Password Bursa Anywhere Terlupa, Apa Nak Buat?

Bursa Anywhere
Bursa Anywhere adalah platform elektronik Bursa Malaysia yang membolehkan pelabur mengakses, mengurus dan mengemaskini maklumat atau transaksi akaun CDS secara online.
Menariknya pelabur boleh terus akses secara Online melalui Aplikasi Bursa Anywhere ini.
Namun ramai dalam kalangan kita menghadapi masalah terlupa password Login selepas mendaftar.
Jadi artikel ini akan tunjukkan cara untuk bantu anda login semula ke Bursa Anywhere.
Reset Password Bursa Anywhere
Jika terlupa password anda, ada 2 cara yang boleh anda lakukan.
Pertama emelkan pertanyaan atau masalah anda kepada Pihak Bursa Anywhere ke emel [email protected].
Contoh cara emel boleh rujuk seperti berikut:

Cara pertama ini sesuai jika anda tak pasti atau terlupa kedua-dua username dan password anda. Jadi gunalah cara ini untuk pihak Bursa Anywhere bantu.
Cara kedua, anda boleh ikut langkah-langkah dibawah:
- Klik pada “Forgot username/password” di Aplikasi Bursa Anywhere
- Masukkan username, email dan nombor telefon yang pernah didaftarkan pada awal pendaftaran anda.
- Masukkan kod TAC daripada SMS
- Jawab soalan keselamatan yang anda pernah tetapkan pada awal pendaftaran anda.
- Semak emel dari Bursa Anywhere yang mengandungi username dan password sementara.
- Login guna username dan password sementara tersebut di Aplikasi Bursa Anywhere.
- Kemudian ubah password sementara ke password anda.
Anda boleh cuba mana-mana dua cara ini untuk reset password Bursa Anywhere.
Password E-statement Bursa Anywhere
Apabila anda sudah berjaya login, ada banyak features anda boleh akses atau kemaskini di Bursa Anywhere.
Antaranya anda boleh akses E-statement akaun cds anda.
Untuk akses e-statement ini anda perlu masukkan password keselamatan.
Jadi password untuk akses e-statement Bursa Anywhere adalah 2 huruf pertama nama anda (HURUF BESAR) diikuti dengan 6 digit terakhir nombor ic anda.
Boleh rujuk seperti contoh pertanyaan emel dibawah ini:

Soalan Lazim (FAQ)
1. Bagaimana jika saya terlupa password Bursa Anywhere?
Anda boleh reset password melalui aplikasi Bursa Anywhere sendiri. Klik pada "Forgot Password" dan ikut arahan yang diberikan untuk reset kata laluan anda.
2. Apakah password untuk akses e-statement dalam Bursa Anywhere?
Password e-statement ialah 2 huruf pertama nama anda dalam HURUF BESAR diikuti dengan 6 digit terakhir nombor IC anda. Contoh: jika nama anda Ahmad dan IC berakhir 123456, password ialah AH123456.
3. Apa fungsi utama aplikasi Bursa Anywhere?
Bursa Anywhere membolehkan anda mengakses maklumat akaun CDS secara online, semak e-statement, kemaskini maklumat peribadi, dan memantau portfolio pelaburan saham anda di Bursa Malaysia.
4. Adakah Bursa Anywhere percuma untuk digunakan?
Ya, aplikasi Bursa Anywhere adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan oleh semua pemegang akaun CDS di Bursa Malaysia. Anda hanya perlu mempunyai akaun CDS yang aktif.
Nak mula melabur di Bursa Malaysia? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan dari zero hingga advance. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham sebagai panduan awal anda.