Mahersaham Traders Gathering di Zenith Hotel Putrajaya
<p>Alhamdulillah, program Mahersaham Traders Gathering untuk bulan Ogos dah pun selesai sekitar jam 5 petang. Semua sekali ada 20 orang peserta, dan 13 orang bukan klien saya pun hadir ke program kali ni dengan yuran kehadiran serendah RM400 seorang.</p> <p>.</p> <p>Untuk slot pagi tu, saya cerita tentang framework traders, dan cara memahami market depth, buy q, sell q yang ada dalam trading platform, dan style intraday trader yang disampaikan oleh klien jemputan Mahersaham.</p>

Ramai trader baru masih tak jumpa style intraday trader yang sesuai dengan personaliti sendiri. Dalam Mahersaham Traders Gathering di Zenith Hotel Putrajaya, kami bongkar cara real untuk kenal dan asah gaya intraday yang sesuai — bukan ikut-ikut orang lain.
Alhamdulillah, program Mahersaham Traders Gathering untuk bulan Ogos dah pun selesai sekitar jam 5 petang.
Semua sekali ada 20 orang peserta, dan 13 orang bukan klien saya pun hadir ke program kali ni dengan yuran kehadiran serendah RM400 seorang.
Pada slot pagi tu, saya cerita tentang framework traders, dan cara memahami market depth, buy q, sell q yang ada dalam trading platform, dan style intraday trader yang disampaikan oleh klien jemputan Mahersaham.
Framework Traders
Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, 3 jenis traders (short-term, mid-term dan long-term).
Kedua ialah 5 ciri asas yang membezakan setiap jenis traders (1.Persediaan 2.Modal 3.Cara screen kaunter 4. Trading plan 5.Kekerapan untuk monitor saham bagi setiap jenis trader).
Kriteria
Kelima-lima kriteria berbeza untuk setiap jenis traders. Setiap strategi untuk ketiga-tiga jenis traders pun saya dah terangkan dengan lebih mendalam.
Topik ini sahaja dah makan masa hampir 40 minit untuk faham sebab ia berkait rapat dengan personaliti orang yang berbeza-beza.
Mereka boleh pilih jenis trader yang mana yang sesuai dengan diri masing-masing. Lepas dah faham framework, baru masuk bahagian teknikal. Part teknikal untuk orang yang suka short term tak sama dengan mid dan long-term. Saya juga ada sebut yang saya sendiri prefer mid-term atau dipanggil swing.
Pelabur jangka pendek ni kurang tengok chart pattern lebih-lebih lagi yang intraday dan Buy Today Sell Tomorrow (BTST)
Kelajuan pergerakan pasaran daripada beberapa saat hingga 1 atau 2 bulan. Istilah yang digunakan untuk short-term, antaranya 1. BTST 2. Friday Rule 3. Rempit dan lain-lain.
Market Depth
Di sinilah saya ajar macam mana harga pasaran terbentuk melalui pertembungan di antara jumlah penjual dan pembeli.
Keseimbangan harga yang membentuk ketebalan pada satu-satu harga.
Contoh, kalau harga menebal pada 0.45 sen, maka itulah paras support. Waktu yang selalunya ada volume spike berlaku sekitar jam 10.30 pagi hingga 11 pagi.
Kemudian, klien yang saya jemput untuk buat perkongsian, memang dah banyak lalui asam garam intraday. Kadang-kadang dia nampak dalam buy que pun ada yang tak masuk akal.
Dia pernah nampak dalam buy que yang ada 5 layer market depth, ada satu layer paling atas, iaitu best buy.
Tiba-tiba masuk bilangan lot yang yang lagi tinggi dari 4 layer yang ada di bawah best buy tersebut.
Link ni ada terangkan berkenaan market depth https://cms.mahersaham.com/market-depth-cara-mudah-faham/.
Jerung Jahat
Ini menunjukkan adanya jerung jahat yang cuba untuk manipulate harga. Jadi, teknik nak que buy dan que sell memang kena mahir.
Dah mahir tengok market depth, senang nak detect kalau ada jerung jahat main harga.
Kalau trader nak cut loss sesuatu kaunter, dia takkan key in order sell que pada harga best buy untuk elakkan bilangan lot yang masuk pada harga best buy tadi tiba-tiba hilang.
Disebabkan jerung jahat tadi dah cancel bilangan lot pada harga best buy tadi.
Harga best buy 0.45sen, trader yang bijak, takkan cut loss dan jual pada harga 0.45sen, sebab dia perasan ada manipulation pada harga best buy.
Strategi pilih kaunter untuk intraday main peranan yang penting supaya kita dapat cari kaunter yang memang untung pada hari tersebut.
Kalau tak, kita kena cut loss sekiranya kaunter yang dibeli rugi, lepas tu tersalah pilih kaunter yang ada jerung jahat.
Katanya lagi, dia bertuah sebab masa tu, banyak ilmu yang dia belajar dengan mentor lain berbayar.
Teknik saham yang dia belajar melalui video-video di youtube Mahersaham banyak yang free dan senang untuk apply, dan tak semahal kelas-kelas lain yang ada pada waktu tu.
Style Intraday Trader
Turut kongsikan juga style yang dia guna semasa intraday. Tak fokus kepada market trade monitor.
Keluar berderet-deret di platform sebab bagi dia pening nak tengok setiap kaunter hijau merah silih ganti.
Sebaliknya, yang penting bagi dia ialah fokus kepada waktu awal pagi market open pukul 9am. Bukannya buat homework kajian saham nak tengok chart dan sebagainya.
Pernah makan masa sebulan nak tengok semua saham-saham patuh Syariah yang tersenarai di Bursa. Jadi, itu terpulang kepada style masing-masing.
Banyak lagi yang saya cerita dan semuanya lebih kepada teknik intraday. Boleh Klik link untuk tahu berkenaan intraday https://cms.mahersaham.com/teknik-intraday-saham/.
Saya harap ilmu yang saya kongsikan dalam MTG kali ni bermanfaat dan paling penting sekali mereka dapat gunakan sebaik mungkin.
Kongsikan kepada orang lain yang turut sama berkecimpung dalam saham.
MTG ni kita adakan untuk beri peluang terutamanya kepada klien saya, supaya mereka dapat belajar ilmu-ilmu yang saya kongsikan dari semasa ke semasa.
Yang dah jadi klien tapi nak hadir juga, akan diberi rebat atau diskaun berdasarkan transaksi mereka dalam bulan tersebut.
Manakala, yang bukan klien saya, tapi berminat nak belajar, boleh hadir dengan bayaran serendah RM400 seorang untuk mereka kutip seberapa banyak ilmu yang diajar.
Berminat untuk join, boleh nantikan pengumuman untuk bulan seterusnya.
Belum ada, buka akauncds dengan klik link di bawah untuk dapat rebat dan layak ke program MTG seterusnya.