IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

By Lukman Hakim2 min bacaan
IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI
A

Apa itu IPO?

Perkara penting tentang IPO

Flow IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :

  1. MITI – Untuk bumiputra
  2. Online banking – Public

Jadi sekarang IPO YEW LEE PACIFIC GROUP Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI 

Detail Tawaran Awam di MITI

IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD

Tarikh buka : 8.3.2022

Tarikh tutup : 12.3.2022

Harga tawaran seunit : RM0.28

Jumlah saham khas : 66,554,500 Unit

Pasaran : Ace Market

Bank Penasihat  : M&A Securities Sdn Bhd

Pegawai untuk di hubungi :      Wan Ahmad ( No. Tel :0322842911 / Emel :[email protected] )
AdrianLim ( No. Tel :0322842911 / Emel :[email protected] )
Choo Qi Jun ( No. Tel :0322842911 / Emel :[email protected] )
Tan Phei Shan ( No. Tel :0322842911 / Emel :[email protected] )

DOWNLOAD PROSPECTUS EXPOSURE DISINI

Sejarah IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

Syarikat ini telah diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat persendirian di bawah nama Yew Lee Pacific Group Sdn Bhd pada 10 November 2020. Kemudian pada 25 ogos 2021 bertukar menjadi syarikat awam berhad dengan nama Yew Lee Pacific Group Berhad.

Aktiviti utama syarikat ini adalah pembuatan berus industri, perdagangan perkakasan dan jentera industri.

FINANCIAL INFORMATION IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD dari 2018 sehingga 2020

sumber Prospectus Exposure Yew Lee Pacific Group Berhad

SEBAB-SEBAB IPO YEW LEE PACIFIC GROUP BERHAD DI MITI

Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk

  1. Pembelian mesin tambahan
  2. Pembinaan warehouse baru dan bangunan pejabat
  3. Ubah suai ofis baru
  4. Pembayaran hutang bank
  5. Modal Kerja
  6. Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO INI

Berdasarkan prospectus exposure mendapat status syariah dari SAC of SC

Cara mohon IPO DI MITI

Pertama anda perlu ada akaun cds

Kedua sila baca :

  1. Cara Daftar MITI Untuk Bumiputera

  2. CARA MOHON IPO MITI UNTUK BUMIPUTRA

  3. Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)

Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?

Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:

Individu

– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.

Syarikat

– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi/Yayasan

– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon

Nombor Akaun CDS Mplus

Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.

Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini

012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

ipo senheng

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai IPO Yew Lee Pacific Group

Apakah itu IPO Yew Lee Pacific Group Berhad?

IPO Yew Lee Pacific Group Berhad adalah tawaran awam permulaan (Initial Public Offering) syarikat ini sebelum ia tersenarai di Bursa Malaysia. Pelabur boleh memohon saham IPO melalui MITI untuk Bumiputera atau melalui online banking untuk public share.

Bagaimana cara memohon IPO melalui MITI?

Anda perlu layari laman web MITI dan daftar akaun. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan Bumiputera dan mempunyai nombor akaun CDS yang sah. Isi borang permohonan dan buat bayaran mengikut jumlah lot yang dipohon.

Adakah saya perlu akaun CDS untuk memohon IPO?

Ya, akaun CDS adalah wajib untuk memohon sebarang IPO di Bursa Malaysia. Anda boleh buka akaun CDS dengan mudah secara online. Kos pembukaan akaun hanyalah RM11.

Di mana saya boleh belajar tentang pelaburan IPO dan saham?

Anda boleh mula belajar dengan memuat turun ebook percuma daripada Mahersaham. Ebook ini merangkumi asas pelaburan saham yang sesuai untuk pemula.


Kesimpulan

Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.

Jika anda berminat untuk mula melabur, langkah pertama ialah membuka akaun CDS. Dengan akaun CDS, anda boleh memohon IPO dan membeli saham di Bursa Malaysia.

Muat turun Ebook Percuma daripada Mahersaham untuk panduan lengkap asas pelaburan saham!

Bacaan Lanjut

Kongsi: