IPO Infoline Tec Group Berhad di Online Banking


Maklumat tawaran IPO Infoline Tec Group Berhad di online banking
Nama syarikat: Infoline Tec Group Berhad
Tarikh buka permohonan: 20 Jun 2022
Tarikh tutup permohonan: 28 Jun 2022, 5 petang
Harga tawaran seunit: RM0.32
Pasaran: ACE market
Bank penasihat: MIDF Amanah Investment Bank Berhad
Aktiviti syarikat: Menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan keselamatan siber
Sektor:Teknologi
Status syariah: Tak patuh syariah
Sebelum ini, IPO Infoline Tec Group Berhad menawarkan unit saham khas sebanyak 45, 403, 700 unit di MITI. Permohonan IPO Infoline Tec Group Berhad di MITI telah ditutup pada 6 Mei 2022 yang lalu.
Syarikat ini dijangka akan disenarai di Bursa Malaysia pada 13 Julai 2022 ini.
Latar belakang Infoline Tec Group Berhad
Infoline Tec Group Sdn Bhd terdiri daripada anak-anak syarikatnya iaitu Infoline IT Solutions Sdn Bhd dan Infoline Technology (Shenzhen) terlibat terutamanya dalam menyediakan penyelesaian infrastrustur IT, penyelesaian infrastruktur IT, penyelesaian keselamatan siber, pengurusan IT dan pekhidmatan IT lain disamping perkasas dan juga perisian IT.
Syarikat ini berjaya meluaskan perniagaannya menjadi penyedia perkhidmatan infrastruktur IT dan juga keselamatan siber termasuk dalam dan luar negera.
Antaranya ialah Malaysia, Hong Kong, Australia, Singapura, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, India, Myanmar, Indonesia dan juga Filipina.
Infoline Tec Group Berhad juga mempunyai rakan kongsi yang terkenal seperti Huawei dan juga Dell Technology.

Sumber dari website Infoline Technology Sdn Bhd

Berikut ialah ringkasan bagi struktur syarikat ini:


Sumber dari prospektus Infoline Tec Group Berhad
Kekuatan daya saing dalam pasaran
Infoline Tec Group Berhad juga tidak kurang hebat dalam menyumbang kepakaran teknologi di Malaysia. Antaranya ialah:
1.Kepakaran dalam menghasilkan teknologi keselamatan siber dari segi reka bentuk, selenggara, penyelesaian, pengurusan dan infrastruktur.
2.Hubungan yang kukuh dengan pelanggan dalam tempoh jangka masa yang panjang.
3.Mewujudkan hubungan kerjasama dengan rakan perniagaan yang sudah matang dalam pasaran.
4.Memiliki Pusat Operasi Rangkaian (NOC) dan menawarkan khidmat sokongan yang cekap berkaitan teknikal dan pelanggan.
5.Mempunyai pasukan yang berpengalaman dan pakar dalam menghasilkan perkhidmatan yang terbaik.
Kekuatan kewangan Infoline Tec Group Berhad
Berpandukan prospektus IPO Infoline Tec Group Berhad, dapat dilihat bahawa pendapatan syarikat ini meningkat setiap tahun dari tahun 2018 hingga ke 2021.

Sebab-sebab IPO
Berdasarkan prospektus yang dikeluarkan, berikut ialah objektif utama IPO Infoline Tec Group Berhad:
1.Mendapatkan dana dari pasaran modal untuk fleksibiliti kewangan untuk kegunaan operasi syarikat
2.Meningkatkan reputasi syarikat bagi mengukuhkan nama syarikta selepas disenaraikan di Bursa Malaysia.
3.Memberi penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam membangunkan syarikat dalam bentuk ekuiti.
4.Mengumpul dana bagi tujuan operasi syarikat seperti berikut:
4.1 Membangunkan pusat teknologi dan pusat pemulihan bencana.


4.2 Menaiktaraf Pusat Operasi Rangkaian (NOC- Network Operation Centre)

4.3 Menubuhkan Pusat Operasi keselamatan (SOC- Security Operation Centre) di Kota Damansara

4.4 Perbelanjaan kos modal kerja untuk mengembangkan pasukan jualan dan teknikal

4.5 Anggaran kos perbelanjaan untuk penyenaraian.

Status syariah IPO Infoline Tec Group Berhad
Berdasarkan maklumat tawaran IPO Infoline Tec Group Berhad di MITI sebelum ini, IPO ini TIDAK patuh syariah.

Cara mohon IPO Infoline Tec Group di online banking
Bagi memohon IPO di online banking, anda boleh mohon di CIMB, Maybank2u, Public Bank dan lain-lain.
Untuk panduan mohon IPO di online banking, boleh rujuk di link berikut:
CIMB
Public Bank
Maybank
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah itu IPO dan bagaimana cara memohon?
IPO (Initial Public Offering) adalah tawaran awam permulaan apabila syarikat mula menjual saham kepada orang ramai. Anda boleh memohon melalui online banking seperti CIMB, Maybank, atau Public Bank.
2. Adakah saya perlukan akaun CDS untuk memohon IPO?
Ya, anda wajib mempunyai akaun CDS (Central Depository System) yang aktif untuk memohon dan menerima peruntukan saham IPO di Bursa Malaysia.
3. Berapakah harga tawaran IPO Infoline Tec Group Berhad?
Maklumat harga tawaran dan tarikh permohonan boleh dirujuk dalam bahagian atas artikel ini. Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
4. Apakah risiko membeli saham IPO?
Tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan. Sebelum membeli IPO, kajian perlu dibuat dengan mengambil tahu latar belakang syarikat, prestasi kewangan, dan prospek perniagaan masa hadapan.
Langkah Seterusnya
Berminat untuk memohon IPO tetapi belum bersedia? Mulakan dengan membina asas pelaburan yang kukuh terlebih dahulu.
Buka Akaun CDS: Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses kepada kelas eksklusif untuk pelanggan.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook percuma asas pelaburan kami untuk belajar cara analisis IPO yang berpotensi.