Cara Request 5 Level Market Depth, Exclude Intraday & Reset Password Mplus

Ramai pelabur baru masih belum tahu cara request 5 Level Market Depth Exclude Intraday Reset Password dalam M+ Global. Artikel ini akan tunjukkan langkah mudah yang boleh anda ikut untuk memahaminya.
Ada beberapa perkara teknikal yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan platform Mplus Online, termasuk cara meminta 5 Level Market Depth.
Market Depth
Pertama adalah 5 Level Market Depth, yang berguna untuk pelabur yang serius tentang analisis pasaran mendalam.
Secara default, anda hanya boleh melihat 3 Level Market Depth dalam platform Mplus.
Sekiranya nak request 5 Level Market Depth, anda perlu sekurang-kurangnya membuat satu transaksi dalam bulan tersebut.
Penerangan lebih lanjut boleh baca disini : Market Depth Cara Mudah Faham
Exclude Intraday & Averaging Price
Kenapa perlu exclude intraday? Kenapa perlu exclude Averaging Price? Ini penting dalam konteks meminta 5 Level Market Depth.
Fahamkan dalam artikel-artikel ini :
Beza Kos Intraday & Swing, Kenapa Perlu Exclude Intraday?
Average Price- Bagaimana ia Berlaku?
Reset Password Mplus
Sekiranya anda mengalami kegagalan untuk log in platform Mplus online disebabkan kesalahan memasukkan password sebanyak 3 kali, anda boleh request untuk reset password.
Activation Code
Pilihan ini hanya untuk client yang baru buka akaun CDS dan belum pernah dapat log in ke Platform Mplus Online. Dalam borang permintaan, pilih Resend Activation Email, Username and Password — M+ akan hantar semula email pengaktifan berserta username dan password sementara ke email berdaftar anda.
Cara Request:
Bagi client yang buka akaun CDS Mplus dibawah Mahersaham, anda boleh follow step by step dibawah ini:
Kemaskini: Semua permintaan ini kini dibuat terus dari dashboard mahersaham.com — tidak perlu lagi Telegram bot atau Google Form.
- Log masuk di mahersaham.com — guna email yang sama dengan email yang anda daftarkan semasa buka akaun CDS. Sistem akan padankan client code anda secara automatik.
- Pergi ke Dashboard dan cari bahagian Client's Access.
- Klik kad Permintaan Servis Akaun — atau terus buka mahersaham.com/dashboard/cds-request.
- Pilih Client Code yang betul (kalau anda ada lebih dari satu akaun, pilih dari dropdown).
- Pilih Jenis Permintaan — contohnya Request 5 Level Market Depth, Exclude Intraday atau Reset Password.
- Tekan butang Hantar Permintaan.
Permintaan anda akan dihantar secara automatik kepada team M+ untuk diproses pada waktu bekerja, dan status boleh disemak dalam bahagian Sejarah Permintaan pada halaman yang sama.
Panduan penuh dengan gambar untuk semua 7 jenis permintaan: Permintaan Servis Akaun CDS: Reset Password, Market Depth & IPO Financing Terus Dari Dashboard.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, hubungi team Mahersaham melalui live chat di mahersaham.com.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah itu 5 Level Market Depth?
5 Level Market Depth ialah paparan yang menunjukkan 5 tahap harga bida dan tawaran bagi sesuatu kaunter saham. Ia membantu pelabur melihat bekalan dan permintaan pasaran dengan lebih terperinci sebelum membuat keputusan jual beli.
Bagaimana cara request 5 Level Market Depth di M+ Global?
Log masuk ke mahersaham.com dengan email berdaftar akaun CDS anda, pergi ke Dashboard → Permintaan Servis Akaun, pilih Request 5 Level Market Depth dan tekan butang Hantar Permintaan. Permintaan akan dihantar secara automatik kepada team M+ untuk diproses.
Apakah fungsi Exclude Intraday dalam platform M+ Global?
Fungsi Exclude Intraday membolehkan anda mengasingkan dagangan harian daripada paparan portfolio. Ini memudahkan anda memantau pegangan jangka panjang tanpa gangguan transaksi intraday.
Bagaimana cara reset password akaun Mplus?
Log masuk ke mahersaham.com dengan email berdaftar akaun CDS anda, pergi ke Dashboard → Permintaan Servis Akaun, pilih Reset Password dan tekan Hantar Permintaan. Password baharu akan dihantar ke email berdaftar anda.
Kesimpulan
Memahami cara menggunakan 5 Level Market Depth, Exclude Intraday, dan reset password adalah penting bagi setiap pelabur yang menggunakan platform M+ Global. Dengan langkah-langkah mudah di atas, anda boleh mengoptimumkan pengalaman dagangan anda.
Untuk mula melabur dengan lebih yakin, buka akaun CDS hari ini dan dapatkan akses penuh ke platform M+ Global. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan kami untuk membina asas ilmu yang kukuh.