Annual Report Part 7: Peranan Committee

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah dalam blog Mahersaham pada waktu ini.
Haiiiii!!!!!
Korang sihat?
Harapnya korang baik-baik sahaja.
Bagaimana dengan kemahiran analisa fundamental korang dalam saham?
Saya harap korang semakin mahir dalam menganalisa syarikat-syarikat yang menjadi pilihan hati untuk melabur sedikit sebanyak dalam syarikat tersebut.
Artikel berkaitan yang perlu di baca:
Saya akan teruskan dengan cara baca annual report part 7.
InshaAllah ini adalah bahagian terakhir.
Lebih banyak menyentuh tentang peranan committee.
Sedar tak sedar artikel mengenai annual report antara artikel yang terpanjang dalm blog Mahersaham.
Agaknya korang sendiri dapat tangkap di mana ini adalah petanda bahawa mengkaji annual report syarikat adalah sangat penting.
Dengan memahami annual report boleh membantu anda untuk membuat analisis dalam pasaran saham secara fundamental.
Teruskan scroll untuk penerangan lanjut.
Perlu tak laporan audit syarikat?
Perlu kerana laporan audit adalah sebagai check and balance dalam sesuatu syarikat.
Agar setiap syarikat sentiasa meningkatkan kualiti mereka.
Antara tugas-tugas yang terlibat adalah;
Bagi syarikat yang telah berkembang maju, perkara ini merupakan satu keperluan untuk dilaksanakan.
Tugas committee adalah untuk menilai dan mengawal risiko yang melibatkan syarikat.
Antara perkara yang terlibat dalam risk management comittee adalah process dan risk profile.
Di dalam process ini termasuklah;
Antara risk profile yang perlu di analisa pula antaranya;
***nota penting: senarai di bawah adalah spesifik untuk syarikat Pohuat kerana dari part 1 annual report saya ambil contoh syarikat Pohuat.
Setiap syarikat berbeza risiko yang mereka hadapi.
Jadi apabila kita mengkaji annual report sesuatu syarikat, syarikat tersebut akan kenal pasti kemungkinan risiko-risiko yang bakal dihadapi.
Dan beberapa perkara untuk mengatasi atau mengurangkan risiko terhadap syarikat.
Selain itu, antara perkara yang penting juga untuk kita menganalisa syarikat secara keseluruhan adalah dengan mengetahui SWOT.

Apa itu SWOT ??
SWOT merupakan akronim daripada 4 perkataan iaitu;
Adakah sebarang peluang untuk membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi:
Risiko yang mungkin dihadapi oleh syarikat, seperti yang saya terang di atas tadi.
Committee dalam annual report bertanggungjawab memantau tadbir urus korporat, memastikan ketelusan laporan kewangan, dan memberi nasihat strategik kepada lembaga pengarah bagi melindungi kepentingan pemegang saham.
Bahagian committee mendedahkan bagaimana syarikat diurus secara dalaman. Pelabur boleh menilai sama ada pengurusan syarikat telus, bertanggungjawab, dan mempunyai kawalan risiko yang baik sebelum membuat keputusan pelaburan.
Antara committee utama termasuk Audit Committee, Nomination Committee, Remuneration Committee, dan Risk Management Committee. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri dalam memastikan syarikat beroperasi dengan baik.
Analisis SWOT membantu pelabur memahami kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman syarikat. Ini memberi gambaran menyeluruh tentang potensi pertumbuhan dan risiko yang mungkin dihadapi sebelum membuat keputusan pelaburan.
Pelaburan bukan sahaja memerlukan modal bahkan ia memerlukan ilmu. Kerana tanpa ilmu boleh jadi seorang pelabur itu tidak mendapat keuntungan tetapi sebaliknya. Dengan memahami annual report dan peranan committee, anda boleh membuat analisis fundamental yang lebih mendalam.
Mahu mula melabur dengan lebih yakin? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan muat turun ebook percuma saham untuk panduan lengkap pelaburan anda.