IPO UNITRADE INDUSTRIES BERHAD DI MITI

Loading...


Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
Jadi sekarang IPO UNITRADE INDUSTRIES Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
IPO UNITRADE INDUSTRIES BERHAD
Tarikh buka : 8.3.2022
Tarikh tutup : 12.3.2022
Harga tawaran seunit : RM0.32
Jumlah unit saham khas : 175,781,250 Unit
Pasaran : Ace Market

Syarikat ini diperbadankan pada 13 April 2021 sebagai syarikat persendirian di bawah nama Unitrade Industries Sdn Bhd dan pada 15 September 2021 bertukar menjadi syarikat awam berhad dengan nama Unitrade Industries Berhad.
Struktur syarikat ini adalah seperti berikut:

Aktiviti utama syarikat adalah dalam pemborongan dan pengedaran pelbagai jenis bahan binaan untuk pembinaan dan kerja-kerja pembinaan seperti paip, injap, kelengkapan dan aksesori untuk kerja-kerja M&E, keluli tetulang, keluli struktur dan bahan bangunan lain untuk kerja-kerja awam. Selain itu mereka juga terlibat dalam pembuatan dan penjualan paip pra-penebat yang digunakan terutamanya mengangkut dan mengekalkan suhu bendalir dalam paip di bawah tanah atau sistem paip di atas tanah. Ia digunakan dalam pelbagai industri, komersial dan aplikasi domestik seperti sistem penghawa dingin, pemanasan elektrik, perindustrian pemprosesan serta penyimpanan dan pengalian minyak.

Pecahan pembahagian hasil Kumpulan ini mengikut aktiviti perniagaan utama adalah seperti berikut:

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk Unitrade Industries Berhad dari 2019 sehingga 2021


sumber Prospectus Exposure Unitrade Industries Berhad
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

Berdasasrkan maklumat dalam prospectus muka surat 4, IPO ini patuh shariah oleh SAC of SC

Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

IPO Unitrade Industries Berhad ialah tawaran awam permulaan oleh syarikat Unitrade Industries untuk pelabur membeli saham sebelum ia tersenarai secara rasmi di Bursa Malaysia.
Log masuk ke portal MITI, pilih IPO Unitrade Industries, lengkapkan maklumat peribadi termasuk nombor akaun CDS, dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Pemohon mestilah usahawan Bumiputera berdaftar dengan pemilikan saham 100% Bumiputera, minimum 51% ahli lembaga pengarah Bumiputera, dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Ya, sangat penting untuk membaca prospektus dan memahami latar belakang syarikat, prestasi kewangan, dan risiko sebelum membuat keputusan pelaburan. Jangan bergantung semata-mata pada tips orang lain.
Jangan lepaskan peluang IPO seterusnya! Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang dan nikmati akses ke kelas Supertrader secara eksklusif.
Baru nak mula belajar saham? Muat turun ebook percuma panduan asas pelaburan dari Mahersaham untuk bermula.