IPO SWIFT HAULAGE BERHAD

IPO Swift Haulage Berhad menjadi antara penyenaraian yang menarik perhatian pelabur kerana syarikat ini terlibat dalam sektor logistik dan pengangkutan, salah satu industri penting dalam ekonomi Malaysia. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang syarikat, tawaran saham dan potensi pelaburan.
Apa itu IPO?
IPO SWIFT HAULAGE BERHAD – Detail Tawaran Awam

Sumber website TIIH
Sejarah IPO Swift Haulage Berhad
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 29 November 2000 dan dianggap berdaftar di bawah Akta sebagai syarikat berhad persendirian dengan nama Yinson Haulage Sdn Bhd dan kemudian ditukarkan kepada syarikat berhad awam pada 24 Jun 2021. Syarikat ini terlibat dalam penyediaan perkhidmatan logistik bersepadu yang terdiri pengangkutan kontena, pengangkutan darat, perkhidmatan pergudangan dan penghantaran barang, dan pegangan pelaburan.
Operasi logistik bersepadu dan ibu pejabat terletak di Malaysia, sementara operasi di Thailand tertumpu pada pengangkutan rentas sempadan dan penghantaran barang.
Pada FYE 2020, operasi logistik bersepadu disokong oleh operasi armada mereka di Malaysia iaitu Swift logistics Malaysia dan Thailand termasuk 1,591 penggerak utama, 5,585 treler kontena, 698 treler kotak atau langsir, 22 trak dan 42 kapal tangki CNG. Mereka mengendalikan gudang dengan jumlah kapasiti penyimpanan 952,871 kaki persegi dan depot kontena dengan jumlah kapasiti 28,500 TEU.

sumber gambar prospectus Swift Haulage Berhad
Kekuatan IPO Swift Haulage Berhad
- Mempunyai liputan menyeluruh pelabuhan utama di Semenanjung Malaysia untuk pengangkutan kontena
- Penyedia perkhidmatan logistik bersepadu yang disokong oleh gudang depot kontena dan kemudahan lain
- Memilikki dan mengendalikan armada kenderaan komersial untuk menyokong kontena perkhidmatan pengangkutan dan pengangkutan darat
- Mempunyai kelebihan kos dan perkhidmatan dari perkhidmatan sokongan dalaman
FINANCIAL INFORMATION IPO Swift Haulage Berhad
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Swift Haulage Berhad dari 2018 sehingga 2020

SEBAB-SEBAB IPO Swift Haulage Berhad
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus sebanyak RM161.9 JUTA diperlukan untuk :
- Pembinaan Gudang yang baru
- Membeli tanah
- Membeli “prime movers”
- Membayar hutang bank
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian

(A) Pembinaan Gudang Baru
Sebanyak RM28.5 juta di perlukan untuk kegunaan pembinaan gudang baru


(B) Membeli Tanah
Sebanyak RM41.5 JUTA digunakan untuk membeli tanah


(C) Membeli “prime movers”
Sebanyak RM12 JUTA digunakan untuk membeli “prime movers”

(D) Membayar hutang bank
Sebanyak RM69.7 JUTA digunakan untuk membayar hutang bank

(E) Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Sebanyak RM10 juta digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO Swift Haulage Berhad
Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

Cara mohon IPO Swift Haulage Berhad
Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Boleh baca Cara Mohon di:
CIMB
Maybank
Public Bank
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Soalan Lazim (FAQ) – IPO Swift Haulage Berhad
1. Apakah bidang perniagaan Swift Haulage Berhad?
Swift Haulage Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor logistik dan pengangkutan di Malaysia.
2. Bagaimana cara memohon IPO Swift Haulage Berhad?
Anda boleh memohon melalui online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks atau Public Bank. Pastikan anda mempunyai akaun CDS yang aktif.
3. Di mana boleh dapatkan nombor akaun CDS Mplus?
Login ke platform Mplus menggunakan PC, pergi ke My Account dan klik My Profile. Format isian adalah 012001 diikuti nombor CDS anda.
4. Apakah risiko melabur dalam IPO logistik?
Risiko termasuk persaingan industri, perubahan kos bahan api, dan keadaan ekonomi semasa. Pelabur perlu membuat kajian sebelum membuat keputusan.
Kesimpulan IPO Swift Haulage Berhad
Untuk membeli IPO anda perlu mengetahui latar belakang syarikat dan membuat kajian. Segala keputusan pelaburan adalah di tangan anda.
Berminat nak mula melabur? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas percuma kami.
Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk panduan asas pelaburan saham!