Jenis-Jenis Breakout dalam Saham

Loading...

Korang tau tak ada berapa jenis-jenis breakout ni?
Kalau sebelum ini saya ada berkongsi tentang apa itu breakout dan tips nak beli saham breakout.
Kali ini saya nak berkongsi pula tentang jenis-jenis breakout.

Sama seperti yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, breakout itu terjadi apabila pecah paras resistance dan kekal berada di atas paras tersebut.
Boleh rujuk gambaran di bawah.

Sebenarnya breakout ni ada banyak jenis, cumanya kali ini saya akan kongsikan beberapa jenis breakout yang biasa kita akan jumpa kalau dah masuk dunia saham ini.

Macam mana cara korang nak tahu ini adalah horizontal resistance breakout jika merujuk kepada gambar rajah di atas?
Pertama sekali korang kena lukis horizontal line resistance. Kalau korang perasan breakout telah berlaku apabila pecah paras previous high resistance.

Pernah tak anda tertanya macam mana nak lukis garisan trendline ni?
Apa yang anda perlu adalah:
Jika market tengah downtrend
Jika market tengah uptrend
Boleh baca cara lukis dan tentukan support dan resistance dan cara fahamkan konsep support dan resistance kalau korang kurang faham tentang support dan resistance.
Korang boleh lihat contoh gambar rajah di atas bagaimana saya sambungkan menggunakan trendline.
Dua point dalam bulatan biru adalah resistance yang saya sambungkan menggunakan trendline.
Kemudian korang lihat pula, mana-mana harga yang pecah garisan trendline maka dekat situ berlakulah breakout.
Korang boleh fokus pada bulatan berwarna merah. Kat situ telah jelas berlakunya breakout yang dikenali sebagai breakout trendlines.
Breakout 52 weeks high adalah di mana saham tersebut membuat satu paras yang tertinggi dalam tempoh satu tahun.
Seperti yang kita sedia maklum satu tahun bersamaan dengan 52 minggu.
1 tahun = 52 minggu
Baik, kita terus pergi kepada contoh dalam gambar rajah kat bawah ni.
Jika kita lihat kaunter tersebut paras tertinggi sepanjang tahun 2020 adalah pada harga 40 sen.

Kalau berjaya lepasi breakout 52 weeks high maka ada kemungkinan saham tersebut akan pergi lebih jauh.
Breakout harga tertinggi sepanjang masa.

Jika kita lihat gambar rajah di atas, sepanjang kaunter ini listing dalam Bursa Malaysia sehingga hari ini, harga saham tertinggi adalah pada harga 79 sen. Boleh rujuk dalam bulatan berwarna biru.
Kemudian rujuk pulak pada bulatan berwarna merah, di mana pada waktu itu breakout telah berlaku. Ia telah melepasi paras harga tertinggi sepanjang masa.
Ini adalah breakout yang traders nak elakkan. Iaitu breakout yang tidak jadi.
Kenapa ia tidak jadi??
Pada awal penulis artikel ini saya ada nyatakan bahawa
breakout itu terjadi apabila pecah paras resistance dan kekal berada di atas paras tersebut
Walaupun dah berlaku breakout tetapi ia tidak menjadi maka harga saham pun tidak menaik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dalam kajian yang kita lakukan, memang akan ada masa kajian kita tidak menjadi.
Sebab itu kita perlu ada trading plan di mana kita tahu apa nak buat kalau berlakunya false breakout.
Nak buat apa tu? Tentulah cut loss mengikut trading plan kita.
Kita hanya boleh tahu breakout ini adalah false breakout selepas ianya telah berlaku.
Dan kita tak boleh predict breakout yang sedang berlaku adalah false breakout ataupun tak.

Korang boleh baca cara nak tahu breakout yang berjaya untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai ciri-ciri breakout ini.
Semoga bermanfaat!
Breakout dalam saham berlaku apabila harga saham berjaya menembusi paras rintangan (resistance) atau sokongan (support) yang penting dengan volume dagangan yang tinggi. Ia menandakan potensi perubahan arah harga dan sering digunakan oleh trader untuk mengenal pasti peluang kemasukan.
Terdapat beberapa jenis breakout utama termasuk breakout daripada pattern ascending triangle, descending triangle, symmetrical triangle, serta breakout daripada consolidation box atau channel. Setiap jenis mempunyai ciri-ciri dan kebarangkalian kejayaan yang berbeza.
Breakout yang genuine biasanya disertai dengan volume dagangan yang tinggi, candlestick marubozu, dan kadangkala gap up. Jika breakout berlaku dengan volume rendah, kemungkinan besar ia adalah false breakout dan harga akan kembali ke paras asal.
Masa terbaik untuk membeli adalah ketika harga baru sahaja menembusi paras rintangan dengan volume tinggi. Sesetengah trader juga menunggu pullback selepas breakout sebagai peluang kemasukan kedua yang lebih selamat dengan risiko yang lebih terkawal.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS anda melalui panduan langkah demi langkah kami untuk memulakan perjalanan pelaburan anda.
Dapatkan ebook asas saham percuma di sini dan fahami dunia pelaburan saham dengan lebih mendalam.
Bacaan lanjut: