IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI

Apa itu IPO?
Perkara penting tentang IPO
Flow IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI

Sebelum listing di Bursa Malaysia sesebuah syarikat akan melalui IPO terlebih dahulu. Waktu di IPO, syarikat akan membuka peluang kepada orang awam untuk memohon saham syarikat tersebut di dua tempat iaitu :
- MITI – Untuk bumiputra
- Online banking – Public
Jadi sekarang IPO YX PRECIOUS METALS Berhad di buka tawaran untuk BUMIPUTRA melalui MITI
Detail Tawaran Awam di MITI
IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD
Tarikh buka : 21.2.2022
Tarikh tutup : 25.2.2022
Harga tawaran seunit : RM0.28
Pasaran : Ace Market

DOWNLOAD PROSPECTUS EXPOSURE DISINI
Sejarah IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Syarikat ini diperbadankan pada 11 Januari 2021 sebagai syarikat sendirian berhad di bawah nama YX Precious Metals Sdn Bhd dan menjad syarikat awam berhad pada 11 Mac 2021. Aktiviti utama syarikat ini adalah dalam pemborongan, reka bentuk dan pembuatan barang kemas emas. Selain itu mereka juga menyediakan perkhidmatan jualan sekerap dan jongkong emas tulen, pembuatan rantai perak dan penyediaan perkhidmatan penapisan untuk logam berharga.
Struktur syarikat ini adalah seperti berikut



Mereka adalah pakar barang kemas emas yang terlibat dalam aktiviti pemborongan, reka bentuk dan pembuatan. Mereka fokus kepada barang kemas emas 916 yang mana mengandungi 91.67% kandungan emas tulen yang dialoi dengan logam lain. Pelbagai jenis barang kemas di tawarkan termasuk produk rantai emas seperti rantai, gelang kaki dan rantai asas serta gelang , cincin, loket, azimat dan anting-anting.
Mereka menyediakan perkhidmatan kepada pasaran Malaysia malahan mengeksport ke negara luar termasuk Singapura, Jerman, Myanmar, Indonesia dan Hong Kong. Operasi boroang pula di jalankan oleh YXG di pejabat jualan mereka terletak di Project Jaya Industrial Estet Jalan Kelang Lama Kuala Lumpur. Selain itu, reka bentuk dalaman dan operasi pembuatan dijalankan oleh GPM yang terletak di Kawasan Perindustrian Projek Jaya, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.


FINANCIAL INFORMATION IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk YX PRECIOUS METALS BERHAD dari 2018 sehingga 2020

sumber Prospectus Exposure YX Precious Metals Berhad
SEBAB-SEBAB IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus belum dinyatakan secara menyeluruh setiap kegunaan IPO tapi dari prospectus kita boleh lihat ia akan digunakan untuk
- Pembelian mesin dan alatan baru
- Pembesaran tempat operasi
- Modal Kerja AM untuk membeli bahan
- Anggaran perbelanjaan penyenaraian

Status syariah IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Berdasarkan prospectus exposure tidak nampak bab syariah ini. Jadi untuk kepastian perlu hubungi pegawai untuk dihubungi di bahagian maklumat saham IPO ini
Pegawai untuk Dihubungi:
Rachel Ong Ly-Shil ( No. Tel :0320362833 / Emel :[email protected] )
Ng Su Hui ( No. Tel :0320362836 / Emel :[email protected] )
Lee Yu Hui ( No. Tel :0320362837 / Emel :[email protected] )
Kuan Kang Seng ( No. Tel :0320362840 / Emel :[email protected] )
Cara mohon IPO YX PRECIOUS METALS BERHAD DI MITI
Pertama anda perlu ada akaun cds
Kedua sila baca :
Siapa Layak Memohon Saham Khas Bumiputera IPO Melalui MITI?
Diambil daripada laman web MITI sendiri, berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu ada pada pemohon:
Individu
– Warganegara Malaysia;
– Berstatus Bumiputera;
– Berumur 18 tahun ke atas; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pelajar adalah tidak layak memohon.
Syarikat
– Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
– Modal Berbayar tidak kurang dari RM100,000;
– Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
– Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
– Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk
pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
– Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Koperasi/Yayasan
– Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera dan Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
– Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon
Nombor Akaun CDS Mplus
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai IPO YX Precious Metals Berhad
Apakah itu IPO YX Precious Metals Berhad?
IPO YX Precious Metals Berhad adalah tawaran awam permulaan syarikat yang terlibat dalam industri logam berharga sebelum ia tersenarai di Bursa Malaysia. Pelabur Bumiputera boleh memohon melalui MITI manakala public share melalui online banking.
Siapa yang layak memohon IPO melalui MITI?
Permohonan melalui MITI terbuka kepada individu Bumiputera, syarikat Bumiputera dengan sekurang-kurangnya 51% pemilikan Bumiputera, dan koperasi dengan sekurang-kurangnya 95% ahli Bumiputera. NGO tidak layak memohon.
Bagaimana cara mendapatkan nombor akaun CDS untuk permohonan IPO?
Bagi pengguna Mplus, login melalui PC, pergi ke My Account dan klik My Profile. Untuk isi nombor CDS dalam borang IPO, gunakan format 012001 diikuti nombor akaun CDS anda. Jika belum ada akaun CDS, anda boleh buka akaun CDS secara online.
Apakah risiko melabur dalam IPO?
Risiko utama termasuk harga saham boleh jatuh di bawah harga IPO pada hari penyenaraian, kekurangan data sejarah harga saham, dan ketidaktentuan prestasi syarikat. Penting untuk membuat kajian sebelum memohon. Muat turun ebook percuma untuk mempelajari asas pelaburan.
Kesimpulan
Untuk membeli IPO anda perlu tahu background syarikat dan membuat sedikit kajian. Segala keputusan adalah di tangan anda.
Jika anda berminat untuk mula melabur, langkah pertama ialah membuka akaun CDS. Dengan akaun CDS, anda boleh memohon IPO dan membeli saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Percuma daripada Mahersaham untuk panduan lengkap asas pelaburan saham!