Malaysia Sokong Perjanjian Kurangkan Pengeluaran Minyak

Loading...

Lebihan atau pengurangan pengeluaran minyak sangat memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan pasaran global.
Sebuah persidangan OPEC dan bukan OPEC Ke-6 telah diadakan di Vienna, Austria dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 2 Julai 2019.
Sebelum kita ulas lebih lanjut, mungkin ada yang belum tahu OPEC tu apa sebenarnya?
OPEC ialah “Organization of Petroleum Exporting Countries”.
Ringkasnya, tujuan persidangan ini ialah untuk mendapatkan persetujuan daripada negara-negara OPEC serta bukan OPEC tentang sesuatu dasar itu sebelum ianya dilaksanakan.
Selalunya, dasar yang sering dibincangkan adalah berkaitan dengan langkah-langkah untuk memastikan pasaran global kekal stabil demi untuk menjaga dan melindungi kepentingan pengeluar, pengguna dan pelabur.
Jawapannya tidak sama sekali. Malaysia bukan ahli OPEC.
Namun begitu, kerjasama antara ahli dan bukan ahli OPEC ini adalah berdasarkan kepada satu piagam yang diberi nama “Piagam Kerjasama Antara Negara-Negara Pengeluar Minyak”.
Piagam ini sangat penting. Untuk menjamin kelangsungan kerjasama ini berterusan, prinsip-prinsip yang ada dalam piagam ini perlulah diterima pakai.
Jadi, bukan senang nak menstabilkan pasaran minyak global. Seperti yang kita semua tahu, harga dan pengeluaran minyak juga ditentukan oleh majoriti negara-negara pengeluar minyak terbesar di seluruh dunia.
Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia adalah pengeluar minyak kecil sahaja.
Semestinya, pasaran saham akan lebih stabil.
Di samping itu juga, keyakinan pelabur untuk terus melabur juga semakin meningkat terutama sekali dalam pelaburan yang berisiko tinggi.
Selain itu juga, prestasi duit ringgit juga turut melonjak naik dan disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.
Sebagai kesimpulan, jika harga minyak mentah dan juga pasaran saham di peringkat global dilihat mencatatkan peningkatan, maka secara tidak langsung, ianya akan menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.
Sekian.
Malaysia menyokong perjanjian ini kerana pengurangan pengeluaran minyak membantu menstabilkan harga minyak mentah global, yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan pasaran saham negara.
Pengurangan pengeluaran minyak biasanya menstabilkan pasaran saham, meningkatkan keyakinan pelabur, dan menyokong kenaikan nilai ringgit seiring dengan kenaikan harga minyak mentah.
OPEC ialah organisasi negara-negara pengeluar minyak yang bekerjasama mengawal pengeluaran minyak global — keputusan OPEC sangat mempengaruhi harga minyak dan pasaran kewangan dunia.
Sebagai negara pengeluar minyak, harga minyak yang stabil atau meningkat menyumbang kepada pendapatan negara melalui Petronas, mengukuhkan ringgit, dan merangsang keyakinan pelabur dalam pasaran saham.
Nak fahami lebih lanjut tentang faktor yang mempengaruhi pasaran saham? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk mula melabur, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan.
Bacaan lanjut: