IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD

Loading...

IPO Aurelius Technologies Berhad mendapat perhatian pelabur kerana ia antara penyenaraian baru di Bursa Malaysia yang menawarkan potensi pertumbuhan dalam sektor teknologi. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang syarikat, tawaran saham, dan apa yang pelabur perlu tahu.
<yoastmark class="yoast-text-mark">https://youtu.be/GmlQIaetaNo</yoastmark>

Sumber website TIIH
Syarikat ini diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat pada 9 Februari 2021 dengan nama Aurelius Technologies Sdn. Bhd. Kemudian pada 8 Julai 2021, bertukar menjadi public limited company dengan nama Aurelius Technologies Berhad.
Kegiatan utama syarikat adalah pemegangan pelaburan dan BCM Eletronics adalah anak syarikat yang mana penyedia EMS untuk produk eletronik industric. Selain itu telah berkembang menjadi pembuatan komponen semikonduktor yang terdiri daripada litar bersepadu multikomponen untuk IoT aplikasi. Syarikat ini merupakan penyelesaian pembuatan sehenti untuk produk elektronik industri, mempunyai rekod prestasi yang mapan selama 28 tahun sebagai penyedia EMS, dan melayani pelanggan di 10 pasaran asing.
Dibawah ini adalah gambar rajah ringkasan financial information untuk IPO Aurelius Technologies Berhad dari 2019 sehingga 2021 (sedikit ralat digambar untuk tahun)

Sumber Prospectus Aurelius Technologies Berhad


sumber gambar : Prospectus IPO AURELIUS TECHNOLOGIES BERHAD
Dari 2 gambar ini kita boleh dapat 3 info yang penting
Kemudian dari Financial Information diatas, selain revenue kita boleh lihat juga PAT (rujuk Profit for the financial year) pada tahun 2021 iaitu sebanyak 15,096,000
Formula EPS = PAT / no of share
Dapat EPS boleh dapat PE
PE = Price bahagi EPS
Jadi EPS = 15,096,000 / 358,180,000
= RM 0.0421464068345525
PE = 1.36 / 0.0421464068345525
= PE 32.268
Berdasarkan pembacaan dari Prospectus sebanyak RM104.73 JUTA diperlukan untuk :

(A) Pembelian mesin dan peralatan baru
Sebanyak RM40 juta di perlukan untuk kegunaan pembelian mesin dan peralatan baru. Antara mesin yang akan dibeli adalah seperti gambar di bawah





(B) Pembayaran balik pinjaman
Sebanyak RM29.8 JUTA digunakan dari kegunaan IPO untuk pembayaran balik pinjaman. Detail pembayaran balik pinjaman seperti di bawah


(C) Modal Kerja
Sebanyak RM28.1 JUTA digunakan dari modal keseluruhan IPO untuk modal kerja.

(D) Anggaran perbelanjaan penyenaraian
Sebanyak RM7 juta digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian

Berdasarkan prospectus, IPO ini mendapat shariah dari Shariah Advisory Council of SC

Sumber Prospectus Aurelius Technologies Berhad
Untuk Public share kita boleh mohon hanya melalui ONLINE BANKING seperti Maybank2u , Cimbclicks , Public Bank dan lain-lain lagi.
Boleh baca Cara Mohon di:
CIMB
Maybank
Public Bank
Bagi pengguna MPLUS login menggunakan PC kemudian pergi ke bahagian My Account dan klik My Profile. Disitu akan terdapat no akaun cds anda.
Untuk isi no akaun cds mesti ikut ini
012001 kemudian sambung dengan no akaun cds anda.

Aurelius Technologies Berhad merupakan syarikat dalam sektor teknologi di Malaysia yang menawarkan potensi pertumbuhan menarik kepada pelabur.
Anda boleh memohon melalui online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks atau Public Bank. Pastikan akaun CDS anda aktif sebelum membuat permohonan.
Login ke Mplus menggunakan PC, pergi ke My Account dan klik My Profile. Format isian nombor CDS adalah 012001 diikuti nombor akaun CDS anda.
Pelabur perlu mengkaji latar belakang syarikat, model perniagaan, prestasi kewangan, prospek industri teknologi dan risiko berkaitan sebelum membuat keputusan pelaburan.
Untuk membeli IPO anda perlu mengetahui latar belakang syarikat dan membuat kajian. Segala keputusan pelaburan adalah di tangan anda.
Berminat nak mula melabur? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas percuma kami.
Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk panduan asas pelaburan saham!