IPO Aneka Jaringan-Merosot di bawah harga IPO semasa debut

Loading...

Informasi Koprat Aneka Jaringan seperti gambar di bawah


Seperti yang kita tahu, saham IPO Aneka Jaringan Holding Berhad telah dibuka pada awal bulan Oktober dan baru sahaja listing dalam Bursa Malaysia dalam ACE Market pada 20 Oktober 2020 hari tu, boleh rujuk jadual di bawah ini.

Bagi mereka yang masih kurang paham apa itu IPO boleh baca artikel sebelum ini mengenai apa itu IPO , senarai IPO bulan Oktober dan sekiranya berminat untuk memohon IPO anda boleh rujuk memohon IPO melalui MITI, memohon IPO melalui CIMB Bank atau Maybank
Pada awalnya harga IPO yang ditawarkan oleh Aneka Jaringan adalah sebanyak RM 0.33 dan telah di buka pada harga RM0.35 dalam ACE Market.

Berdasarkan berita yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2020 pada pukul 9.08 pagi oleh The Star Seperti gambar di atas, Aneka Jaringan telah membuat debut kukuh dalam ACE Market pada hari Selasa.
Dibuka pada 35 sen, yakni dua sen kenaikan berbanding harga penawarannya sebanyak 33 sen.

Namun jika kita rujuk teknikal chart share price movement bertarikh 21 Oktober 2020, harga saham semasa adalah RM 0.28 menunjukkan penurunan sebanyak 5 sen berbanding harga penawarannya.
Jika kita lihat pada chart tersebut juga ada menunjukkan harga kaunter ditutup sebelum ini berharga RM 0.29.
Jika dibandingkan harga sebelum ini, bermakna ia telah turun sebanyak 1 sen pada 21 Oktober 2020.
-Pembelian baru rig penggerudian berputar dan crawler crane 17,300 (37.48%) dalam masa 36 bulan.
-Pembayaran balik pinjaman 24,264 (52.56%) dalam masa 3 bulan.
-Anggaran perbelanjaan penyenaraian 4,600 (9.96%) dalam masa 3 bulan.

Sumber:
Harga saham IPO boleh jatuh pada hari pertama kerana beberapa faktor seperti sentimen pasaran yang negatif, penilaian harga IPO yang terlalu tinggi berbanding nilai sebenar syarikat, atau tekanan jualan daripada pelabur jangka pendek yang ingin mengambil keuntungan segera.
Pelabur perlu kekal tenang dan menilai semula fundamental syarikat. Jika asas perniagaan masih kukuh, penurunan harga mungkin bersifat sementara. Pelabur boleh memilih untuk memegang saham untuk jangka panjang atau menetapkan had kerugian (stop loss) untuk menguruskan risiko.
Pelabur perlu membaca prospektus IPO dengan teliti, menilai model perniagaan syarikat, menyemak rekod kewangan, memahami penggunaan dana yang dikumpulkan, dan membandingkan penilaian dengan syarikat sebanding yang sudah tersenarai di Bursa Malaysia.
Crawler crane ialah sejenis kren bergerak yang digunakan dalam projek pembinaan besar. Aneka Jaringan merancang menggunakan sebahagian dana IPO untuk membeli peralatan penggerudian berputar dan crawler crane bagi mengembangkan kapasiti operasi syarikat dalam sektor pembinaan.
Untuk menyertai IPO dan melabur di Bursa Malaysia, langkah pertama ialah membuka akaun CDS — buka akaun CDS anda di sini dan bersedia untuk peluang pelaburan seterusnya.
Masih baru dalam dunia pelaburan saham? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk memahami konsep asas sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: