Special Traders Gathering
<p>Selesai sudah Mahersaham Special Traders Gathering hari ini. </p> <p>Saya jangka yang special selalu ramai yang akan hadir, tapi disebabkan bertindan dengan tarikh cuti sekolah, jadi kuranglah orang yang hadir.</p>

Selesai sudah Mahersaham Special Traders Gathering hari ini.
Saya jangka yang special selalu ramai yang akan hadir, tapi disebabkan bertindan dengan tarikh cuti sekolah, jadi kuranglah orang yang hadir.
Diharap peserta yang hadir hari ini walaupun tak ramai, sesi pembelajaran lebih berfokus dan tertumpu,
saya pun boleh jawab sebarang persoalan mereka yang kurang difahami dengan lebih mendalam.

Belajar dalam kelompok kecil lebih efektif
Kesan daripada penyampaian ilmu elliot wave dalam kelompok yang lebih kecil mungkin boleh jadikan mereka bertambah efektif dari semasa ke semasa
Mereka pun dapat melihat dan mengenalpasti chart pattern https://cms.mahersaham.com/continuation-chart-pattern/ dengan mudah serta dapat menjangkakan struktur market dengan lebih tepat dan jitu

Sesi Praktikal
Dalam sesi praktikal, setiap seorang daripada mereka juga berpeluang untuk melakukan latihan amali supaya bertambah yakin dengan ilmu elliot wave.
Seterusnya, dengan latihan amali tersebut dapat berikan impak yang besar kepada cara atau sudut pandang mereka terhadap chart pattern.
Sedikit sebanyak membantu mereka membuat perubahan yang signifikan dalam mengukur dan mengira arah pergerakan saham secara berperingkat.
Dan tak tergopoh gapah dalam membuat keputusan.
Galakan supaya sentiasa memerhati chart
Tujuan dan hasil pembelajaran ilmu ini diajarkan ialah supaya mereka dapat kefahaman mendalam dan meraih keuntungan dalam saham,
Selain itu, mereka juga akan sentiasa teliti dalam memerhati pergerakan saham secara berkala.
Tidak cukup hanya belajar teori dan sesi praktikal yang singkat, tetapi saya galakkan mereka untuk sentiasa luangkan masa praktikkan ilmu yang telah dipelajari.
Supaya mereka dapat tingkatkan lagi kebarangkalian dan ketepatan ilmu tersebut.
Saya juga tambah nilai pembelajaran untuk setiap peseta dengan menerangkan juga teknik fibonacci.
Sesi praktikal fibonacci pun dilakukan bersama-sama selepas belajar langkah-langkah mengenalpasti pergerakan saham berdasarkan elliot wave.
Nak tahu apa itu elliot wave, klik link https://www.facebook.com/share/p/9SUz75Bsf56vaiLE/.
Semoga peserta yang hadir berpuas hati dan dapat mengamalkan ilmu ini sebaik mungkin.
Untuk sesi yang berikutnya, sesiapa yang berminat nak belajar elliot wave dalam special gathering, nantikan pengumuman untuk sesi berikutnya.
Saya juga bercadang nak jual rakaman sesi kali ini kepada mereka yang betul-betul berminat. Boleh roger team saya.
Sekian coretan saya selepas kelas.
Nak buka akauncds, klik link di bawah