APA ITU BONUS ISSUE & 4 PERKARA WAJIB TAHU?

Loading...


Bonus Issue adalah pemberian unit saham atau warrant kepada Shareholder secara Percuma.
Anda perlu faham Corporate Exercise terbahagi kepada 5. Dividend, Bonus Issue, Right Issue, Share Split dan Consolidation.

Terdapat 4 perkara penting dalam BONUS ISSUE Anda Wajib tahu dan faham:
Baru-baru ini ada satu kaunter yang buat Corporate Exercise – Bonus Issue iaitu Kaunter Scope (0028).
Jadi dalam artikel ini saya akan terangkan apa yang berlaku dalam Bonus Issue ini.
Pertama, Ex-Date adalah tarikh bagi menentukan sama ada anda sebagai shareholder layak mendapat Bonus Issue atau tidak.
Untuk mendapatkan Bonus Issue perlu sekurangnya beli saham SCOPE sehari sebelum Ex-Date atau jual saham SCOPE sekurangnya pada hari Ex-Date.

Contoh EX-DATE 3 NOVEMBER
Kedua Ratio/ Conversion adalah berapa penambahan unit saham yang akan diberikan kepada shareholder yang layak.
Sebagai contoh, Ratio Bonus Issue SCOPE 3:10 dan syarikat umumkan untuk bagi 3 tambahan warrant bagi setiap 10 unit saham yang shareholder pegang.
Contoh jika Ali ada pegang 100 unit saham SCOPE.
Cara kira = 3/10 x 100 unit = 30 Free Warrant.
Maka jumlah keseluruhan yang Ali ada dalam portfolio nya adalah 100 unit saham SCOPE + 30 unit Warrant SCOPE.

Ketiga tarikh pemberian bila akan dapat Bonus Issue (Transfer Date dan Available Listing Date).
Bagi yang layak dapat Bonus Issue akan nampak penambahan unit saham atau warrant tersebut pada tarikh Available Listing Date.
Untuk Case Study SCOPE jika semak pada details pengumuman Bonus Issue SCOPE, Transfer Date pada 22 November 2021.
Tetapi Available Listing Date Free Warrant adalah pada 3 Disember 2021.
Boleh baca Sumber website Bursa Malaysia: https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3207837

Kelebihannya pula, pegangan saham anda akan bertambah di Portfolio.

Tapi tak semuanya indah. Anda kena tahu dulu Untung ke Rugi Bonus Issue ini?
Contoh kita ambil Case Study SCOPE berdasarkan info di Bursa Malaysia ini.
100 unit saham SCOPE anda pegang contoh akan dapat free 30 unit Warrant SCOPE.
Jadi disini pegangan MOTHER tidak berubah. Malah anda siap dapat Free Warrant lagi.
Namun kebiasaanya hari Ex-Date akan berlaku adjusted price.
Disini anda perlu fikir anda mahu short, mid atau long term?
Biasannya pelabur jenis MID dan LONG TERM mereka memang suka Corporate Exercise seperti BONUS ISSUE dan DIVIDEN ini.
Ianya untung kepada pelabur yang simpan saham syarikat untuk target mid hingga long term.

Bonus Issue berlaku bagi menurunkan harga saham supaya menjadi murah dan lebih ramai mampu beli (Adjusted Price).
Untuk Short term Trader anda perlu fikir tentang adjusted price ini jika inginkan Bonus Issue.
Jika beli sehari sebelum Ex-Date anda perlu consider adjusted price yang bakal berlaku pada hari Ex-date.
Itu sahaja.
Baik atau buruk Bonus Issue bergantung kepada trading plan seseorang pelabur itu. Long term, mid term atau short term — anda perlu merancang dengan bijak sebelum membuat keputusan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pelabur mula faham tentang apa itu Bonus Issue.
Bonus Issue adalah pemberian unit saham atau warrant tambahan kepada pemegang saham sedia ada secara percuma. Ia merupakan salah satu jenis Corporate Exercise yang dilakukan oleh syarikat tersenarai.
Ya, harga saham akan diselaraskan (adjusted price) pada hari Ex-Date. Walaupun anda mendapat lebih banyak unit saham, jumlah nilai pelaburan anda kekal sama.
Anda perlu memegang saham sebelum Ex-Date. Jika anda beli pada atau selepas Ex-Date, anda tidak layak menerima Bonus Issue tersebut.
Bonus Issue diberikan secara percuma kepada pemegang saham, manakala Right Issue memerlukan anda membayar pada harga yang ditetapkan untuk membeli saham tambahan.
Fahami corporate exercise seperti Bonus Issue dengan lebih mendalam. Ambil langkah pertama pelaburan anda sekarang.
Buka Akaun CDS: Buka akaun CDS Mplus hari ini dan mula melabur dalam saham Bursa Malaysia.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan.