai tahun lepas, CCCECRL sudah memiliki pekerja sebanyak 2,250 orang yang mana 70% datangnya dari rakyat Malaysia.
Namun disebabkan ketidaktentuan pasaran maka beberapa orang pekerja telah pun diberhentikan.
Walau bagaimanapun, dalam proses ‘re-hiring’ ini, pekerja-pekerja lama yang diberhentikan sebelum ini telah dihubungi semula dan ditawarkan bekerja dengan CCCECRL.
Sebahagian mereka yang dihubungi semula sangat gembira apabila dihubungi kerana masih tidak memperoleh pekerjaan lain setelah diberhentikan, ada yang sampai 10 bulan tidak ada pekerjaan.
Wujud beberapa pihak yang cuba menuduh CCCECRL memperoleh projek tersebut melalui cara melobi pihak-pihak yang berkepentingan.
MRLSB dan CCCCECRL menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
Disebabkan penyataan itu, mereka telah pun memulakan fasa pra-kualifikasi yang menyasarkan semua kontraktor yang memiliki CIDB (Construction Industry Development Board) Gred G3 hingga Gred G7 beserta rating minimum 2 bintang.
Mereka disarankan untuk mendaftar dan akan disenaraipendekkan bagi menjadi pemberi tender untuk kerja-kerja yang berkaitan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/05/19/no-agents-or-lobbyists-appointed-says-ecrl-owner-and-main-contractor/
ECRL atau nama lainnya Laluan Rel Pantai Timur adalah satu projek landasan keretapi ‘double-track’ yang akan menyambungkan Pelabuhan Klang ke Kota Bharu, Kelantan.
Landasan itu juga akan turut melepasi negeri-negeri pantai timur yang lain termasuklah Pahang dan Terengganu dan akan dihubungkan dengan Malaysia Tengah, sebagai contoh – Negeri Sembilan.
Keretapi antarabandar untuk penumpang akan menggunakan enam ‘car-train’ jenis EMU yang akan berjalan dengan kelajuan lebih kurang 160 km sejam.
Dengan itu, masa perjalanan dari Kota Bharu ke Putrajaya akan mengambil masa 4 jam sahaja. WOW! laju betul.
Manakala keretapi jenis kargo pula akan dibawa ke Singapura.
Projek ini akan mewujudkan 20 buah stesen.
Panjang laluan ini kira-kira 688 km.
Berikut adalah laluan ECRL yang menghubungkan Kota Bharu dan Port klang.
Kota Bharu– Tok Bali – Kampung Raja – Kuala Terengganu – Pengkalan Berangan – Dungun – Kemasik – Chukai – Cherating – Kuantan Port City – Kuantan Port City 2 – Kota SAS – Gambang – Maran – Mentakab – Jelebu – Bangi/Kajang – Putrajaya Sentral – Klang – Port Klang
East Coast Rail Link (ECRL) adalah projek kereta api sepanjang 665 km yang menghubungkan Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dengan Pantai Barat (Selangor, Port Klang). Ia penting kerana akan merangsang pembangunan ekonomi di kawasan kurang membangun dan mempercepatkan pengangkutan kargo serta penumpang.
Projek mega seperti ECRL memberi kesan positif kepada saham sektor pembinaan, hartanah, dan logistik. Syarikat kontraktor yang terlibat secara langsung serta syarikat hartanah di sepanjang laluan ECRL berpotensi mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti pembangunan dan nilai tanah.
Antara syarikat yang terlibat termasuk China Communications Construction Company (CCCC) sebagai kontraktor utama, serta beberapa subkontraktor tempatan yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelabur boleh memantau pengumuman Bursa untuk mengetahui syarikat yang menerima kontrak berkaitan ECRL.
Projek mega mencipta peluang pelaburan dalam sektor berkaitan — pembinaan, bahan binaan, hartanah, dan pengangkutan. Pelabur bijak akan mengkaji syarikat yang mendapat kontrak langsung serta syarikat yang mendapat manfaat tidak langsung daripada peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.
Projek infrastruktur mega seperti ECRL mencipta peluang pelaburan baru — memahami kesan projek ini terhadap syarikat tersenarai di Bursa Malaysia membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham syarikat yang berpotensi mendapat manfaat daripada projek mega di Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami cara menganalisis peluang pelaburan saham.
Bacaan lanjut: