Aplikasi Saham Terbaik Buat Pelabur

Loading...

Aplikasi saham zaman dulu memang jarang-jarang nak jumpa.
Dulu perdagangan pelaburan saham Bursa Malaysia semuanya dibuat oleh Remisier dimana pelabur perlu hubungi Remisier mereka untuk beli atau jual saham.
Namun kini tidak lagi kerana kita sendiri sudah boleh monitor portfolio saham untuk semak keuntungan atau kerugian portfolio pelabur hanya mneggunakan Smartphone sahaja.
Bukan itu sahaja, sekarang telah tersedia banyak aplikasi-aplikasi saham yang boleh digunakan untuk kajian saham dan pantau portfolio anda.
Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan beberapa aplikasi saham yang wajib ada dalam smartphone anda sebagai pelabur.

App Mahersaham adalah aplikasi saham yang dibangunkan oleh Mahersaham khas untuk pelabur membuat kajian dari pelbagai sudut sama ada Fundamental dan Teknikal Analisis.
Dalam App Mahersaham ini juga tersedia banyak features seperti Courses, Screener , Portfolio, Trading Tools, Stock Details dan lain-lain bagi mudahkan pelabur terutamanya Newbie Saham bermula dalam saham.
Untuk pengguna baru, anda hanya perlu Sign Up Free Account sahaja dan sudah boleh guna banyak features-features Percuma yang tersedia untuk anda!
Antaranya anda boleh mulakan pembelajaran saham dengan video kursus-kursus Percuma di App Mahersaham.

KLSE Screener merupakan aplikasi saham khas untuk pasaran KLSE Bursa.
Features yang agak menarik seperti stock screener, company info, price alert notification, berita ekonomi dan saham semasa, kalkulator saham untuk anda membuat pengiraan sama ada pelaburan yang dibuat mendatangkan keuntungan atau tidak setelah ditolak kos brokerage fee, clearing fee dan stamp duty.
Dan di klsescreener sebenarnya anda boleh tapis saham-saham syarikat yang menepati kriteria Fundamental yang anda mahukan di bahagian Stock Screener.
Sebagai contoh, anda boleh tetapkan nilai PE, ROE, EPS dan lain-lain.

Stock Hunter juga adalah aplikasi saham khas untuk KLSE Bursa.
Kelebihan utama aplikasi saham ini ialah ianya memudahkan proses screening kerana mempunyai layout user-friendly dan informatif berbanding aplikasi lain.
Ia turut mempunyai kemudahan watchlist dan juga market news.

Bursa Marketplace pula adalah aplikasi saham yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia Bhd sendiri bagi menggalakkan golongan celik dalam saham.
Paparan layout aplikasi ini lebih moden.
Dari sudut features, ia mempunyai market screener, ruangan berita semasa, education dan games dimana anda boleh bersaing dengan peserta yang lain untuk mengembangkan wang secara virtual.

Aplikasi saham ini adalah dari luar negara. Namun anda boleh mendapatkan berita kewangan semasa serta Analisa saham dari seluruh dunia termasuk Malaysia.
Jika anda ada melabur dalam pasaran luar seperti di Nasdaq, Dow Jones atau London Stock Exchange, aplikasi ini sesuai untuk anda.

Trading platform MPlus Online dibangunkan oleh broker Mplus bagi memudahkan pengguna platform Mplus menjalankan urus jual beli saham melalui smartphone.
Untuk menggunakan aplikasi saham ini, anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu bersama Mplus untuk mendapatkan Username dan Password.
Jika anda sudah mempunyai akaun CDS sedia ada dengan Broker lain-lain, anda masih boleh mendaftar bersama Mplus kerana Mplus menawarkan brokerage fee terendah berbanding broker lain.
Belum ada akaun CDS Mplus? Buka akaun CDS Mplus bersama Mahersaham sekarang!

Aplikasi Bursa Anywhere juga dibangunkan oleh Bursa Malaysia yang bertujuan untuk memudahkan pelabur mengemas kini maklumat peribadi Akaun CDS anda.
Sebagai contoh, jika anda mempunya lebih dari satu Akaun CDS dengan beberapa Broker lain anda boleh semak segala maklumat Akaun CDS anda di Bursa Anywhere ini.
Antara features yang ada di Bursa Anywhere seperti:
1. Pemindahan saham di antara akaun CDS melalui FPX
2. Paparan gabungan akaun CDS pelabur (jika mempunyai banyak akaun)
3. Nilai Portofolio (untuk sekuriti)
4. Kemaskini maklumat CDS secara layan diri seperti tukar alamat
5. Makluman mengenai pengumuman korporat untuk portfolio pelabur
6. Akses ke e-penyata dengan arkib 12 bulan
Antara aplikasi saham terbaik untuk pelabur Malaysia termasuk App Mahersaham, KLSE Screener, Mplus Online, Investing.com, TradingView, Bursa Marketplace dan Bursa Anywhere. Setiap aplikasi mempunyai kelebihan tersendiri.
Kebanyakan aplikasi saham ini menawarkan versi percuma dengan features asas. Sesetengah aplikasi seperti App Mahersaham menyediakan akses percuma kepada Screener dan tools saham yang lengkap untuk pelabur.
Untuk pelabur baru, App Mahersaham sangat sesuai kerana ia mesra pengguna dan dilengkapi dengan video pembelajaran serta blog. Bursa Anywhere juga penting untuk semakan portfolio dan kemaskini maklumat CDS.
Tidak semestinya guna semua. Anda digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 aplikasi utama mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, setiap aplikasi memberi input berbeza dari segi news, analisis teknikal dan fundamental.
Antara aplikasi saham terbaik untuk pelabur Malaysia termasuk App Mahersaham, KLSE Screener, Mplus Online, Investing.com, TradingView, Bursa Marketplace dan Bursa Anywhere. Setiap aplikasi mempunyai kelebihan tersendiri.
Kebanyakan aplikasi saham ini menawarkan versi percuma dengan features asas. Sesetengah aplikasi seperti App Mahersaham menyediakan akses percuma kepada Screener dan tools saham yang lengkap untuk pelabur.
Untuk pelabur baru, App Mahersaham sangat sesuai kerana ia mesra pengguna dan dilengkapi dengan video pembelajaran serta blog. Bursa Anywhere juga penting untuk semakan portfolio dan kemaskini maklumat CDS.
Tidak semestinya guna semua. Anda digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 aplikasi utama mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, setiap aplikasi memberi input berbeza dari segi news, analisis teknikal dan fundamental.
Anda digalakkan mempunyai aplikasi saham yang lengkap bagi membantu analisis dan keputusan pelaburan. Dengan aplikasi yang tepat, anda boleh dapat input dari segi news, Screener, analisis teknikal dan fundamental.
Jom mula langkah pelaburan anda hari ini. Buka Akaun CDS bersama Mahersaham untuk dapatkan bimbingan lengkap. Muat turun juga Ebook Percuma untuk pelajari asas pelaburan saham.